Sunday, April 12, 2009

CERAMAH: BENGKEL PENULISAN BULETIN UiTM/DBPWS

Dengan izin Allah, semalam dan hari ini (10 Apr - 11 Aprl 2009), saya telah diundang oleh pihak DBPWS untuk mengendalikan ceramah dan bengkel untuk pensyarah dan staf UiTM Bandaraya Johor Bahru di Hotel Seri Malaysia, Mersing. Selain saya, Encik A. Ghafar Abdullah (DBP) turut menyampaikan ceramah tentang aspek penerbitan majalah/buletin.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Azura (DBPWS) yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan slot bahasa. Terima kasih juga kepada Encik Shahrul dan Encik Izwan (DBPSW) yang memastikan program berjalan lancar.


Terima kasih dan tahniah kepada warga UiTM, khususnya kepada Dr. Haji Ahmad Che Yaakob yang memperlihatkan komitmen yang padu dan jitu sepanjang kursus. Kepada urus setia dan peserta-peserta, saya ucapkan penghargaan atas pelibatan yang aktif, kerjasama yang baik, serta layanan yang cemerlang. Saya tidak akan melupakan kalian yang benar-benar ingin mendalami aspek bahasa. Jikalau ada terkasar bahasa, saya mohon maaf kerana saya sedar, pasti ada kekurangan atau kekhilafan. Mudah-mudahan, ilmu yang disampaikan akan dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baik mungkin.

Sampai bertemu lagi. Insya-Allah.

3 comments:

Azura said...

Azhar Salleh dah macam pisang gorang panas... Wahai Lelaki Unggul, terima kasih atas kesudian dan komitmen yang diberi. Para peserta ada yang mengaku bahawa mereka sangat berasa 'kerdil' kerana banyak aspek BM yang mereka abaikan. Semoga buletin yang bakal terbit, akan menyemarakkan lagi bahasa ibunda kita.

Terima kasih, cikgu.

Anonymous said...

assalamualaikum ..
terima kasih cikgu..
Sudahku cikgu menilai cerpen saya yang bertajuk " Dilema " ? Saya tunggu khabar daripada cikgu.

Ramdhan

Azhar Salleh said...

Salam AZURA,
Terima kasih atas segala kepercayaan. Peserta berasa kerdil kerana penceramahnya bertubuh besar kot!

Salam RAMDHAN,
Terima kasih kerana mengunjungi blog itu. Tentang cerpen Ramdhan, cikgu belum lagi melihatnya secara kritis dan analitis. Nanti cikgu komen, ya. Jangan tunggu komen cikgu, teruskan perjuangan dan berkaryalah, kerana penantian tidak akan membuahkan apa-apa keputusan. Langkah pertama perlu disusuli oleh langkah seterusnya kerana mana mungkin gunung akan dipeluk jika masih sentiasa berada di kakinya!