Saya telah diundang oleh Panitia Bahasa Melayu, SMK Permas Jaya 3 untuk mengendalikan bengkel tatabahasa kepada guru-guru Bahasa Melayu di sekolah itu pada 7 Mac 2009 yang lalu.
Terima kasih saya ucapkan kepada pihak sekolah, khasnya guru-guru Bahasa Melayu yang begitu komited untuk meningkatkan ilmu tentang tatabahasa.
Saya berharap agar guru-guru SMKPJ 3 akan terus menimba ilmu agar pelajar-pelajar akan mendapat pengetahuan yang terbaik tentang Bahasa Melayu.
Jika ada kesempatan, kita akan bertemu lagi pada masa akan datang.
Salam.
ReplyDeleteNampaknya cikgu masih sibuk. Sibuk itu menguntungkan kerana banyak pengalaman diperoleh.
Cikgu,
Ada murid menulis ayat “Kumenanti-nanti kehadiran kawanku”. Adakah ayat ini gramatis?
Salam ARKIB PPSMI,
ReplyDeleteAyat itu tidak gramatis. Kata ganti nama singkat tidak boleh diletakkan pada awal ayat.
Sepatutnya,
Aku menanti-nanti kehadiran kawanku.
Contoh lain yang salah:
Mumencari penawar sakti untukku.
Sepatutnya:
Kamu mencari penawar sakti untukku.
Salam kembali cikgu. Nampaknya penyajak kena lebih berhati-hati menggunakan perkataan. Murid akan ikut kesilapan mereka. Terima kasih.
ReplyDeleteSalam Cikgu Mohd Isa,
ReplyDeleteTerima kasih kerana mengunjungi blog saya. Terima kasih atas pandangan itu.