Tuesday, September 25, 2012


WATIKAH IKHLAS UNTUK BANGSA

       Anak kecil itu tidak betah lagi
untuk bermain api yang makin menyala
dari sumbu kekhilafan yang dimarakkan
jelaga yang mengaburkan kebenaran silam
betapa bangsa ini kabur untuk ditafsirkan
akan pendirian yang tersimpang keberanian
menjunjung mengkhabarkan lembar leluhur
dilayukan oleh sejarah yang akhirnya akan
meninggalkan kita di persemadian yang nyata.

       Bukan detiknya untuk menagih jawapan
hakikat tentang siapakah pemilik tanah ini
air mata itu menginsafi sekujur prasangka
makin menebal dan mengkaratkan jiwa
meski lidah dan telinga yang setia
masih mendengar retorik bicara yang sama.

Telah lama kita menghimpun lara
telah keruh batin resah di sumur sejarah
bagaikan keris yang tersisip di dinding tua
tidak dilangir oleh bara dan semangat iktibar
di gelanggang yang diujakan hujah dan debar
pendekar bangsa masih kejur bungkam tersandar.

Mungkinkah anak kecil itu akan bertanya nanti
tentang makna penyatuan bangsa dan jati diri
dia masih tidak mengerti untuk menyimpul rapi
betapa bangsanya sering rela dan reda memberi
tanpa pernah untuk mempersoalkan kembali
tentang maruah dan sekelumit harga diri.

       Azhar Salleh
PPJ Johor Bahru.

 

Friday, September 21, 2012

MELAYU MASIH TIDAK SEDAR...

Aku perhatikan akhir-akhir ini percakaran sesama bangsa Melayu bagaikan pasti tidak ada kesudahannya. Pemikiran bangsa Melayu masih berada di takuk lama. Mereka lebih mementingkan sesuatu yang tidak penting berbanding dengan perkara lain yang lebih penting. Mereka suka untuk berforum, berseminar, dan akhirnya segala resolusi itu terbiar...dan kemudian meneruskan usaha untuk bercakaran lagi...dan lagi...dan aku sedar bahawa aku juga seorang Melayu..!

Monday, September 17, 2012

DERITA BANGSA

SIAPA YANG TIDAK MAHU KAYA?
OLEH SEBAB ITU, AMBILLAH NASIHAT BELIAU KERANA BELIAU TELAH TERBUKTI BERUSAHA DENGAN GIGIH DAN KINI MENJADI KAYA-RAYA.
KEKAYAANNYA MENYEBABKAN TERLALU AMAT BANYAK GOLONGAN MANUSIA YANG MENDAPAT MANFAATNYA.
INSYA-ALLAH.

DERITA BANGSA

Aku melihat bangsaku makin derita
kerana terlalu mengejar warna pelangi
yang sentiasa berada di atas kepala orang lain.

Wednesday, September 05, 2012

PENGALAMAN GETIR...

Kita harus melalui beberapa banyak pengalaman getir untuk mencapai tahap yang terbaik dalam kehidupan. Kita tidak seharusnya melihat masalah itu sebagai kekangan untuk mencapai kejayaan. Sebaliknya, anggaplah masalah itu sebagai suatu peluang untuk menguji keupayaan diri. Tanpa masalah, kita tidak akan mengetahui sejauh mana kekuatan kita untuk mendepani segala kesulitan. Bintang yang terang di langit disebabkan oleh langit itu berwarna gelap. Jika pada waktu siang, kita tidak mampu melihat bintang walaupun bintang itu tidak berganjak ke mana-mana pun. Bintang itu tetap berada di situ, namun cahayanya pudar kerana tidak dibantu oleh pengalaman getir...

Tuesday, April 24, 2012

PELAYARAN

Dalam pelayaran ini
kita harus menerima hakikat
pasrah impian seksa
kerana dari kaca mata
kita sendiri dalam kembara
itulah janji Ilahi
yang kita sangka grafiti....

Wednesday, April 18, 2012

TELEGRAM PANJANG UNTUK MEREKA YANG MENENTANG

Janganlah kita berbangga dengan penentangan
kerana itulah suatu penderhakaan
sedangkan sekiranya kita berada di situ
belum tentu kita tidak ditentang.

Janganlah mengatakan sesuatu ketidakpuashatian
kerana belum tentu jika kita di situ
mampu memuaskan hati semua pihak
semua rakyat semua jelata.

Fikirlah
dengan mata yang terbuka
dengan rasa yang saksama
kerana kita semua dilahirkan
sebagai manusia.

Saturday, April 14, 2012

MENETAPKAN MATLAMAT

Dalam hidup ini, kita mestilah menetapkan matlamat yang jelas dan mudah untuk dicapai. Kiranya kita meletakkan suatu matlamat yang kabur dan sukar dicapai, akhirnya, percayalah, matlamat tersebut tidak akan tercapai.

Sebagai contoh, jika kita berhasrat hendak membaca sebanyak 50 buah buku setahun, itu matlamat yang jelas. Jikalau kita mengatakan matlamat untuk banyak membaca pada tahun ini, itu kabur.

Contoh lain, jika kita menetapkan matlamat untuk mengumpulkan wang yang banyak pada tahun ini, saya percaya kita tidak akan mencapainya dengan kadar yang membanggakan. Lebih baik kita mengatakan bahawa jumlah terkumpul tabungan atau simpanan kita ialah RM30 ribu pada tahun ini, maka itu matlamat yang jelas. Pastikan matlamat yang disasarkan itu jelas dan mudah untuk dicapai.

Jika tidak, kita akan menjadi Pak Pandir, Mat Jenin, dan Pak Kaduk atau Lebai Malang....

Thursday, April 12, 2012

MUSIBAH DAN IKTIBAR

Alhamdulillah..dengan rahmat dan izin-Nya, satu musibah yang melanda keluarga saya telah selesai hari ini. Ya, semua orang melakukan kesilapan dan kesalahan. Mudah-mudahan segalanya akan menjadi suatu pengajaran yang paling baik.

Iktibarnya di sini ialah:
Langit pada waktu malam tidak begitu dihargai kerana kegelapannya, namun dengan kegelapan itulah, bintang-bintang kelihatan lebih bercahaya dan bersinar...

Jatuh di tempat yang sama atas sebab yang serupa memperlihatkan ketidakbijaksanaan seseorang....

Monday, April 09, 2012

UCAPKANLAH TERIMA KASIH SETIAP HARI

Sekarang saya sedang menelaah buku Make Today Count tulisan John C. Maxwell (antara penulis yang saya kagumi). Beliau menyatakan bahawa Amy Vanderbilt menyarankan kita agar:
Belajar untuk berterima kasih. Apabila kita melakukannya, kita belajar supaya tidak memfokuskan pada perkara-perkara buruk, tetapi perkara-perkara baik dalam kehidupan kita.

Insya-Allah, saranan ini teramat baik untuk saya dan barangkali untuk semua orang. Jadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa hidup dalam diri saya. Terima kasih banyak-banyak.

Friday, April 06, 2012

HIDUP INI TERLALU SINGKAT UNTUK MENJADI ORANG BIASA

Falsafah hidup saya mudah;
HIDUP INI TERLALU SINGKAT UNTUK MENJADI ORANG BIASA

Saya percaya, malahan sangat percaya bahawa kita tidak sepatutnya membazirkan masa untuk melakukan hal yang tidak memberikan manfaat. Mungkin kita terfikir bahawa kehidupan ini penuh santai, penuh hiburan, dan kita perlu menikmatinya.

Betul, saya bersetuju, namun hidup ini terlalu singkat untuk menjadi orang biasa; yang melakukan hal yang biasa dilakukan oleh orang biasa, dan seharusnya kita melakukan sesuatu yang menghiburkan, yang santai, tetapi yang mendatangkan manfaat. Sesekali mungkin tidak mengapa, namun sekiranya kita sentiasa percaya bahawa kehidupan dalam zon selesa memberikan kepuasan, teruskan...

Saya tetap berpegang teguh pada manfaat daripada apa-apa yang saya lakukan...

Wednesday, April 04, 2012

...MEREKA AGAMAWAN

Kadang-kadang, saya menjadi hairan dan pelik. Sepatutnya orang yang memiliki agama yang baik dapat menterjemahkan sikap dan sifat yang baik dalam dirinya. Tetapi berdasarkan pengalaman saya, golongan ini lebih condong ke arah sifat yang negatif.

Sebab itulah saya sukar untuk bergaul dengan golongan seperti ini. Tidak salah rasanya...

Monday, April 02, 2012

RAKAN YANG PERASAN...

Ada rakan yang sentiasa percaya bahawa dia perlu menonjolkan dirinya agar orang tahu dirinya siapa; dengan tujuan untuk bersikap riak tanpa kelihatan.

Orang ini sentiasa bercakap tentang dirinya. Bersikap egosentrik tanpa rasional yang kukuh. Saya tidak dapat menerima orang seperti ini sebagai orang yang berilmu.

Friday, March 23, 2012

BACALAH BUKU, GALILAH ILMU, DAN UBAHLAH NASIB...

Sekiranya kita tidak ada idea untuk mengubah nasib diri ke arah puncak kejayaan, kekayaan, dan kebahagiaan), saya sarankan kita membaca buku tentang hal ini. Banyak buku yang ditulis tentang motivasi kejayaan dan kekayaan. Sebagai contoh yang paling baik (menurut perkiraan saya, buku tulisan Azizi Ali dan Robert T. Kiyosaki) merupakan buku yang wajib dibaca.

Mengapakah saya menyarankan hal ini?
Sudah pasti mereka menulis buku tersebut berdasarkan pembacaan, pengalaman, dan pengetahuan mereka. Jadi, kita tidak perlu bersusah payah mencipta idea untuk merobah nasib kita. Ambillah sahaja idea mereka. Praktikkan setakat yang terdaya. Azizi Ali, sebagai contohnya, membaca lebih daripada 600 buah buku kewangan sebelum menulis buku pertamanya, Jutawan Dari Planet Jupiter. Beliau membaca 600 buah buku untuk menulis sebuah buku.

Apakah iktibarnya?
Ya, kita mendapat ilmu 600 buah buku dengan membaca sebuah buku...!

Monday, March 05, 2012

...ZON SELESA

Salah satu cara untuk menambahkan pendapatan kita ialah melakukan kerja sampingan yang mendatangkan pulangan yang baik. Kita perlu mengorbankan sedikit/banyak masa untuk melakukannya. Dalam hal ini, mesti ada kos melepas atau sesuatu yang tidak mungkin dapat kita lakukan untuk memenuhi kehendak semua orang. Namun begitu, lebih banyak orang yang memilih untuk hidup dalam lingkungan zon selesa. Hidup ini sebenarnya terlalu singkat untuk menjadi orang biasa...

Saturday, February 25, 2012

BACALAH BUKU KEWANGAN UNTUK HIDUP SENANG

Saya mula membaca buku kewangan peribadi sejak empat atau lima tahun yang lalu. Daripadanya saya memperoleh pelbagai manfaat. Antara yang terpenting ialah saya dapat menguruskan wang saya dengan lebih cekap dan bersistem, berbanding sebelum itu. Saya mula bergiat cergas dan sangat aktif untuk mencari wang tambahan. Wang yang saya peroleh saya gunakan untuk pelbagai tujuan, termasuklah untuk mencari kesenangan dan pelaburan jangka panjang. Saya bersyukur kerana memiliki sedikit pengetahuan tentangnya...dan saya tidak akan berhenti untuk mencari ilmu tentangnya.

Thursday, February 23, 2012

CENDEKIA YANG SYOK SENDIRI

Bahasa Melayu perlu diperjuangkan dengan tindakan. Tidak memadai perjuangan bahasa hanya melalui cakap yang berdegar-degar. Ada orang yang selalu bersikap 'syok sendiri' tetapi apabila diberi peluang untuk melontarkan semangat bahasanya, sentiasa berkias dan berlapik. Golongan ini golongan yang PENGECUT...! Tetapi dalam masa yang sama, sentiasa mengharapkan ada orang yang akan memujinya sebagai PEJUANG BAHASA..! Golongan ini lebih baik digelar PENGECUT BAHASA...!

Sunday, January 29, 2012

ALAHAI BANGSA MELAYU....

...aku melihat bangsa Melayu tidak pernah sedar bahawa mereka semakin tertinggal jauh dalam aspek yang penting seperti ekonomi dan pendidikan...balik2 soal politik murahan yang nak ditunjuklagakkan...berapi-api kalau bercakap ttg anwar ibrahim, tentang rosmah mansor...tentang kebaikan parti A dan keburukan parti B...tapi diri sendiri, haprak pun tak dak...kesian kat bangsa aku...!

Monday, January 16, 2012

PUISI DUA BARIS UNTUK BANGSA

Bangsa ini tidak pernah mahu melangkah
asyik diulit keagungan sejarah...

Monday, January 09, 2012

FALSAFAH....

Salah satu cara untuk menyiapkan banyak kerja ialah menyiapkan satu kerja dalam satu masa...

Wednesday, January 04, 2012

PEPATAH CINA TENTANG BAHASA

PEPATAH CINA
Kalau sesuatu bangsa menghina bahasanya sendiri, tunggulah penghinaan itu dari seluruh dunia...

Monday, December 26, 2011

SEMANGAT LAMINA...

AKSI DI ASTAKONA BAHASA...SUATU RETROSPEKTIF...MUNGKINKAH 2012 AKAN TERUS BEGINI...?

Monday, November 14, 2011

MEMBUAT PINJAMAN WANG

Ada pinjaman wang yang baik. Ada pinjaman wang yang buruk.
Yang baik seperti meminjam wang daripada sebuah institusi kewangan yang menawarkan kadar faedah yang rendah. Kemudian wang tersebut dilaburkan dalam satu instrumen pelaburan yang mendatangkan pulangan (dividen, bonus, dll) yang lebih tinggi.
Misalnya, kadar faedah pinjaman sebanyak 5% setahun, dan wang tersebut dilaburkan dalam ASB, Tabung Haji, atau saham amanah yang lain (misalnya) yang memberikan pulangan yang lebih tinggi, misalnya 9% setahun.
Tidak semua pinjaman wang memberikan kesan yang buruk dan mendatangkan kerugian.
Jadi, matlamat terpenting melakukan pinjaman wang hendaklah difikirkan sebelum membuat pinjaman.
Jangan ingat semua pinjaman tidak memberikan keuntungan. Banyak pakar kewangan dan orang kaya yang membuat pinjaman, dan mereka semakin kaya...

Wednesday, November 09, 2011

SIMPANLAH WANG

Agak sukar untuk mencapai kesenangan hidup pada masa hadapan dan mencapai kebebasan kewangan sekiranya tidak ada budaya menyimpan wang secara berdisiplin.

Langkahnya tidaklah terlalu sukar. Hanya menyisihkan sedikit pendapatan untuk disimpan di mana-mana tempat yang mendatangkan pulangan yang baik seperti ASB, Tabung Haji, atau saham amanah yang lain seperti Public Mutual Fund.

Yang paling penting, disiplin menyimpan wang tersebut.

Sekiranya anda berpendapat tidak ada lebihan atau baki pendapatan untuk disimpan, maka saya mencadangkan anda melakukan dua perkara di bawah:

a) Tambahkan pendapatan ATAU
b) Kurangkan perbelanjaan ATAU
c) kedua-duanya sekali (ini yang terbaik)

SELAMAT MENYIMPAN WANG.

Tuesday, November 08, 2011

MENULIS UNTUK MENJANAKAN PENDAPATAN

Bidang penulisan sebenarnya menjanjikan pulangan yang baik sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
Banyak perkara atau subjek yang dapat ditulis untuk dibaca oleh masyarakat. Carilah subjek yang memiliki pasaran yang baik untuk menjanakan pendapatan yang lumayan.
Antaranya termasuklah novel popular, buku motivasi dan agama, dan pastinya, buku yang berkaitan dengan kewangan.
Saya melihat potensi buku-buku sedemikian begitu dan makin meluas pada masa ini.
...dan saya pun ditanya, mengapakah saudara Azhar sendiri tidak memiliki buku-buku seperti itu sekiranya boleh menjanjikan pulangan yang lumayan?
...dan saya telah bersedia untuk menjawabnya.
...dengan izin Allah SWT, saya telah memiliki punca pendapatan yang agak baik pada masa sekarang. Namun demikian, saya tetap menaruh keyakinan bahawa suatu masa yang terdekat ini, saya akan memiliki buku saya sendiri. Insya-Allah.

Monday, September 19, 2011

JANGAN TERLALU BERKIRA KALAU HENDAK KAYA

Salah satu sebab kita gagal menguruskan wang ialah kita terlalu berkira dengan orang lain. Islam menganjurkan berjimat dan bersederhana, tetapi sama sekali tidak menganjurkan kita untuk 'menggenggam wang sehingga tidak tiris sedikitpun'. Belajarlah untuk memberi, kelak kita akan sentiasa menerima.

Daripada pengamatan saya, orang yang terlalu berkira tidaklah sekaya mana pun...

Sunday, July 24, 2011

ENIGMA...

Setelah kemarau mengontangkan perasaan
dan mengeringkan tugu kekuatan
hingga luluh sebentar semangat
yang selalu diperjuangkan
kini mendung yang tiba
mengarak panji-panji
suatu kepercayaan semula
yang terbit dari dalam
untuk terus menghunus
senjata bahasa...!

Monday, July 18, 2011

ZON SELESA

Salah satu sebab orang Melayu ketinggalan dalam pelbagai bidang ialah TERLALU YAKIN UNTUK HIDUP DALAM ZON SELESA....

Monday, July 04, 2011

ILMU PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI

Kewangan yang kucar-kacir dalam kalangan masyarakat kita (khususnya bangsa Melayu) banyak disebabkan oleh kekurangan ilmu tentang pengurusan wang. Saya menyarankan saudara (dan saya juga) membaca buku2 tulisan Azizi Ali, Robert Kiyosaki, dan Donald Trump (sekadar menyebut beberapa nama besar) untuk menambahkan ilmu pengurusan kewangan peribadi.

Saya telah membaca beberapa banyak buku tulisan pengarang ini dan saya mendapati terlalu amat banyak ilmu yang saya peroleh sehingga saya mampu keluar daripada kepompong kesulitan yang pernah saya alami suatu ketika dahulu.

Walaupun wang dan kekayaan bukanlah suatu subjek utama dalam kehidupan ini, namun saya percaya tanpanya, hidup kita tidak begitu menyeronokkan. Saya bukanlah orang yang materialistik atau kebendaan, namun saya percaya HIDUP INI TERLALU SINGKAT UNTUK MENJADI ORANG BIASA....

Wednesday, June 15, 2011

DENGKI SEORANG MANUSIA

Saya semakin hairan, apabila melihat dan mengalami satu situasi; Orang yang terbukti memiliki sesuatu ilmu dan kepakaran didengki dan dijauhi kerana dia tidak mahu dilihat lebih terkebelakang daripada orang yang berilmu itu.

Saya sangat bersimpati kerana dia telah memperlihatkan hatinya yang busuk...!
Baliklah ke pangkal jalan...
Insya-Allah, saya tidak mendendami anda...

Monday, June 13, 2011

PAKAIAN ANDA DAN SIAPA ANDA....

Pandangan Masyarakat terhadap Etika Berpakaian

  • tahap ekonomi
  • tahap pendidikan
  • tahap sosial
  • kebolehpercayaan
  • tingkah laku moral
  • kejayaan dan masa depan

Saturday, June 04, 2011

RUSUH ITU INDAH

Apabila jiwa rusuh
seperti hari ini
aku berasa penuh ketenangan
kerana tidak terlibat dengan dosa-dosa
dan tidak membazirkan kata
untuk mengumpat dan berdusta

Kerusuhan ini
memberikan petanda
aku amat menyayangi
sesuatu yang tidak orang lain senangi.

Monday, May 30, 2011

WANG BUKAN SEGALA-GALANYA

Nampaknya wang dan kehidupan terlalu dekat dengan kita.
Tetapi masih ramai yang menipu diri sendiri dengan mengatakan bahawa wang bukan segala-galanya.
Pada hari ini, wang seolah-olah menjadi segala-galanya.
Dan sekali lagi, pasti akan ada yang tidak bersetuju.
Wang bukan segala-galanya.
Banyak lagi perkara yang perlu difikirkan.
Kebahagiaan, kesihatan, dan yang lebih utama, amal ibadat kepada Tuhan.

Monday, May 23, 2011

FALSAFAH HIDUP...

Sebenarnya, saya lebih condong untuk mengatakan bahawa kita tidak perlu mencipta apa-apa falsafah hidup untuk memotivasikan diri kerana ungkapan dan falsafah hebat yang sedia ada telah cukup (malah terlau banyak daripada cukup) untuk kita mendepani hari dengan wajah dan karisma hebat.

Sayang sekali, lazimnya kita gagal untuk melihat perkara ini dengan serius kerana percaya 'hidup ini tidak seharusnya bergantung pada orang lain'...

Dalam pengamatan dan pembacaan saya, saya melihat kebanyakan orang yang hebat dan berjaya hanya mengubah suai pegangan orang lain untuk berjaya.

Dan, mudah-mudahan kita akan menyusuli mereka dalam melakukan tindakan yang sama.

Wednesday, May 11, 2011

MENJAMAH SAMPAH

Banyak sampah di sekeliling kita
yang membusuk di mana-mana
dan kita masih mengutip sampah itu
kerana percaya sampah itu
akan menjadi penyelamat bangsa...!

Friday, May 06, 2011

BAHASA MELAYU: SUATU ENIGMA...

Dasar bahasa di negara Malaysia sangat tidak berjaya...Pihak yang memperjuangkan bahasa kebangsaan sentiasa bergelut untuk mempertahankannya...ironi sekali...dan kita (orang Melayu) masih lagi tidak terbuka mata akal dan fikirnya untuk meletakkan taraf bahasa Melayu pada tempat yang lebih wajar...soalnya, sampai bila?

Thursday, April 28, 2011

RUSUH = TENANG

Kadang-kadang, rusuhnya fikiran dan terganggunya emosi, memberikan ketenangan.
Dan ketenangan yang dilalui itu tidak dikecapi melainkan dengan fikiran yang rusuh.
Suatu inversi...

Monday, April 25, 2011

ZON SELESA; SUATU PERANGKAP KEGAGALAN

Banyak cara yang dapat dilakukan untuk mencapai kegagalan dalam hidup. Salah satu cara yang berkesan ialah sentiasa berada dalam zon yang selesa. Sentiasa mempercayai bahawa segala-galanya sudah mencukupi dan tidak bersedia untuk mencapai sesuatu yang lebih baik berbanding sebelum itu.
MENGELUARKAN DIRI DARIPADA ZON SELESA MERUPAKAN ANTARA LANGKAH TERBAIK UNTUK MENCAPAI SESUATU YANG LEBIH BAIK...

Thursday, April 21, 2011

DI ASTAKONA BAHASA

MEMPERKATAKAN ISU KONVENSI DALAM PENULISAN PELBAGAI AKSI...

BERBICARA TENTANG KARYA...

SEMANGAT PERJUANGAN HARMONI...

GAYA KLASIK...TANGAN MESTI BERGERAK..

Tuesday, April 19, 2011

KISAH SEORANG EJEN INSURANS

1. Ada seorang rakan, baru menjadi ejen insurans dua tiga bulan lepas. 2. Dan seperti biasa; keghairahannya agak menggila. (suatu tahap agak memualkan) 3. Suatu ungkapan yang 'menarik' yang diperkatakannya ialah: "Orang Melayu kita tidak pernah sedar tentang kepentingan pengurusan kewangan, khususnya tentang insurans. Tidak seperti bangsa asing. Tak tahulah nak jadi apa dengan orang Melayu. Bila lagi la nak sedar... Esok-esok bila susah, baru nak menyesal..." 4. Saya tersenyum...sinis. 5. Saya percaya ilmunya tidak setinggi mana... 6. Dan saya percaya untuk menjadi Melayu yang sedar tentang kewangan dan bertindak seperti bangsa asing, tidaklah susah mana. Masuk sahaja mana-mana satu skim insurans dengannya. Ketika itu juga, kita menjadi orang yang hebat...! 7. Hebat benar percakapan seorang ejen insurans...!

Wednesday, April 13, 2011

Anekdot Petang Ini

Konspirasi jahat. Video seks. Jam tangan Omega. Susuk tubuh. Bangsa Melayu semakin ketinggalan ...dan bangsa asing bertepuk tangan!

Tuesday, April 12, 2011

SEOLAH-OLAH DIA MAKSUM...?

Kes Anwar Ibrahim semakin panas... Kes liwat belum selesai, kes video seks menyusul... Kebanyakan masyarakat beranggapan dia difitnah lagi...satu lagi konspirasi jahat pihak pemerintah. Persoalannya, apakah bukti yang ada yang dapat menjelaskan bahawa dia tidak bersalah dan difitnah...? Nampaknya, siapakah yang terlebih dahulu bersalah...

Tuesday, April 05, 2011

TATABAHASA: MEMINJAM, MEMINJAMI, DAN MEMINJAMKAN

1. Pelajar yang berada di perpustakaan itu akan meminjam buku sebelum pulang. 2. Pelajar di sekolah itu tidak perlu untuk membeli semua buku yang diperlukan kerana perpustakaan dapat meminjami mereka. 3. Pelajar itu meminjamkan buku kepada rakan karibnya. Huraian Berdasarkan ketiga-tiga ayat contoh di atas, jelaslah bahawa perkataan pinjam apabila menerima imbuhan tertentu yang berbeza akan menghasilkan makna yang berlainan juga. Perkataan meminjam bermaksud ”menggunakan barang orang lain untuk sementara waktu, minta pinjam”. Perkataan meminjami bermaksud ”memberi pinjam kepada”, manakala perkataan meminjamkan bermaksud ”memberikan barang dan lain-lain untuk dipinjam”.

Thursday, March 24, 2011

KING EL MONDOQUE - XPDC

King El Mondoque
Dah lama sangat
Dah naik karat
Nak nak kiamat
Masih merempat
Masih melarat masih keparat
Mana maruah
Mana merdeka
Mana sakinah
Bukti satumu
Buktikan jitumu
Bukti tahu mu
Huray! Huray! King El Mondoque
Huray! Huray! King El Mondoque
Tafsir Tuan kami ni siapa
Tikus parit tikus sawah
Tikus sampah
Tikus bukit tikus rimba tikus kota
Dilahirkan hanya untuk dinista
Uh... bukan ingkar
Uh... nak derhaka

Friday, March 18, 2011

BUNUHLAH...

Diskusi dan polemik novel Interlok sudah mencapai tahap memualkan kerana sekali lagi, bangsa Melayu dengan rela dan bangga menyerahkan kehormatan dan maruah untuk dicampakkan ke kandang kebodohan dan kedunguan.

Kerana sepatah kata yang wujud dalam kasta dan sejarah, Melayu membunuh seorang sasterawan.

Kerana sepatah kata, lidah pemimpin Melayu menjadi kelu dan menjadi kerbau yang dicucuk hidungnya.

Kerana sepatah kata, Melayu semakin nazak dan menunggu masa untuk ditalkinkan.

Wahai pemimpin, bunuhlah sahaja kesemua sasterawan dan khazanah ilmu yang diwariskan sekiranya itu yang menyebabkan kalian takut kehilangan kuasa...

Monday, March 14, 2011

PANDANGAN BARAT KEPADA MELAYU SUATU KETIKA DAHULU

Pendidikan vernakular mengajar budak-budak Melayu membaca dan menulis Melayu, Ilmu Kira-kira, Ilmu Alam dan Rumi. Pelajaran sebanyak ini akan menjadikan mereka berperaturan, taat dan bersih dan sesuai untuk menjadi mata-mata, peon, kerani kastam, pekerja Jabatan Hutan dan penyelia lombong. Setakat itu baguslah.
(Minit Residen British Negeri Sembilan kepada Residen Jeneral, 14 Jun 1898)

Wednesday, March 09, 2011

MEMBUANG TONGKAT

Bangsa Melayu perlu membuang tongkat untuk berjaya, khususnya dalam bidang ekonomi. Kata mantan PM.
Kalau tongkat dibuang, maka tempanglah jalan Melayu kerana dengan adanya tongkat pun, bangsa asing juga kaya-raya...!
Silap siapa...?

Saturday, February 26, 2011

PESAN PUTERI

PESAN PUTERI

Aku tidaklah sesetia Tun Tuah
atau segagah Tun Mamad dan Sang Setia
yang mengkhabarkan hajat yang mewarasi lara
bukan juga setinggi puncak ini yang tersasar
dari naluri dan berahi pemilik tuan bangsamu
sekadar ingin menghulurkan pesan agar tidak
terlalu mengikut perasaan dan menisankan fikiran.

Sesetia tuan hamba sesekali terduga
meredah belantara dan samun yang tebal
demi mengejar rerama yang terbang tinggi
dan memburu nafas jeram yang menderu
kadangkala haruslah terpaksa menerima hakiki
tentang amanah yang dijunjung janganlah dikhianati
tentang upaya diri usahlah terlupa adanya zat Ilahi
tentang nafsu yang tidak pernah menang
gelora batin yang resah, daun waras yang terkoyak
adalah syarat yang tersirat untuk disimpan
kejap di lembar sejarah dan tatapan generasi.

Aku telah bersedia untuk memamah murka
aku telah bersangka dalam mematangi usia
dirikanlah sebuah jambatan emas dan perak
merintangi gunung ini ke singgahsana takhta
cucurkanlah air mata dara yang tidak berdarah
merah darahnya pinang, tujuh dulang hati kuman
dan secangkir darah yang pastinya berajalah resah.


Aku tahu
syarat itu tidaklah sulit untukmu
kecuali yang satu itu, kerana tiada upaya
untuk aku melupuskan syarat terakhir itu

Dari batin gelora gunung gelegak resah sejarah
berdenyutlah luka di istana untuk mengagungkan nama
bertingkah hujah dan suara getar tewas menakluki
kabus di gunung akan lenyap dibawa oleh kesilapan
bunyi unggas lebih dahulu menumpaskan keegoan
denai di rimba unggas dan kehijauan menghiris hajat
kerana bukan cantiknya dan berkuasanya kita
dalam menentukan segala mengatur ketentuan-Nya.

Aku berpesan
bangunlah kewarasan di banjaran kesetiaan.

Azhar Salleh
PPJ Johor Bahru.

Antologi "Bingkisan Ledang" 2010

Tuesday, January 25, 2011

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Baru-baru ini, saya telah menerima satu e-mel daripada seorang rakan di Pulau Pinang. Saya perturunkan kandungan e-mel tersebut tanpa sebarang suntingan. Sama ada anda (pembaca) bersetuju atau tidak, percaya atau tidak dengan kandungan e-mel ini, terpulanglah, kerana anda berhak untuk berbuat demikian. Terima kasih. Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy






Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Ahad pada pukul 6.25 ptg
Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...


Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"Aku lantas meminta jawapan dari beliau.

Beliau menyambung : "Ada dua sebab -
1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha BesarHitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German." Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Wallahu'alam.

Tuesday, January 04, 2011

PESAN MUNSYI ABDULLAH...

``Bermula adalah sebesar-besar hairan dalam hatiku sebab melihatkan adat orang-orang kita Melayu itu, yang tiada diperbuat oleh bangsa yang lain-lain dalam dunia ini diperbuatnya!
``Adakah segala manusia dalam dunia ini membuangkan bahasanya sendiri, tiada bertempat belajar bahasanya itu, melainkan yang kulihat orang Melayulah yang tiada mengendahkan...``Bermula adalah yang kudengar beberapa bangsa di dalam dunia ini menjadi besar dan pandai sebab mereka itu pandai membaca surat dan menyurat dan mengerti bahasanya serta memeliharakan bahasanya, iaitu daripada bangsa Arab atau bangsa orang putih, baik daripada Cina atau Hindu, maka sekelian mereka sentiasa memeliharakan dan memuliakan bahasanya.``Maka makin sehari makinlah diluaskannya dan ditambahinya dan dibaikinya dan dihaluskannya sampailah zaman ini, kerana sesungguhnya bahasa itulah menjadikan manusia itu berakal dan menambah kepandaian dan ilmunya dan boleh menjalankan segala pekerjaannya dan boleh membaiki akan dirinya sendiri dan boleh pula mengajar akan orang lain.``Maka dengan dia itulah sahaja dijadikan Allah yang dapat mengeluarkan barang suatu rahsia dalam hati manusia.``Syahadan dapat tiada kalau ada suatu bangsa yang besar itu maka bahasanya pun besarlah, kerana sekelian perkara yang ada dalam dunia dan akhirat itu semuanya terbit daripadanyalah, menjalankan pekerjaan dan memberi nama tiap-tiap suatu itu dengan bahasa dan mencari kehidupan itu pun dengan bahasa dan mendatangkan beberapa kekayaan dan kemuliaan.``Kebesaran bagi manusia itu pun daripada bahasa datangnya.``Maka bahasa itulah yang besar gunanya bagi manusia ini dunia akhirat. Maka patutkah iaitu tiada engkau endahkan.''

Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi

Saturday, January 01, 2011

SELAMAT TAHUN BAHARU 2011

Tahun baru menjengah lagi. Bimbang masih terbawa-bawa sikap dan perangai buruk yang lama. Dan azam 2011 biarlah bersarang secara berseni dalam diri dan sanubari. Perjalanan yang masih bersisa...

Wednesday, December 29, 2010

RANTAI

Telah lama kita dibelenggu
oleh serantai kejumudan yang khilaf
dan kita seolah hilang kewarasan fikiran
untuk menentukan kebenaran dan kebatilan
yang bermaharajalela di pelosok jiwa kosong
tanpa pegangan hingga sukar menebak tindakan
satu demi satu bangsa yang merdeka ini kehilangan.

Kita pernah kehilangan sebuah pulau merdeka
kita telah kehilangan keutuhan sebuah peradaban
dan kita hampir kehilangan suara berjiwa bangsa
kerana terlalu mengikut telunjuk mereka yang haloba
kita nyaris kehilangan takhta dan kuasa sebuah bangsa
bertelagah dan bertelingkah, beretorik dan bermadah
tentang segala falsafah yang seringkali disanggah.

Atas sebuah fahaman yang mengelirukan jelata
atas nama satu dukungan yang menyerlahkan celaru
kita rela memperhamba segala luka lara dan suara
marhaen yang tertanya-tanya dan masih berteka-teki
tentang nasib anak-anak yang masih tidak mengerti
perpaduan dan integrasi, suatu momokan yang berseni
diikat seuntai rantai yang bebas berkompang di sana sini.

Rantai ini
akan terus membelenggu
dan menjadi duri di dalam daging
bangsa yang masih terumbang-ambing.

Azhar Salleh
PPJ Johor Bahru.
Antologi Suara 1Malaysia (Persatuan Penulis Johor)

Tuesday, December 21, 2010

HANYA MEREKA YANG BERANI MENGHADAPI KEGAGALAN YANG BESAR SAHAJA YANG BOLEH MENCAPAI KEJAYAAN YANG BESAR

1) Kalau anda memberitahu semua orang bahawa anda tidak pernah gagal dalam melakukan apa-apa sahaja tindakan, maka anda seharusnya menangis kerana berasa malu.
2) Sekiranya anda berharap agar akan ada manusia yang akan memuji anda kerana anda tidak pernah gagal, maka anda tersilap memilih kawan. Kawan yang memuji anda sudah menunjukkan bahawa dia tidak ikhlas berkawan dengan anda.
3) Kita dinasihati agar mencari kawan yang boleh bercakap benar dengan kita, tetapi kawan yang sentiasa membenarkan kata-kata kita bukanlah kawan yang baik. Mungkin dia boleh menjadi musuh dalam selimut.
4) Mengapakah kita perlu mengalami kegagalan sedangkan semua orang melakukan sesuatu tindakan atau pekerjaan adalah untuk mencapai kejayaan? Tuan-tuan yang budiman, jangan salah faham. Jangan tutup blog ini dan kemudian pergi melepak dengan kawan-kawan di kedai mamak 24 jam kerana tindakan itu tidak merugikan saya.

5) Kegagalan tidak seharusnya dipandang daripada kaca mata yang negatif semata-mata. Kebanyakan manusia terhebat yang pernah dilahirkan di dunia ini pernah mengalami kegagalan, malahan kegagalan yang dialami mereka bukannya kegagalan biasa.
6) Rintangan dan ujian hebat serta getir melanda mereka, dan mereka tidak selalunya berjaya mengatasi semua yang datang itu dengan tepukan kejayaan dan kemudiannya mendabik dada. Banyak antara mereka yang kecundang, bolos, dan tumbang.
7) Ada antara mereka yang sukar untuk bangun semula, tetapi yang menariknya, banyak antara mereka yang bukan sekadar mampu untuk bangun semula, malahan dinobatkan sebagai manusia terhebat, terunggul, dan terkemuka! Mereka mampu menggapai awan kegemilangan selepas pernah tersungkur di lalang penghinaan!

Monday, December 20, 2010

RETROSPEKTIF 1

1. Sebagai manusia, kita pasti akan melakukan pelbagai kesilapan dan kesalahan. Kesalahan kecil dan besar. Sukar sekali untuk kita elakkan diri daripada membuat keputusan dan tindakan yang salah.
2. Walaupun seharusnya kesalahan atau kesilapan yang kita lakukan itu boleh dielakkan kalau itu dan kalau ini...tetapi sesekali kita harus terjebak dalam kesilapan. Ya, kita memperoleh banyak kerugian dengan melakukan kesilapan itu, tetapi tidak adakah sepicing keuntungan dengan melakukan kesilapan itu?
3. Saya percaya, kesilapan adakalanya menghadirkan pemikiran yang lebih baik dalam mendepani sesuatu situasi yang sama pada kali yang seterusnya. Usahlah terlalu sesal dan kesal jikalau sesuatu yang dilakukan itu tersilap langkah.
4. Dalam dunia ini, kesilapan mengajar kita agar lebih menjadi matang, sekiranya kita menganggap kita telah melakukan kesilapan.
5. Renungkanlah kesilapan dan kesalahan yang pernah kita lakukan, dan saya percaya kita akan lebih terdorong untuk menghindarkan kesilapan itu lagi.
6. Salah satu cara untuk mengelakkan kesilapan dalam pemikiran dan tindakan ialah bertanya kepada diri kita sebelum bertindak. Tanyalah diri kita "Adakah perkara seperti ini dilakukan oleh orang yang hebat dan berjaya?".
7. Dan, sudah pasti akan ada dua jawapan, sama ada 'ya' ataupun 'tidak'.

Tuesday, December 14, 2010

SALAM MAAL HIJRAH

KITA TIDAK PERNAH BERHIJRAH

Siapa kata ini suatu penghijrahan
sentiasa berdendam dan bermusuhan
iri hati dan hasad berputar-putaran
bangsa Melayu yang mengaku Islam
ada yang lebih jahil daripada gerombolan kafir
yang bijak menangguk di air keruh
dan kemudian mereka bertepuk gemuruh

Siapa kata ini suatu penghijrahan
jikalau yang miskin tanpa mahu berusaha
dikatakan takdir penentu segala-galanya
siapa kata ini suatu penghijrahan
kalau sejak dulu rancangan tari-menari
hingga kini masih rancak bersiaran di kaca TV

Kita tidak pernah berubah
menari ikut rentak agenda Yahudi
pemimpin pula rasuah di sana dan di sini
kenyangkan perut sendiri dan semua kroni
rakyat yang terbeban petrol naik harga lagi

Kita tidak pernah berubah
di surau dan masjid yang lengang
hanya penuh ketika Jumaat menjelang
itupun ada yang mengira supaya berselang
takut tiga kali bimbang hatinya bertitik hitam

Siapa kata ini suatu penghijrahan
rumah urut dan pusat judi tumbuh bagai cendawan
negara majmuk sentiasa dijadikan alasan
untuk menghalalkan maksiat dan kemungkaran
tetapi yang banyak bertandang Ali dan Sulaiman
relaks la bro, sebelum malaikat datang, gua balik ke pangkal jalan

Siapa kata ini suatu penghijrahan
kalau Melayu Islam sentiasa bergerak ke belakang
bukannya melangkah ke hadapan tetapi asyik gostan
dan jika nyawa masih panjang tahun hadapan
kita menyambut lagi awal Muharam
dengan satu lagi slogan…

Salam Maal Hijrah.

Monday, November 22, 2010

INTI PATI THE MAGIC OF THINKING BIG - FASA 1

THE MAGIC OF THINKING BIG - DAVID J. SCHWARTZ

1. Dalam hidup ini, tiada cabaran yang lebih besar daripada memaksimumkan potensi diri.
2. Kita akan mendapati yang semakin berjaya seseorang itu, maka semakin kurang dia mereka-reka alasan.
3. Tindakan merungut mengenai penyakit yang dihadapi adalah umpama menabur baja pada lalang.
4. Kesedihan yang saya alami disebabkan kasut saya yang buruk terus lenyap apabila saya terserempak dengan orang yang tidak mempunyai kaki.
5. Adalah lebih baik menjadi usang kerana digunakan daripada diam dalam kekaratan.
6. Pemikiran yang memandu kepintaran adalah lebih penting daripada tahap kepintaran itu sendiri.
7. Meneruskan usaha dalam melakukan sesuatu sehingga diselesaikan dengan baik adalah lebih menguntungkan daripada kepintaran yang disia-siakan, sekalipun kepintaran itu luar biasa.
8. Memang sukar kalau mahu menukar kebolehan semula jadi, tetapi tidak susah bagi mengubah cara kita memanfaatkan kebolehan itu.
9. Duit diperoleh daripada idea yang baik, dan bukannya daripada fakta.
10. Sikap yang saya tonjolkan lebih penting daripada kepintaran yang saya miliki.
11. Apabila nasib yang menentukan siapa yang berjaya dan siapa yang gagal, maka rosak segala-galanya.

Friday, November 19, 2010

MALAS DAN BOSAN

Ada ketikanya rasa malas dan bosan menjadi teman. Pil vitamin dan air teh misai kucing yang ditelan tidak memberikan kesan. Katanya 100 Plus dapat memberikan kesegaran. Setelah difikirkan, rupa-rupanya jikalau tidak begitu banyak tugas yang perlu dilakukan, lebih kuat mendatang rasa malas dan bosan. Dan akhirnya di sofa itu 'hilang dalam terang'!

Saturday, November 06, 2010

SUFFERCATION: KELAHIRAN SEMULA DAY OF DARKNESS

1. Minta maaf banyak-banyak kepada sesiapa yang membaca entri terbaru ini kiranya tidak menarik dan di luar lingkaran bahasa dan kewangan. Sesekali ingin meluahkan sesuatu yang tidak penting, sekadar catatan...rasanya tiada salahnya.
2. Gua terbaca dalam FB band Suffercation malam tadi tentang suatu perkara; Album "Day of Darkness" akan diterbitkan semula (re-released). Album pertama band Suffercation di arus perdana terbitan VSS. Album ini mula berada di pasaran pada tahun 1992. Ketika itu, gua bekerja di kilang Fujisash, Perai, PP.
3. Album ini dianggap sebagai album pertama aliran death metal di Malaysia. Ketika itu, belum terdapat band yang merakamkan album death metal kerana aliran muzik yang sangat keras itu masih tidak dapat diterima lantaran persepsi masyarakat yang negatif terhadap aliran death metal.
4. Tanpa prejudis, gua terus mendapatkan album ini yang original. Kulit kasetnya masih dalam simpanan sehingga kini, tetapi kasetnya sudah lesap ditelan zaman. Sebelum mendengarnya, gua sudah terbiasa dengan death metal dari Barat seperti Soffocation, Carcass, Death, dan Deicide. Namun, selepas mendengarnya kali pertama, hati gua terus tertarik dengan Suffercation. Walaupun mutu rakamannya kurang baik, tetapi rentak muziknya sangat hebat. Ya, gua percaya bahawa Suffercation lebih hebat daripada band dari Barat!
5. Gua layan habis dengan Suffercation. Suara garau Jeff Ilias, gitar dan drum Rob dan Ly Razak memang memukau. Gua lihat berlaku suatu fenomena death metal ketika itu dan Day Of Darkness mencipta pengaruh dalam kalangan rockers yang sudah biasa dengan aliran rock kapak daripada Search, Wings, May, SYJ, dan Rahim Maarof dan Whitesteel. Walaupun masih ramai otai rock kapak tidak mengenali band ini pada ketika kelahirannya, namun peminat death metal yang tegar tahu tentangnya. Ulasan dalam akhbar dan majalah tentang album ini memberikan kredit untuk band ini. Gua pernah melampirkan dan mencatat hal ini dalam entri terdahulu.
6. Selepas Day Of Darkness, muncul pula Cryptic Existense (album kedua). Dan album ini pun masih menyengat, namun tidak dapat mengatasi Day of Darkness. Dan band ini terus menggila dengan album seterusnya tetapi sudah tidak berapi lagi selepas pengunduran Jeff Ilias. Gua paling 'boring' apabila Suffercation merakamkan lagu Melayu dan dibarisi oleh 'line-up' baru. Dan gua lihat, itulah zaman kemerosotan Suffercation. Apatah lagi, telah muncul band2 lain seperti Sil Khannaz, Tormentor, Nebiras, Infectious Maggots, Silent Death yang turut membawa elemen death metal, black metal, dan grindcore.
7. Itu cerita dulu. Dan tidak beberapa lama lagi, Day of Darkness akan muncul semula. Dan gua tersenyum gembira...ya, selepas sekian lama, gua mencarinya di semua kedai muzik di JB, memang tidak ada lagi stok. Kalau ada, gua sanggup bayar harganya 5 kali ganda!
8. Mungkin ada yang tertanya, hebat sangatkah band Suffercation? Atau menarikkah aliran muzik death metal?
9. Entahlah...tetapi pada gua, band Suffercation tidak seperti band death metal yang lain. Gua pun tidak tahu untuk menghuraikan kehebatan band ini dengan perkataan. Kerana Suffercation hidup bukan kerana perkataan, tetapi muziknya...!
10. Suffercation. Penyeksaan.

Tuesday, November 02, 2010

FASAL 152

Bismillahirahmanirahim.
1. Saya masih keliru tentang kedudukan bahasa Melayu di negara ini. Kedudukannya dikatakan terjamin dan tidak boleh digugat lagi kerana termaktub dalam undang-undang tertinggi negara. Fasal/Perkara 152.
2. BM sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di negara yang bernama Malaysia.
3. BM sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara.
4. BM sebagai bahasa rasmi bermaksud BM perlu digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan.
5. BM sebagai bahasa kebangsaan bermaksud BM perlu dihormati sebagai bahasa yang perlu dikuasai dengan baik oleh semua rakyat Malaysia. Tanpa mengira kaum, bangsa, dan agama. Masih terlalu banyak rakyat Malaysia yang tidak boleh berbahasa Melayu. Perlu dibuat apa kepada mereka? Biarkan sahaja?
6. Bagaimanakah pula dengan penggunaan bahasa Melayu yang tidak tepat di premis awam? Yang dilakukan oleh pihak swasta. Dan yang lebih teruk dilakukan oleh pihak kerajaan sendiri.
7. Bagaimanakah pula dengan nama syarikat dan nama tempat awam yang tidak membantu BM untuk berkembang dan didaulatkan? Sekali lagi kita biarkan sahaja. Baik budi Emak Si Randang, dagang lalu ditanakkan, anak mati kebuluran. Kayu api habis, diruntuhkan rumah...
8. Nampaknya terlalu amat sukar untuk memartabatkan BM. Dasar MBMMBI yang menggantikan PPSMI nampaknya jauh menyebelahi MBI dan meminggirkan MBM. Lihat sahaja peruntukan untuk MBI. Kata menteri, MBM telah baik dan tidak perlu difokuskan sangat kerana MBI lebih penting. Terima kasih.
9. Akta yang digubal dan katanya telah diluluskan di Parlimen untuk menghukum pesalah bahasa khabarnya terpaksa dikebumikan lagi, untuk kali yang seterusnya...dan seterusnya...dan lagi...lapan lagi! IMalaysia!
10. BM; mengapakah nasibmu begitu malang...aduhai....

Thursday, October 28, 2010

BICARA BAHASA SEORANG LELAKI

1. Semalam (27 Oktober 2010), semasa berada di Pintu 03, KLIA, menunggu pesawat MH 1057 untuk ke JB, tangan kanan menyalami seorang lelaki berkot hitam, susuk tubuhnya masih cergas walaupun sudah berusia, dan mengheret dua buah beg di atas troli. Lelaki itu duduk bersebelahan dan terus menepuk paha dan terus berbual mesra.
2. Berbicara tentang pengalaman beliau yang baru pulang dari Istanbul, Turki. Tentang daging kambing muda, tentang ribuan arked, budi bahasa orang Turki, cuaca di sana, dan pakaian gadis2 Turki yang masih sopan, biarpun ada yang tidak bertudung.
3. Jam menunjukkan pukul 5 petang. Penerbangan jam 5.25 petang. Masih banyak persoalan diajukan dan dikongsi bersama beliau.
4. Tanpa disangka, beliau menyinggung soal bahasa (tanpa mengetahui bahawa lawan bicaranya peminat bahasa!). Katanya, di Turki, rakyatnya tidak begitu tahu dan tidak mahu berbahasa asing, khususnya bahasa Inggeris. Rakyatnya tidak suka pula orang asing berbahasa Inggeris. Mereka begitu kuat dengan semangat bahasa. Dan kemajuan di Turki, tak perlu sesiapa menafikannya.
5. Beliau menyatakan bahawa di sana, tulisan Ruminya dieja seperti bahasa Melayu. Tulisan dan bahasa Turki/Arab memang digunakan di mana-mana. Kekaguman beliau ialah rakyat Turki sentiasa percaya bahawa kemajuan yang dicapai dengan bahasa sendiri lebih utama.
6. Mendepani situasi di Turki, beliau berkata bahawa beliau berasa 'kecil', kerdil' dan beranggapan bahawa jauh bezanya dgn negaranya sendiri. Saya tidak memberikan komen apa-apa, melainkan mendengar dengan penuh minat bicaranya. Bukan mudah untuk berbicara dengannya.
7. Saya mendapati perbualan kami didengari atau cuba didengari oleh beberapa orang di sekeliling. Saya membiarkan bicaranya memenuhi ruang menunggu kerana bicaranya sangat 'mahal' bagi saya. Bicara saya mungkin 'bicara orang kecil' dan tidak seharusnya dipentingkan. Saya berfikir demikian.
8. Selepas pengumuman dibuat untuk menaiki pesawat, saya meminta diri untuk beredar. Beliau bertanyakan umur saya. 38 tahun. Ohhh...masih muda, sampuknya. (saya berasa berada di awang-awangan ketika itu walaupun belum menaiki pesawat!).
9. Beliau sempat menitipkan pesan: Masih muda, banyakkan amal ibadat dan mudah-mudahan dapat bertemu kembali.
10. Saya menyalaminya sekali lagi dan beliau melafazkan salam. Saya bergerak ke pintu masuk. Pengalaman hebat untuk saya...!
11. Lelaki itu mantan Mufti Negeri Johor, Dato' Nooh Gadut. Beliau kini Penasihat Agama Sultan Johor.
12. Pesawat yang membawa kami bergerak dari landasan menuju ke selatan dan apabila berada di angkasa, pecutannya ialah 800 km/sejam.

Wednesday, October 20, 2010

PUISI PERIBADI SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2010

SALASILAH BAHASA

Pohon bahasa yang sekian lama tumbuh
menunaskan akal budi bangsa yang teguh
merantingkan wibawa bicara yang ampuh
dahannya terlalu kukuh untuk dirempuh
dedaun bestari hijau mewarnai peribumi
mekarlah puspa mengaroma datar buana
bertunjang akarnya yang berjiwa cekal
di belantara sejarah yang bernafas kental

Sungai bahasa telah bersilam menyaring
kelodak hitam dan penjarah yang gering
yang ingin melunturkan jernih bahasa
namun nadi arusnya sukar ditongkah
ini bahasa sarwa milik merdeka
terhimpun khazanah bangsa di dasarnya
merakam luka dan derita yang terseksa
dalam kitab riwayat yang paling sejahtera
menguntum kasih merentasi sempadan
bahasa ini tegak setia mengkhabarkan salam
menjalinkan peradaban yang marak dijulang

Asal usul bahasa
bermukim pada akal budi para pewaris
yang begitu mesra menyantuni warga
keras pula menyanggah sengketa
dari sejarah yang mengharukan bangsa
dari puncak bukit yang mencatan warnanya
perjuangan rakyat membuka gerbang dewan
di sebuah wad usang menggelegaklah bahasa
untuk diseratakan di segenap ruang kota
demi menafaskan nadi pejuang dari desa
yang ingin menancap bahasanya bersatu
mengisi merdeka dengan bahasa yang sama
bahasa yang berjiwa bangsa

Azhar Salleh
PPJ Johor Bahru

Tuesday, September 07, 2010

Kesalahan Bahasa pada Bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri

Banyak sekali kesalahan bahasa yang dapat kita temukan sepanjang bulan Ramadan (yang tinggal beberapa hari lagi) dan ketika kita menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Sebagai contoh:

SALAH - BETUL
a. Ramadhan – Ramadan
b. di bulan puasa – pada bulan puasa
c. murtabak – martabak
d. hadiah percuma – hadiah
e. bazaar – bazar
f. satey/satay – sate
g. nasi baryani – nasi beriani
h. nasi campor – nasi campur
i. di hari raya – pada hari raya
j. balik kampung – balik ke kampung
k. Aidil Fitri – Aidilfitri
l. saling bermaaf-maafan – saling bermaafan/bermaaf-maafan
m. saling bersalam-salaman – saling bersalaman/bersalam-salaman
n. saling berkunjung-kunjungan – saling berkunjungan/berkunjung-kunjungan
o. buffet – bufet
p. bubur lambok – bubur lambuk
q. selamat hariraya – selamat hari raya
r. bahulu – baulu

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.