TARIKH: 6 NOVEMBER 2009 (JUMAAT)
TEMPAT: HOTEL MUTIARA, JOHOR BAHRU
Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada DBP Kuala Lumpur, khususnya kepada Encik Karim, Encik Aris, dan Puan Rahayu atas undangan ini. Tidak lupa juga kepada Encik Rusdi (terima kasih atas kiriman foto di bawah) dan Encik Rizal (DBPWS) yang hadir dan membantu saya sepanjang kursus berlangsung.
Kepada semua peserta, manfaatkanlah ilmu yang diperoleh dan sebarkan ilmu ini kepada rakan-rakan yang lain agar penggunaan bahasa Melayu yang berkesan dapat dipraktikkan sepanjang masa. Terima kasih kepada semua peserta yang memberikan kerjasama dan menunjukkan komitmen yang padu dan penuh dedikasi.
Saturday, November 07, 2009
Wednesday, November 04, 2009
SUMBER PENDAPATAN TAMBAHAN
1. Saya menyedari bahawa kakitangan awam, khususnya yang bergred rendah dan sederhana, agak sulit untuk mencapai taraf kebebasan kewangan yang sepenuhnya. Namun demikian, saya melihat ramai antara mereka yang memiliki aset dan harta yang banyak. Mereka mungkin dilahirkan dengan tuah yang dikurniakan Allah SWT. Dan ada antara mereka, berusaha pada tahap Ultraman Taro untuk berjaya ke tahap tersebut.
2. Kita tidak perlu memaksa diri untuk berada pada tahap tersebut, sekiranya untuk mencapainya, kita memerlukan terlalu banyak masa dan sukar pula. Jadi, kita seharusnya mengenal pasti kekuatan yang kita ada untuk menjana sumber pendapatan yang lebih. Tanpa kekuatan atau kepakaran yang dapat dijadikan modal untuk kita, sekali lagi saya percaya kita akan berada dalam situasi yang lebih sulit untuk mencapai tahap kebebasan kewangan.
3. Walaupun kita bekerja makan gaji, namun di sekeliling kita, ada yang mampu menjana pendapatan yang besar dan ada yang sentiasa “hanya cukup makan”. Golongan kedua lebih selesa berada di dalam zon tersebut. Mereka percaya bahawa dengan gaji yang diterima, ansuran bulanan kereta, rumah, dan segala keperluan lain dapat diuruskan, apa lagi yang perlu difikirkan. Bukankah dalam dunia ini, bukan hanya wang atau harta sahaja yang perlu difikirkan? Masa bersama anak-anak dan keluarga, masa untuk bercuti dan melancong (saya tidak dapat membayangkan percutian yang menyeronokkan tanpa wang!). Saya bersetuju dengan pendapat mereka. Ya, mereka telah memberikan alasan yang cukup wajar untuk memastikan pendapat mereka itu kelihatan benar. Dalam hal ini, kita perlu berlapang dada untuk menerima pendapat orang lain. Dan pendapat ini memang tidak sukar untuk dicari, sama halnya apabila kita melihat Mat Bangla di Malaysia. Di mana-mana ada mereka.
4. Tetapi, dalam banyak buku dan artikel yang saya baca, yang ditulis oleh individu yang berjaya dan kaya-raya, untuk memastikan kita bebas daripada belenggu kewangan, dan kita mampu mendepani kehidupan dengan lebih selesa, kita tidak seharusnya bergantung pada satu sumber, khasnya kepada penjawat awam atau yang makan gaji. Bukannya bermaksud dengan hanya makan gaji, kehidupan kita akan merana ataupun hutang keliling pinggang, tetapi pendapatan tambahan, tidakkah kita akan menjadi lebih bebas dari segi kewangan? Tidakkah keadaan ini akan membantu kita untuk tidak bergantung daripada satu sumber pendapatan? Secara analoginya, begini: Saya ada dua buah telaga, dan anda ada sebuah telaga. Tibanya musim kemarau, siapa yang lebih beruntung? Saya atau anda? Jikalau anda dapat jawab, sila angkat tangan. Jikalau jawapan anda salah, sila berjumpa dengan Guru Pemulihan.
5. Sebenarnya, anda (dan saya juga – makhluk kerdil yang tidak punya wang bertimbun) boleh melakukan pelbagai pekerjaan sampingan, untuk menambahkan pendapatan. Jikalau anda guru, anda boleh mengajar tuisyen (ehm…ehm…), dan jikalau anda pakar dalam bidang komputer, membina, menjual membaiki, dan mengajar merupakan antara perkataan yang sinonim dengannya. Saya jelas sekali tidak termasuk dalam golongan ini. Tuan-tuan tengoklah blog ini!
6. Saya ada seorang rakan di Kedah, seorang guru. Dia suka memancing. Tahap suka itu dah sampai tahap Gaban! Balik sekolah, hujung minggu, malam hari, dia berkawan dengan cacing, katak, dan sebagainya (wah, skema nih!). Saya beritahu kawan saya itu supaya dia gunakan kepakarannya untuk menjana pendapatan tambahan. Dia boleh menjual ikan atau udang yang dipancing, menganjurkan trip untuk kaki pemancing, ataupun membuka kedai menjual umpan, joran, dan perkhidmatan untuk pemancing. Saya masih menunggu tindakan kawan saya itu. Harap-harap nasihat saya ini dia dengar. Tetapi, kalau dia tidak mahu dengar pun, tak apa. Ya, saya tidak rugi apa-apa, malahan, bukankah saling menasihati itu akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.
7. Saya masih ingat, ada seorang kawan di sekolah. Biarlah saya sebut namanya. Namanya Azman. Cikgu Azman. Dia sangat pandai melukis dan mewarna. Mungkin semasa dia belajar darjah dua dulu, dia pernah menang pertandingan melukis dan mewarna yang dianjurkan oleh Kelab Seni Lukis. Oleh sebab dia sangat pandai dalam bidang itu, pada masa lapang dan hari minggu, dia mengambil upah melukis mural di sekolah-sekolah. Dia mengambil upah melukis potret. Lukisan dia memang cantik. Kalau bahasa budak sekarang, cun giler! (aihh…Munsyi Dewan pun bahasa macam nih!) Mural di dewan sekolah saya memang cantik dan nampak hidup. Dia yang lukis. Dan pendapatan tambahan yang dia terima daripada hasil kerjanya itu hampir sama banyak dengan gaji tetapnya. Itu sudah lumayan!
8. Pada masa sekarang, antara bidang yang boleh menghasilkan pulangan wang yang berbaloi adalah dengan menulis. Banyak media cetak yang memerlukan tulisan kita. Tulislah puisi, cerpen, rencana, berita, dan esei yang sesuai, dan hantarlah kepada penerbit. Mereka pasti suka, dan jikalau anda mendapat cek, anda pasti gembira. Cuma, janganlah menciplak atau mengambil harta intelek orang lain! (tersenyum Tuan RAR…!) Mungkin anda tahu rahsia kejayaan Bill Gates dan Michael Dell. Anda tahu, mereka mendapat wang tambahan daripada pekerjaan sampingan terlalu banyak hingga memaksa mereka berhenti daripada Universiti Harvard!
9. Kalau suara anda macam Awie, anda boleh menyertai pertandingan nyanyian. Kalau macam Awang, anda boleh menjadi penyusun pasu bunga di atas pentas. Saya tidak boleh menyertai pertandingan karaoke, menangis Herman Tino nanti! Kalau saya hendak senaraikan apa tugas sampingan yang anda boleh lakukan, rasa-rasanya malam ini, anda tidur lena, saya tak habis-habis menaip!
10. Akhir sekali, untuk melakukan tugas sampingan bagi menjana pendapatan tambahan, ada beberapa kriteria, syarat, atau kehendak tertentu yang saya petik daripada buku “Lahirnya Seorang Jutawan”. Antaranya ialah:
a. boleh dilakukan secara sambilan
b. tidak memerlukan banyak masa
c. tidak memerlukan pengurusan yang terlalu rapi
d. tidak memerlukan terlalu banyak wang
e. jana pendapatan yang tinggi
11. Saya percaya bahawa sesiapa sahaja boleh melakukannya, asalkan ada kemahuan. Dan percayalah jika ada orang lain boleh melakukannya, masih banyak orang yang masih lagi mencari peluang untuk memberikan pelbagai alasan! Pinjam sekejap ungkapan Ustazah Nor Bahyah dalam tv semasa bulan puasa lepas; anda buat anda dapat!
12. Dan Ustaz Azhar pun tambah; anda tak buat, apa nak buat!

Monday, November 02, 2009
KURSUS PENERBITAN MAJALAH SEKOLAH PPD KULAI 2009
TARIKH: 29 OKT - 31 OKT 2009
TEMPAT : HOTEL STRAITS MERIDEAN, MELAKA
ANJURAN: PPD KULAIJAYA DENGAN KERJASAMA DBP WILAYAH SELATAN
BERGAMBAR KETIKA SEDANG MENYAMPAIKAN PENGISIAN KEPADA PESERTA KURSUS YANG TERDIRI DARIPADA 32 ORANG GURU MEDIA DAN GURU MAJALAH, SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KULAIJAYA.
PARA PESERTA SEDANG TEKUN MENYIAPKAN TUGASAN
TEMPAT : HOTEL STRAITS MERIDEAN, MELAKA
ANJURAN: PPD KULAIJAYA DENGAN KERJASAMA DBP WILAYAH SELATAN
Ucapan terima kasih kepada pihak DBP Wilayah Selatan, khususnya Puan Siti Hajar Elah atas undangan ini. Tidak lupa kepada Tuan Haji Che Mustaffa, Encik Shobri Hajar, Encik Suhaimi, Encik Sazani, dan Encik Azmi (JPNJ) yang banyak membantu saya dalam mengendalikan majlis ilmu ini agar berjalan dengan lancar. Saya berharap agar sekolah-sekolah di daerah Kulaijaya akan berjaya menerbitkan majalah sekolah yang lebih berkualiti dan mencapai piawai yang dikehendaki. Insya-Allah.
Kepada peserta kursus, jumpa lagi jika ada ruang dan kesempatan yang lain.
Sunday, November 01, 2009
FOTO-FOTO MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH MERSING
Terima kasih Tuan RAR atas kiriman foto-foto di atas...
Thursday, October 29, 2009
PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN DI MERSING
Pada 23 Oktober 2009 yang lalu, saya telah diundang oleh pihak DBP Wilayah Selatan untuk menyampaikan ceramah tentang dasar dan isu semasa yang berkaitan dengan bahasa. Ceramah ini diadakan untuk mengisi slot pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat daerah Mersing.Antara tetamu kehormat ialah Exco Agama Negeri Johor, YB Datuk Zainal (ADUN Endau), Pegawai Daerah Mersing, Pengarah DBP Wilayah Selatan, dan ketua-ketua jabatan serta masyarakat setempat.
Ucapan terima kasih atas pelantikan dan kepercayaan, khususnya kepada Pengarah DBP Wilayah Selatan, Puan Hajah Nor Hashimah Ali, pegawai pengelola, Cik Syuhada DBPWS, Encik RAR (sekarang coach RAR!) dan staf-staf DBP Wilayah Selatan.
Tahniah kepada pihak DBP Wilayah Selatan atas penganjuran majlis ini. Hidup Bahasa Melayu, Hidup Bangsa Melayu!
MELASTIK KE BINTANG 18
Apa yang penting adalah bukan dari mana kamu datang, tetapi ke mana kamu hendak pergi.
BERNIE RHODES
BERNIE RHODES
Monday, October 26, 2009
KISAH SEEKOR ANJING
1. Satu pertandingan lumba lari antara sekumpulan anjing telah diadakan di tengah padang pasir Gurun Sahara. Oleh sebab jarak yang amat jauh, ditambah pula dengan cuaca yang teramat panas, maka kesemua anjing yang menyertai pertandingan itu tidak mampu sampai ke garisan penamat.2. Namun demikian, terdapat seekor anjing yang kemudiannya ditemui mati, tidak jauh dari tempat penamat, hanya kira-kira 20 meter sahaja. Yang terlintas dalam fikiran kita tentulah anjing itu mati kerana kehausan ataupun keletihan yang melampau. Tetapi, di sebelah bangkai anjing itu, terdapat tompokan air yang bersih dan boleh diminum. Jadi, mengapakah anjing itu mati?
3. Jawapannya, anjing itu minum air itu terlalu banyak kerana kehausan. Persoalannya, adakah dengan minum air yang terlalu banyak akan menyebabkan anjing itu mati? Bukankah air yang banyak diminum boleh dikumuhkan atau dikeluarkan melalui kencing? Jadi, sekali lagi soalan ini gagal dijawab; mengapakah anjing itu mati?
4. Setelah dipost-mortem, didapati bahawa anjing itu mati kerana menghadapi komplikasi pundi kencing yang serius. Selepas minum air tersebut dengan banyaknya, anjing tersebut sepatutnya membuang air kencingnya. Namun begitu, anjing itu menahan kencingnya dan berusaha untuk tidak kencing.
5. Tahukah saudara mengapa anjing tersebut bertindak demikian?
6. Sifat tabie anjing ialah ketika hendak kencing, anjing itu akan mendekati objek seperti pangkal pokok atau batu besar untuk kencing di tempat itu. Sedangkan di padang pasir itu, tiada objek yang sedemikian, melainkan padang pasir yang luas terbentang. Oleh sebab itu, anjing itu sanggup menahan kencing hingga berasa sakit, dan akhirnya menemui ajalnya di situ.
7. Yang terlintas dalam fikiran saudara, mengapakah anjing itu tidak mahu kencing di tanah yang rata seperti di padang pasir itu? Adakah anjing itu tidak terfikir, begitu mudah untuknya membuang air kencingnya. Hanya melepaskan kencingnya di tanah rata itu, dan anjing itu akan terus hidup, dan pastilah anjing itu akan menang dalam lumba lari itu.
8. Sayangnya, itu jawapan kita. Jikalau seperti itulah yang difikirkan oleh anjing itu, nasibnya akan menjadi lebih baik, dan kemungkinan anjing itu tidak akan menemui ajalnya di situ. Tidak akan wujud masalah di situ. Apakah yang berlegar dalam fikiran anjing itu, sebenarnya?
9. Saudara, telah menjadi amalan “nenek moyang” anjing itu, sejak turun-temurun, zaman-berzaman, daripada generasi kepada generasi yang lain, anjing hanya akan kencing pada atau di atas objek atau benda lain seperti kayu, batu, atau pangkal pokok. Kerana tidak mahu mengubah cara lama, anjing itu akhirnya mati. Kerana tidak mahu melanggar amalan warisannya, biarpun kritikal situasinya dan sangat perlu, anjing itu menemui ajal.
10. Saudara, rasanya tidak perlu dijelaskan moral daripada cerita ini.
11. Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.” (ar-Raad, Ayat 11)
Monday, October 19, 2009
HANTU BERCERITA
Suatu yang menarik ketika menelaah, mengkaji, dan menganalisis majalah sekolah yang dipertandingkan dalam Anugerah Citra Majalah (ACM), anjuran DBP Wilayah Selatan ialah penemuan cerita-cerita yang dipaparkan oleh sidang redaksi majalah. Kadangkala, menarik juga cerita-cerita tersebut...kreatif jugak budak-budak sekarang.Dua ekor hantu bertemu dan bercerita bagaimana mereka mati.
Hantu 1 : Bagaimana kau boleh mati?
Hantu 2 : Aku mati akibat kesejukan.
Hantu 1 : Macam mana boleh jadi begitu?
Hantu 2 : Sebenarnya aku terkurung di dalam peti ais. Mula-mula aku hanya menggigil, lepas itu anggota badan aku mula membeku. Kemudian aku rasa dunia ini gelap dan akhirnya…
Hantu 1 : Isyy..kesiannya engkau!
Hantu 2 : Kau pulak, macam mana kau boleh mati?
Hantu 1 : Aku kena serangan sakit jantung.
Hantu 2 : Cuba cerita sikit.
Hantu 1 : Sebenarnya aku dapat tahu isteri aku curang. Suatu hari aku balik ke rumah secara mengejut. Aku nampak ada kasut lelaki kat depan pintu. Aku tahu mesti isteri aku sedang bermesra dengan jantan lain. Aku berlari masuk ke bilik tidur, cuma ada isteri aku. Aku lari masuk bilik air, tak de jugak! Kemudian aku lari ke tingkat bawah, tengok dalam stor, pun tak ada. Aku lari naik tingkat atas semula,
tengok dalam almari, pun tak nampak kelibat batang hidungnya! Sebab terlalu penat aku berlari la aku kena sakit jantung, akhirnya…
Hantu 2 : Apasal kau tak tengok dalam peti ais? Kalau tak, tentu kita masih
Hantu 2 : Apasal kau tak tengok dalam peti ais? Kalau tak, tentu kita masih
hidup lagi!
Sunday, October 18, 2009
INSPIRASI TAMING SARI
lagu "Inspirasi Taming Sari" ini termuat dalam album pertama kumpulan rock otai Wings, Belenggu Irama. Lagu ini telah dirakamkan semula oleh kumpulan Amuk dalam album Intepretasi dalam nafas yang lebih segar dan lebih metal. Bukan iramanya, bukan pelantunnya yang ingin dikongsi, namun cuba kita hayati sama-sama liriknya. Sarat dengan falsafah. Ya, falsafah perjuangan bangsa!
Ini kisah
keris Taming Sari
lambang setia
seorang laksamana Melaka
Seandainya
Taming Sari tiada
lemah ia
menentang musuhnya
yang derhaka
Tapi kini tiada lagi
Taming Sari sudah hilang dari mata
namun jangan dilupa
Taming Sari tetap di hati
untuk semua yang terus berjuang
Melayu takkan hilang
Hidupkanlah bangsa kita
kekalkan kata-kata laksamana
meskipun tanpa jasadnya
namun Taming Sari masih ada
pada orang kita
bersama Tuhan yang satu
kita tak akan mati
semasa hidup
Bangun semua
tajamkan kerismu
dalam hati
jadikan Hang Tuah
inspirasi
Di manakah tercacaknya Taming Sari sekarang? Di dasar Sungai Melaka? Benarkah Hang Tuah tidak membunuh Hang Jebat/Hang Kasturi dengan Taming Sari? Adakah keris Taming Sari masih wujud? Atau adakah Taming Sari hanyalah suatu cerita mitos?

Saturday, October 17, 2009
KURSUS PENULISAN KERTAS KERJA DAN LAPORAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
TARIKH: 14 OKT - 16 OKT 2009
TEMPAT : HOTEL SELESA, PASIR GUDANG
Pada tarikh ini, saya berada di Hotel Selesa, Pasir Gudang untuk memenuhi undangan ceramah daripada pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ). Saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada urus setia program, khususnya Puan Zuraina yang memberikan kepercayaan ini kepada saya, buat kali kedua dalam tahun ini.
Kepada semua peserta, saya berharap agar ilmu yang diterima diaplikasikan dengan sebaik-baiknya. Walaupun kursus ini dipenuhi dengan gelak ketawa, bergurau senda, dan yang seumpamanya, namun yang lebih penting, pengisian dan ilmu diharapkan dapat membantu para peserta. Terus terang saya nyatakan bahawa, saya amat gembira sekali bertemu, berceramah, dan berbengkel dengan semua peserta. Tuan-tuan telah menunjukkan komitmen yang padu dan benar-benar memperlihatkan kesungguhan yang jitu. Sampai jumpa lagi, dan saya mohon maaf jika sepanjang kursus, ada kekurangan dan kesilapan yang saya lakukan. Terima kasih juga kepada pihak DBP Wilayah Selatan (Puan Siti Hajar) atas pelantikan ini.
KURSUS PEMANTAPAN BAHASA MELAYU GURU-GURU SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR 2009
TARIKH: 14 OKTOBER 2009
TEMPAT : SM SAINS JOHOR, KLUANG
Saya telah diundang oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) untuk menyampaikan ceramah kepada 100 orang guru dari seluruh negeri Johor yang mewakili daerah masing-masing. Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak JPNJ, khususnya Tuan Haji Abu Talib, Penolong Pengarah Bahasa dan Hajah Maimunah, Penyelia Kanan BM, JPNJ atas undangan ini. Kepada peserta kursus, manfaatkan ilmu yang telah saya sampaikan dengan sebaik-baiknya, dan sebarluaskanlah ilmu tersebut demi kepentingan anak didik kita. Sebagai guru, kita seharusnya lebih banyak belajar daripada mengajar...

FOTO-FOTO PERKAMPUNGAN PENULIS MUDA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2009
PERKAMPUNGAN PENULIS MUDA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2009
Zaid Akhtar sedang menyampaikan ceramahnya...
Mungkin agak terlewat entri ini ke alam maya. Perkampungan Penulis Muda Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Kukup Golf Resort, Pontian dari 4 Okt - 8 Okt 2009 yang lalu. Program anjuran Kementerian Pelajaran di bawah seliaan Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) dengan kerjasama DBP Wilayah Selatan ini diadakan bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK). Program ini menghimpunkan pelajar dari seluruh negara untuk diberi input dan pengisian dalam soal kesusasteraan dan penulisan.
Sekalung tahniah kepada semua pihak yang terlibat dan ucapan terima kasih kepada semua fasilitator yang mempamerkan kesungguhan untuk membantu program ini. Atas kepercayaan dan sokongan Encik Razak (JPNJ) dan pastinya, Encik Rusdi Abd. Rahman (DBPWS), yang telah mengamanahkan suatu tugas besar kepada saya selaku Pengerusi Teknikal dan Penceramah, saya ucapkan ribuan terima kasih. Secara keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa program pada kali ini tidaklah mengecewakan walaupun dibuat pada saat-saat akhir. Pengisian ilmu yang disampaikan oleh penceramah yang dilantik mendapat kredit yang baik daripada kalangan peserta dan guru pembimbing.
Penceramah utama:
1) Azhar Salleh - Puisi
2) Nazim Subari - Puisi
3) Zaid Akhtar - Cerpen
4) Mohd Kassim Mahmud - Cerpen
5) Tuan Haji Dzulkarnain Ithnain - Motivasi Penulisan
6) Tuan Haji Rosli Bakir - Puisi Tradisional
7) Amiruddin Ali - Deklamasi Puisi
...dan dibantu oleh rakan-rakan guru penulis yang hebat, seperti Rohaidah Yon, Md. Nizar Parman, Ruzaini Yahya, Hamzah Rahman Sooriyat, Hamzah Hamdan, Zulaiha Paikon, Pn. Khuzaimah, dll...
Tuesday, October 13, 2009
MELASTIK KE BINTANG 17
Saturday, October 10, 2009
MI UDANG SUNGAI DUA
Jikalau saudara hendak ke sana, dari tol Juru, saudara teruskan perjalanan hingga susur keluar Sungai Dua, selepas Seberang Jaya. Kemudian, belok ke kanan dan teruskan pemanduan hingga lampu isyarat yang pertama, saudara teruskan juga. Saudara akan memasuki kawasan perumahan Taman Desa Murni. Saudara akan naik jambatan dan warung/restoran mi udang ini terletak sebelah kiri selepas jambatan.
Mi udang di sini memang sedap sebab udang yang digunakan masih segar. Selalunya, masih hidup lagi udang galahnya. Kita boleh memilih sama ada udang kertas atau udang galah. Udang-udang ini diletakkan di dalam kotak polisterin dan pengunjung perlu memilih dan menentukan kuantiti udang yang hendak dimasak bersama-sama mi atau nasi goreng. Mi boleh dibuat berkuah ataupun digoreng. Yang paling popular tentunya mi berkuah. Selalunya, udang galah hanya mampu “bertahan” di dalam kotak itu hingga petang. Lewat petang dan malam, sukar untuk ditemukan lagi udang galah. Yang tinggal hanyalah udang kertas.
Harganya bergantung pada kuantiti udang yang dipilih. Harga sekilo udang kertas ialah RM80.00, manakala harga sekilo udang galah ialah RM70.00. Mi berharga RM3.00 seorang. Selepas ditimbang dan ditentukan jenis masakan, apa lagi, duduklah kat kerusi, dan bagi yang merokok, misalnya rokok Mild Seven, jangan ditangguhkan lagi kerana menunggu mi dimasak bukannya sekejap, tetapi tidaklah lama sangat. Bergantung pada jumlah pelanggan pada masa itu.
Warung mi udang ini ada dua tempat di kawasan yang sama. Sebelum jambatan dan selepas jambatan. Yang paling sedap selepas jambatan. Sedap sangatkah mi udang di sini? Tepuk dada tanya selera masing-masing. Mi udangnya ringkas sahaja, tidak ada sayur-sayuran atau sampah sarap seperti tomyam. Yang ada hanyalah udang galah/udang kertas, mi, dan telur rebus. Tetapi, saya, isteri dan anak-anak pasti akan singgah di sini sekiranya balik ke kampung, menikmati mi udang Sungai Dua!
Saturday, October 03, 2009
MAJLIS PERKAHWINAN KAKANDA ANUAR
Semoga berbahagia dan dirahmati Allah swt. Mudah-mudahan, pelayaran kehidupan sebagai suami isteri akan ditempuh dengan kekuatan dan kesabaran. Jadikanlah pengalaman lalu sebagai petunjuk dan pedoman agar kebahagiaan dapat dikecapi dan dinikmati.
Friday, October 02, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)