Sekarang saya sedang menelaah buku Make Today Count tulisan John C. Maxwell (antara penulis yang saya kagumi). Beliau menyatakan bahawa Amy Vanderbilt menyarankan kita agar:
Belajar untuk berterima kasih. Apabila kita melakukannya, kita belajar supaya tidak memfokuskan pada perkara-perkara buruk, tetapi perkara-perkara baik dalam kehidupan kita.
Insya-Allah, saranan ini teramat baik untuk saya dan barangkali untuk semua orang. Jadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa hidup dalam diri saya. Terima kasih banyak-banyak.
asSalam,
ReplyDeleteMalangnya semakin ramai yang lupa mengucapkan terima kasih. Kurang bersyukur dengan apa yang mereka terima.Kurang menghargai khidmat dan bantuan orang lain kepadanya.
-che`leen-
Ya saudara, inilah masalahnya...tidak berterima kasih atas segala yang telah diterima...
ReplyDeleteCikgu,
ReplyDeleteTerima kasih atas entri baharu yang segar ini...