Saya mohon maaf banyak-banyak kerana 'bermeditasi' daripada tampil begitu lama. Saya kini kembali untuk terus mencatatkan sesuatu buat tatapan. Oleh sebab kemuculan semula tanpa curahan rasa dan fikir, saya muatkan dahulu kutipan yang dipetik daripada buku "Mengapa Kami Bantah PPSMI". Mungkin isu ini telah 'basi', namun masih ada pengajarannya daripada petikan ini. Bacalah.
1. Tidak ada negara di dunia ini yang maju dengan bahasa orang lain. Semuanya telah maju dan tetap maju dengan bahasa sendiri.
2. Sekadar beberapa contoh dipaparkan di bawah ini:
~ Denmark maju dengan bahasa Denmarknya.
~ Sweden maju dengan bahasa Swedishnya (siapa tak kenal kereta
Volvo..Saab..dll.)
~ Finland maju dengan bahasa Finnishnya (siapa tak kenal “mercedes”
telefon – iaitu Nokia
~ Jerman maju dengan Jermannya (siapa tak kenal kereta mewah
Mercedes dan BMW..)
~ Perancis maju dengan Perancisnya (siapa tak kenal Peugeot..
Renault, ..tren lajunya..”bullet train”.. dll)
~ Itali dengan bahasa Italinya (…siapa tak kenal kereta sport mewah
Porsche.., Lamborghini… Masserati, ..di samping Alfa Romeo,.. Fiat..
Lancia dll.)
~ Belanda dengan Belandanya
~ Korea dengan bahasa Koreanya (siapa tak kenal Hyundai, Kia,
Samsung dll..)
~ Akhirnya..Jepun dengan Nihongonya (siapa yang tak kenal Toyota,
Honda, Sony, Mitsubishi..dll..)

3. Semua negara tersebut maju dan terus maju walaupun menggunakan
bahasa sendiri…dan ini juga membuktikan kenyataan (sempit) bahawa
kemajuan hanya boleh dicapai melalui bahasa Inggeris sahaja ADALAH DONGENG SEMATA-MATA (oleh mereka yang “sangat taksub” terhadap bahasa Inggeris, sehingga tidak terbuka minda lagi untuk melihat kenyataan bahawa bahasa negara sendiri, bahasa Melayu sememangnya terhakis daripada sains dan teknologi.

4. Mungkin ada agenda pihak tertentu yang sememangnya mahu bahasa Melayu berkubur sebagai bahasa ilmu sains dan teknologi..hanya bahasa Inggeris sahaja yang dikehendaki.. kerana secara langsung dan tidak langsung..pupus bahasa pupuslah bangsa..hilang bahasa..tiadalah berjiwa bangsa itu.
5. Malah walaupun sebelum maju, sedang maju, akan maju, telah maju, terus maju, dan rakyat di semua negara tersebut di atas mempelajari serta menguasai bahasa Inggeris, bangsa Sweden, Norway, Denmark, Finland, Belanda, Jerman, Perancis, Itali, Korea, Jepun, China dan lain-lain SEKALI-KALI TIDAK AKAN MENUKAR bahasa penghantar sains dan matematik mereka kepada bahasa Inggeris..seperti “kesilapan” yang telah kita (pemimpin terdahulu..) lakukan.
6. Negara lain yang telah menggunakan bahasa Inggeris, Perancis,
Sepanyol dll….iaitu bukan bahasa asal penduduk negara tersebut tidak
boleh pun dibanggakan (seperti Filipina, negara-negara di benua Afrika, Amerika Selatan, India) malah banyak yang tertinggal jauh…jika betul bahasa Inggeris sahaja bahasa kemajuan..semaju manakah Filipina itu?

7. TETAPI..kemajuan negara kita selama ini tidak dapat dinafikan bahawa antara faktor yang turut berperanan penting ialah bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) yang digunakan dalam pendidikan negara
ini (termasuk untuk pelajaran sains dan matematik) selama kira-kira 30
tahun kepada lebih 5.5 juta pelajar, sejak 1970-an lagi sehingga tahun-tahun 2000.
ini (termasuk untuk pelajaran sains dan matematik) selama kira-kira 30
tahun kepada lebih 5.5 juta pelajar, sejak 1970-an lagi sehingga tahun-tahun 2000.
8. Ini telah membolehkan maklumat yang diperoleh dan ilmu yang dipelajari dapat tersebar luas merentas ke seluruh tanah air…tanpa mengira bangsa, darjat keturunan (status ekonomi dan sosial), tempat
tinggal (desa, bandar dan kota)…sebab bahasa kebangsaan/bahasa
Melayu difahami dengan lebih meluas dan merata serta dengan lebih
mudah oleh semua yang tersebut, jika dibandingkan dengan bahasa
Inggeris.
tinggal (desa, bandar dan kota)…sebab bahasa kebangsaan/bahasa
Melayu difahami dengan lebih meluas dan merata serta dengan lebih
mudah oleh semua yang tersebut, jika dibandingkan dengan bahasa
Inggeris.
9. Daripada jumlah lebih 5.5 juta pelajar tersebutlah lahirnya ribuan
pensyarah/profesor (yang kemudiannya turut melahirkan ribuan
pensyarah/profesor, pakar, saintis, teknokrat, pengurus, pemimpin
lain..seterusnya…. dll.
pensyarah/profesor (yang kemudiannya turut melahirkan ribuan
pensyarah/profesor, pakar, saintis, teknokrat, pengurus, pemimpin
lain..seterusnya…. dll.
10. Walaupun kita masih boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik
dan maju tanpa “membuang” bahasa Melayu…dan kita juga boleh
menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan maju dengan “MEMBUANG” bahasa Melayu…TETAPI MENGAPA kita memilih untuk maju dengan membuang bahasa Melayu…….bahasa kebangsaan negara kita???

11. Mengapa semangat Malaysia boleh tidak dibawa ke dalam persoalan bahasa..?..mengapa pula Malaysia tidak boleh maju dengan bahasanya…dan perlu maju melalui bahasa “orang” lain???
12. Teringat sekali akan cerita rakyat, iaitu kisah “Maharaja dengan Baju Barunya”. Kisah ringkasnya lebih kurang begini.
13. Seorang raja ingin menempah baju yang paling cantik fesyennya untuk dipakai semasa hari perayaan keputeraannya. Lalu menteri istananya pun mencarilah tukang jahit yang terbaik di negara tersebut. Setelah bertemu maka ditempahlah baju tersebut. Setelah siap dan tiba harinya lalu datanglah tukang jahit ke istana memakaikan maharaja akan baju baru itu. Setelah siap maka beraraklah maharaja sekeliling kota untuk memperlihatkan rekaan baju yang tiada tolok bandingnya itu. Maka sambil berarak itu, memuji-mujilah segala pembesar dan para menteri akan kecantikan baju baru maharaja tersebut. Tiada seorang pun yang mencela atau berani mengkritik akan baju baru maharaja tersebut yang ”benang jahitannya dikatakan terlalu indah sehingga langsung tidak terlihat oleh mata kasar mereka”.
14. Akhirnya perarakan maharaja tiba di hadapan sekumpulan kanak-kanak. Lalu menjeritlah kanak-kanak tersebut mengatakan maharaja tidak berbaju. Para pembesar yang turut bersama dalam perarakan membantah dan memarahi serta menengking kanak-kanak tersebut dan tetap mengatakan baju maharaja sangat cantik lagi indah. Tetapi hal itu tidak dipedulikan oleh kumpulan kanak-kanak yang banyak itu.
15. Mereka terus menjerit mengatakan maharaja tidak berbaju. Riuh- rendah dibuatnya. Jeritan kanak-kanak tersebut disahut oleh kumpulan rakyat yang berhampiran dan akhirnya seluruh perhimpunan pada hari itu.
16. Akhirnya para pembesar pun tidak tertahan lagi dan mengakui bahawa maharaja sebenarnya tidak berbaju langsung dan larilah maharaja bersama para pembesar ke istana akibat tersangat malunya.
17. Setiap sejarah dan cerita rakyat sekalipun berupa dongengan, tetap
ada nilai, moral dan pengajarannya. Semoga sejarah Hang Nadim tidak
berulang akibat saranan ikhlas ini - demi agama, bangsa dan negara
tercinta.
ada nilai, moral dan pengajarannya. Semoga sejarah Hang Nadim tidak
berulang akibat saranan ikhlas ini - demi agama, bangsa dan negara
tercinta.
7 comments:
Cikgu,
Terlalu lama tuan 'bermeditasi' namun hamba amat faham kenapa tuan sebegitu.
Ya... tuan 'bermeditasi' kerana ada makna besar dalam hidup dan kehidupan baharu tuan itu, hamba tetap begini tetap belum 'berubah secara fizikal' adanya...
Biar mati seperti Hang Nadim, terkorban lantaran kebijaksanaan..
Buat apa mati seperti Si Tuah,
Setia tidak berpada-pada..
Akhirnya mencacatkan realiti sejarah..
Cikgu,
Terima kasih kerana perjuangan ini. Walaupun cikgu tidak mandi air 'watercanon' FRU, tetapi semangat ini perlu tebal dan subur dalam jiwa. Perjuangan ini adalah jihad yang perlu diteruskan.
Amin.
Salam RAR,
Meditasi kerana ruang agak tertutup sedikit utk bernafas di dalam lumpur.
Salam AJAHARE,
Hang Nadim diibaratkan spt Search, Wings, MAY, dan XPDC. Hang Tuah dilaksanakan spt Bunkface, Hujan, dan Jumpa Pak Cik Hussin.
Salam TUAN SHAMSUDIN,
Insya-Allah, saya akan bersama-sama dgn tuan dan rakan-rakan dalam perjuangan ini. Terima kasih atas titipan semangat.
Salam, SAHABAT!
Melayu bangga dengan Myvinya, Alzanya, Exoranya, Savvynya, Vivanya, dan entah apa-apa lagi. Benar kata SAHABAT, Jepun tetap setia dengan jenama Hondanya, Yamahanya, Suzukinya, NISSANnya, Toyota ESTIMAnya. Dalam pendidikan pun sama, kita gah dengan "headcountnya", "Linusnya", dan entah apa-apa lagi yang tidak melambangkan ciri-ciri kemelayuannya. Bahasa Melayu menjadi "cabuk" kerana segelintir orang Melayu yang "mabuk"!
Anakanda Azhar,
Memang saya tertunggu-tunggu entri WITRA yang sekian lama pergi bermeditasi. Nampaknya kali masih tidak jemu-jemu dengan isu bahasa. Memang isu ini nampaknya tidak pernah berakhir kerana ada saja manusia-manusia Melayu yang masih tidak faham-faham..
Salam SAHABAT,
Melayu 'cabuk' kerana pemimpinnya kurang cerdik. Tak lama lagi, bukan takat 'cabuk' tapi takut2 kena 'cebok' orang lain pulak!
Salam AYAHANDA SHAPIAI,
Saya 'bermeditasi' untuk membina kekuatan semula; rohani, jasad, dan intelek. Ya, saya tidak akan jemu2 dgn isu bahasa, selagi tidak diletakkan di tempat yang lebih wajar, ini suatu usaha kecil dalam suatu perjuangan besar! Saya percaya sentimen bahasa tuan jauh lebih menebal dan kental.
Post a Comment