Kerana engkau badut yang dibayar
untuk mewayangkan orang
soal maruah bangsa yang kausebut
seperti muntah seorang pelacur
yang mual dan berlendir
Setelah engkau dibayar
oleh tuanmu yang sudah berkira-kira
menjadi tauke panggung nanti
engkau pun terlompat-lompat
ke sana ke sini dan berkata
"hei penonton, siapa yang bodoh?"
Cikgu, puisi yang ni, dah hantar kat mana pulak???
ReplyDeleteSalam AZURA,
ReplyDeleteAmboiii...! Bisa berbisa jugak komen kali ni! Puisi ni saya cadang nak hantar ke DUN Perak!
Alaahaii...melepasss lagiilaa aku!
ReplyDelete