Sunday, March 22, 2009

CERAMAH: BENGKEL TATABAHASA SMK PERMAS JAYA 3

Saya telah diundang oleh Panitia Bahasa Melayu, SMK Permas Jaya 3 untuk mengendalikan bengkel tatabahasa kepada guru-guru Bahasa Melayu di sekolah itu pada 7 Mac 2009 yang lalu.
Terima kasih saya ucapkan kepada pihak sekolah, khasnya guru-guru Bahasa Melayu yang begitu komited untuk meningkatkan ilmu tentang tatabahasa.
Saya berharap agar guru-guru SMKPJ 3 akan terus menimba ilmu agar pelajar-pelajar akan mendapat pengetahuan yang terbaik tentang Bahasa Melayu.
Jika ada kesempatan, kita akan bertemu lagi pada masa akan datang.

4 comments:

  1. Salam.

    Nampaknya cikgu masih sibuk. Sibuk itu menguntungkan kerana banyak pengalaman diperoleh.

    Cikgu,
    Ada murid menulis ayat “Kumenanti-nanti kehadiran kawanku”. Adakah ayat ini gramatis?

    ReplyDelete
  2. Salam ARKIB PPSMI,
    Ayat itu tidak gramatis. Kata ganti nama singkat tidak boleh diletakkan pada awal ayat.
    Sepatutnya,
    Aku menanti-nanti kehadiran kawanku.
    Contoh lain yang salah:
    Mumencari penawar sakti untukku.
    Sepatutnya:
    Kamu mencari penawar sakti untukku.

    ReplyDelete
  3. Salam kembali cikgu. Nampaknya penyajak kena lebih berhati-hati menggunakan perkataan. Murid akan ikut kesilapan mereka. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Salam Cikgu Mohd Isa,
    Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Terima kasih atas pandangan itu.

    ReplyDelete