Thursday, May 06, 2010

TATABAHASA: APABILA GURU BESAR DIGANDAKAN...

Beberapa hari yang lalu, saya telah dihubungi oleh seorang guru, dan beliau bertanya tentang penggandaan kata majmuk, guru besar. Menurut guru tersebut, ada rakannya yang menyatakan bahawa kata majmuk "guru besar", apabila digandakan akan menghasilkan "guru besar-guru besar".

Saya menyatakan bahawa penggandaan demikian tidak tepat. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlm. 74 - 75), contoh yang diberikan ialah:
alat-alat tulis/gambar-gambar rajah/balai-balai raya/kapal-kapal terbang/suku-suku kata/garis-garis pusat/jirim-jirim organik/model-model linear/Menteri-Menteri Besar/Naib-Naib Canselor/Penolong-Penolong Pendaftar/Ketua-Ketua Menteri.

Rumusnya: Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.

Kecualian: Penggandaan melibatkan keseluruhan unsur apabila melibatkan kata majmuk yang telah mantap. Contoh:
pesuruhjaya-pesuruhjaya
warganegara-warganegara
tandatangan-tandatangan
jawatankuasa-jawatankuasa
setiausaha-setiausaha

Penyelesaian: Masalah guru tersebut dapat diselesaikan sekiranya kita berpegang pada rumus, seperti yang ditentukan oleh Tatabahasa Dewan.
Salah: guru besar-guru besar
Betul: guru-guru besar

16 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu Azhar @ Sifuku,
Sekadar bertanya atas realiti sebenar yang Cikgu ketahui dalam pengalaman dan perhubungan Cikgu bersama-sama cikgu lain itu; apakah guru-guru yang ajar bahasa Melayu punyai buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan walaupun bukanlah setiap masa buku dan kamus itu berada dengan mereka sebagai bahan rujukan pengajaran bahasa Melayu?
(Maaf cikgu bertanya..., sekadar orang luar bidang persekolahan yang ingin ketahui keadaan sebenarnya)

Azhar Salleh said...

Salam RAR,
Selalunya, soalan yang akan saya utarakan semasa berceramah kepada guru-guru ialah; adakah guru-guru memiliki dan membaca TD dan KD?
Jawaban atau maklum balas yang diterima mendukacitakan. Nampaknya, usaha untuk memastikan bahasa Melayu dapat digunakan dengan lebih sempurna akan terbantut kerana munsyi-munsyi di sekolah tidak menyedari kepentingan sumber rujukan tersebut. Saya pernah dikritik/dikecam kerana meminta guru-guru BM yang tidak ada TD dan KD supaya meletakkan jawatan atau tidak usahlah mengajarkan BM di sekolah supaya anak-anak murid tidak menjadi mangsa.

Syaidul Azam Bin Kamarudin said...

Salam Cikgu,
1. Kalau guru-guru tak rujuk KD dan TD, malangnya nasib para pelajar...

2. Puisi biasa sahaja di DB. Dah lama tak menulis puisi...mod tidak menentu...

Md Nizar Parman said...

Salam SAHABATKU, Munsyi,
Saya sentiasa membawa KD dan TBD edisi terkini ke mana sahaja saya pergi dalam urusan yang berkaitan dalam bidang ini. Malah, tatkala menulis karya kreatif pun, KD sentiasa ada di sisi. Takut SESAT! Maklumlah, ada juga guru BM yang "sesat" dalam p&p.

kekwa66 said...
This comment has been removed by the author.
kekwa66 said...

Salam hormat Cikgu Azhar:

Saya terjumpa perkataan-perkataan di bawah dalam sebuah buku kerja tetapi tidak terkandung dalam Kamus Dewan. Diharap mendapat penjelasan cikgu tentang cara penggunaannya. Terima kasih.

1. memperkahwin
2. mempertunang
3. menjumpakan

ajahare said...

Tuan Munsyi,
Mana satukah yang betul?

1. Ayam tambatan-ayam tambatan
2. Ayam-ayam tambatan

ajahare said...
This comment has been removed by the author.
ajahare said...

Salam sahabat,
Tengoklah gambar tuan dalam blog hamba.

Unknown said...

Tuan Munsyi,

Saya adalah salah seorang staf MBJB yang baru selesai menghadiri kursus yang dianjurkan oleh DBP. Saya ingin bertanya, adakah peribahasa-peribahasa yang digunapakai oleh Karam Singh Walia (TV3) itu peribahasa yang benar dan diakui oleh mana-mana pihak?

Azhar Salleh said...

Salam SEMUA RAKAN,
Mohon maaf banyak-banyak kerana terlalu mengambil masa untuk menjawab komen tuan-tuan.

Salam TUAN AZAM,
Ya, jika guru-guru mengabaikan TD dan KD, pelajar akan menjadi mangsa.

Salam SAHABAT,
Saya sentiasa percaya bahawa sahabat sentiasa berpegang pd kitab rujukan itu. Tahniah sahabat!

Salam KEKWA66,
Terima kasih kerana terus berusaha utk mendalami ilmu tatabahasa. Tentang hal itu, pendirian saya begini:
Jika perkataan itu tidak terdapat dalam KD, maka seharusnya tidak digunakan. Namun, jika perkataan itu menepati rumus bahasa, bolehlah dipertimbangkan.
1. memperkahwin - bermaksud mengahwinkan
2. mempertunang - bermaksud bertunang dgn seseorang; sama halnya dgn memperisteri
3. menjumpakan - tidak tepat dari segi rumus

Salam AJAHARE,
Ayam tambatan merupakan simpulan bahasa yg terkandung dalam kata majmuk. Namun begitu, proses penggandaannya tidak sama dgn kata majmuk yang lain. Seharusnya simpulan bahasa tidak perlu digandakan. Jika hendak digandakan, gandakan semua kata, misalnya ayam tambatan-ayam tambatan. Namun begitu, ingin diingatkan bahawa memadailah dgn ayam tambatan, sama ada bermaksud tunggal aau jamak.
Mohon berikan alamat blog tuan. Saya benar-benar terlupa! Mohon maaf banyak-banyak. Saya ingin melayarinya dgn segera! Terima kasih tuan! Mengenali tuan suatu pertemuan yg hebat!

Salam PERANCANG,
Tahniah kerana telah mendapat sedikit sebanyak ilmu melali kursus tersebut. Terima kasih atas layanan yang cukup hebat! Tentang peribahasa Karam Singh Walia, saya difahamkan bahawa beliau ada buku rujukan peribahasa yang mungkin tidak dimiliki oleh orang lain. Namun begitu, peribahasa yg digunakannya tepat dari segi maksud dan binaannya. Seharusnya peribahasa itu boleh digunakan dan sepatutnya diperakukan oleh pihak yg berwewang seperti DBP. Secara peribadi, saya melihat tidak ada apa-apa masalah dgn peribahasa Karam.

ajahare said...

Tuan Munsyi,
Blog saya : http://ajahare.blogspot.com/

Korakora said...

saya mahu cadangkan, setiap guru bahasa melayu dibekalkan secara percuma kamus dewan dan buku tatabahasa dewan.

kalau ada menteri, timb menteri, ketua pengarah pelajaran, timbalan, penolong, ketua bahagian, pegawai kanan, pegawai kiri, penolong pegawai, kerani, jaga stor, tukang kebun, jaga dan pak pacak bersungut pasal peruntukan banyak, sumbat mulut mereka dengan laptop percuma ppsmi. laptop boleh bagi, buku berkira nak bagi?

keh keh keh

proBNpasirputeh said...

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000833000247

...ada masa lawatlah....tq

azura said...

Amboooii cikgu...rumah baru sedia diduduki, kereta baru sedia dinaiki, entry baru bila nak dimuat dlm blog ni??? Lama sungguh makcik tunggu...

Azhar Salleh said...

Salam rakan-rakan sekalian,
Mohon maaf banyak-banyak kerana ambil masa yang sangat lama untuk kembali semula. Kini saya mula mencatat...