tag:blogger.com,1999:blog-16687918.post2517627311225483655..comments2023-10-26T18:16:11.443+08:00Comments on WITRA - Tanpa Prejudis: PPSMI: SASTERAWAN NEGARA DI MARKAZ TARBIAH MELEWAR: SATU SEJARAHAzhar Sallehhttp://www.blogger.com/profile/10447842493286011048noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-16687918.post-76851715058652708832009-02-03T09:39:00.000+08:002009-02-03T09:39:00.000+08:00Salam RAR,Saya melihat isu PPSMI ini makin bertent...Salam RAR,
Saya melihat isu PPSMI ini makin bertentangan antara dua pihak; satu pihak pro dan datu pihak lagi kontra. Namun demikian, saya jarang-jarang melihat atau membaca hujah drpd pihak yg pro ini. Jelas sekali, mereka dalam keadaan menegakkan benang yang basah. Lihatlah kenyataan membodek GPMS; "GPMS melihat PPSMI tidak terlalu menguntungkan pelajar" - TV3. Mengapa digunakan perkataan "tidak terlalu"; jelas sekali pemimpin seperti itu (yg terlalu banyak) bacul kerana tahu yang benar, tetapi menyembunyikannya. Mereka munafik! Berlindung di balik kata-kata agar Sang Penguasa berasa berada di dalam zon selesa; yakni pertubuhan bangsa Melayu menyokong dasar mereka. Golongan munafik ini perlu ditentang. Yang pastinya, jikalau bangsa Melayu sedar dan berfikir secara rasional, mereka tidak sama sekali boleh diangkat sebagai pemimpin. Sebab itulah, kenyataan A. Samad Said perlu direnungi sedalam-dalamnya. Jikalau GMP gagal, gunakan cara yang lain utk menyedarkan pemimpin Melayu ini dengan memanfaatkan undi semasa pilihan raya. Saya percaya bahawa jatuhkan pemimpin yang munafik bukanlah usaha utk menjatuhkan bangsa Melayu!Azhar Sallehhttps://www.blogger.com/profile/10447842493286011048noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-16687918.post-40577663930146431862009-02-02T23:15:00.000+08:002009-02-02T23:15:00.000+08:00Cikgu,1. Hari ini (2 Februari 2009) saya sempat me...Cikgu,

1. Hari ini (2 Februari 2009) saya sempat membaca (3-4 kali diulang bacanya) dan menonton media yang menyiarkan berita dan tulisan 'propaganda' tentang tidak perlunya GMP, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik menggerakkan PERHIMPUNAN UNTUK MEMBANTAH PPSMI seperti di bawah:

i. Dalam akhbar Utusan Malaysia (ruangan Forum) berjuduL PPSMI: GURU DAN GAPENA. Kononnya dikirim tulisan ini oleh seorang GURU PEDALAMAN SARAWAK.

ii. Manakala dalam ruangan berita Utusan Malaysia (halaman 6) berjudul PPSMI: GUNAKAN SALURAN SAH (Demonstrasi jalanan bukan cara menyuarakan pandangan). Mengutip kata Sang Menteri... "Ini berhubung kait dengan masa depan anak-anak kita, tak kan nak putuskan dengan protes dan demonstrasi di tepi jalan." Dikutip lagi dalam berita ini... "Hishammuddin turut membidas GMP yang dilihat tidak sabar mendesak mendesak kerajaan membuat keputusan segera mengenai dasar berkenaan."

iii. Dalam Buletin Utama TV3 (dalam pukul 8.20 malam), dikhabarkan melalui kenyataan media oleh Pengerusi GPMS, Reezal Merican turut membidas GMP dalam hal ini. Demonstrasi jalanan bukan jalan untuk menyelesaikannya... berilah peluang kepada pihak Kementerian... bla... bla...

2. Saya tidak hairan dengan pelbagai kenyataan media sama ada daripada Sang Penguasa (Sang Menteri dan kuncu-kuncunya) serta beberapa badan NGO yang menyokong PPSMI, cuma yang agak 'lucunya' membaca tulisan GURU PEDALAMAN SARAWAK ini.

3. Makanya..., saya rasa GMP harus lebih giat ke hadapan demi menangkis 2-3 propaganda sebegini. BERJUANG TETAP BERJUANG... ya seperti kata SN A. Samad Said: "Jika masih gagal (GMP), ia perlu diterjemahkan dalam pilihanraya, sebagai kuasa yang terakhir. Gunalah undi secara bijaksana."

Sekian.

rar/Anonymousnoreply@blogger.com