Thursday, April 23, 2009

CERAMAH: PERKAMPUNGAN PENULIS MUDA SEKOLAH MENENGAH NEGERI JOHOR 2009

Sedang asyik melampiaskan pengalaman bersama-sama dengan Pengurus Projek, Encik Rusdi.
Menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta (baru bersara daripada jawatan penjawat awam, dan kini ingin menyertai bidang penulisan setelah gagal mentadbir!)

Menyampaikan sijil penghargaan kepada Cikgu Taufek.






Pada 14 - 16 April yang lalu, saya telah diundang oleh pihak DBP Wilayah Selatan untuk mengendalikan ceramah dan bengkel kepada pelajar-pelajar dari seluruh daerah dalam Perkampungan Penulis Muda Sekolah Menengah Negeri Johor 2009. Lokasi pada kali ini ialah Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang.


Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pihak DBP Wilayah Selatan yang sentiasa memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan program tersebut. Khasnya kepada Encik Rusdi Abdul Rahman, kepercayaan saudara amat saya hargai. Sememangnya, saya menganggap kepercayaan saudara kepada saya selama ini tidak dapat dinilai dengan ungkapan atau kata-kata. Kepada staf DBPWS, Encik Shahrul, Encik Rizal dan Cik Syuhada, terima kasih atas kerjasama dan pengurusan yang cekap.

Tidak lupa kepada guru-guru pembimbing yang banyak membantu saya, khasnya Cikgu Yazid (Zaid Akhtar), Cikgu Taufek, Cikgu Rohaidah, Cikgu Hamzah Hamdan, Cikgu Hamzah Sooriyat, Cikgu Ayob, Cikgu Nurani, dan beberapa orang guru lagi yang sentiasa memberikan bantuan dan sokongan. Tidak lupa juga kepada saudara Zulkifli Khair (penulis dan penceramah bebas) yang membantu dalam menjayakan program melalui slot motivasi penulisan pada awal program.

Tahniah kepada para peserta. Sebagai pemudah cara dan pembimbing kalian, cikgu melihat potensi yang amat besar pada kali ini. Tidak mengejutkan sekiranya cikgu ingin menyatakan bahawa perkampungan pada kali ini benar-benar diwakili oleh kalangan peserta yang terbaik! Secara ikhlas, cikgu tidak pandai bermain kata-kata walaupun cikgu bijak (ehm..ehm..) bersastera, namun pada kali ini, semua peserta memang mantap, termasuklah Pak Lah!

3 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
Hehehe... 'Pak Lah' meninggalkan kesan dalam perkampungan kali ini yang dapat menenggelamkan terus 'sekelumit masalah yang ditimbulkan oleh dia yang seorang itu'. Tiada cacat cela dan terkoyak apa-apapun hasrat baik kita atas perangai pelik dan ajaib 'dia' itu. (Cikgu dan saya yang mengertinya...)

Azhar Salleh said...

Salam RAR,
Memang benar selepas bersara, Pak Lah lah yang mengubati lara perkampungan itu. Memang kita berdua yang mengerti situasi pelik itu, tetapi saya percaya orang seperti dia tidak layak untuk dipuji, biarpun oleh seekor katak puru! Ohh..Pak Lah! Sinar perkampungan penulis Johor!

masih hiphop said...

Assalamualaikum Cikgu Azhar. Cikgu, bagaimanakah caranya untuk saya memperoleh salinan karya cerpen saya semasa di Perkampungan Penulis Muda 2009? Nama saya Hasbullah Bin Abd Wahab dan tajuk karya cerpen saya ialah Pertubuhan Kambing-Kambing Bersatu. Jika tidak keberatan, diharap cikgu sudi untuk memberi ulasan mengenai cerpen yang saya hasilkan itu. Sekian terima kasih.