AYAT YANG SALAH
1. Saya memberi susu kepada kucing itu.
2. Mereka memberi pandangan tentang perkara tersebut.
3. Dia memberi sepotong kek kepada saya.
4. Saya diberikan sehelai kertas.
5. Mereka diberikan peringatan yang terakhir.
AYAT YANG BETUL
1. Saya memberikan susu kepada kucing itu.
2. Mereka memberikan pandangan tentang perkara tersebut.
3. Dia memberikan sepotong kek kepada saya.
4. Saya diberi sehelai kertas.
5. Mereka diberi peringatan yang terakhir.
Salam tuan munsyi,
ReplyDeleteminta kebenaran untuk copy and paste entri ini di blog saya..
Cikgu Azhar,
ReplyDeleteBagaimanakah dengan ayat ini?
Mantan pemimpin bernama AAB dari negara M memberikan kawasan telaga minyak kepada negara B.
(Hehe... sekadar suka-suka sinis sahaja)
Salam SAHABAT,
ReplyDeleteEntri sebegini sememangnya saya nantikan daripada seorang MUNSYI yang amat tinggi sekali ilmu kebahasaannya. (Entri-entri lain pun gua tunggu juga, bro!).
Salam TUAN AJAHARE,
ReplyDeleteTerima kasih kerana menghargai tulisan ini. Saya amat menghargainya dan mengizinkannya dimuatkan dalam blog hebat saudara.
Salam RAR,
Saya percaya bahawa penjualan sebuah rumah saya di kawasan AAB tidak merugikan saya...
Salam SAHABAT,
Apabila membaca komen SAHABAT, adrenalin saya meluap-luap kerana tulisan kecil saya ini dihargai oleh SAHABAT, yang saya anggap teman paling akrab untuk memperjuangkan bahasa ini. Insya-Allah, saya akan terus mencatat soal-soal bahasa kerana BM telah mendarah daging.