Monday, May 03, 2010

TATABAHASA: MEMBERI DAN MEMBERIKAN

AYAT YANG SALAH
1. Saya memberi susu kepada kucing itu.
2. Mereka memberi pandangan tentang perkara tersebut.
3. Dia memberi sepotong kek kepada saya.
4. Saya diberikan sehelai kertas.
5. Mereka diberikan peringatan yang terakhir.

AYAT YANG BETUL
1. Saya memberikan susu kepada kucing itu.
2. Mereka memberikan pandangan tentang perkara tersebut.
3. Dia memberikan sepotong kek kepada saya.
4. Saya diberi sehelai kertas.
5. Mereka diberi peringatan yang terakhir.

4 comments:

ajahare said...

Salam tuan munsyi,
minta kebenaran untuk copy and paste entri ini di blog saya..

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu Azhar,
Bagaimanakah dengan ayat ini?
Mantan pemimpin bernama AAB dari negara M memberikan kawasan telaga minyak kepada negara B.
(Hehe... sekadar suka-suka sinis sahaja)

Md Nizar Parman said...

Salam SAHABAT,
Entri sebegini sememangnya saya nantikan daripada seorang MUNSYI yang amat tinggi sekali ilmu kebahasaannya. (Entri-entri lain pun gua tunggu juga, bro!).

Azhar Salleh said...

Salam TUAN AJAHARE,
Terima kasih kerana menghargai tulisan ini. Saya amat menghargainya dan mengizinkannya dimuatkan dalam blog hebat saudara.

Salam RAR,
Saya percaya bahawa penjualan sebuah rumah saya di kawasan AAB tidak merugikan saya...

Salam SAHABAT,
Apabila membaca komen SAHABAT, adrenalin saya meluap-luap kerana tulisan kecil saya ini dihargai oleh SAHABAT, yang saya anggap teman paling akrab untuk memperjuangkan bahasa ini. Insya-Allah, saya akan terus mencatat soal-soal bahasa kerana BM telah mendarah daging.