Wednesday, July 28, 2010

KALI PERTAMA

Ketika entri ini dicatatkan, saya sedang menunggu ketibaan pesawat di Senai untuk ke Pulau Pinang. Undangan daripada pihak DBP Wilayah Utara amat mengujakan kerana inilah kali pertama dapat berbakti di negeri kelahiran sendiri, selepas hampir lapan tahun bergiat dalam lapangan ceramah bahasa dan sastera ini.
Mudah-mudahan penampilan julung-julung kali di sana akan mencatatkan kejayaan dan meninggalkan dampak kepada warga Pulau Pinang.
Saya akan berlepas sebentar lagi...

4 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu Azhar @ Sifuku,
Semoga khidmat bakti dan kepakaran unggul Cikgu dapat dimanfaat oleh guru-guru di Pulau Pinang pada kali ini.
Sekadar angan-angan kosong diri ini..., jika diri ini 'tersingkir' di tanah daksina ini maka kawasan paksina yang menjadi pilihan untuk berkhidmat dan berbakti... hehehe... (cinta melekat dan padat terhadap pelbagai jenis makanan di sana).

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam kanda azhar. selamat menabur khidmat di tanah kelahiran, selamat pergi dan kembali.

ajahare said...

Jangan lupe buah pala bro..

Azhar Salleh said...

Salam RAR,
Saya berharap dan percaya bahawa guru-guru yg terlibat berpuas hati. Ya, memang di situlah syurga makan kedarah. Sampai sahaja di kpg, dihidangkan laksa. Kemudian, pencuci mulutnya dadih kampung ( yg tak pernah saya jumpa lagi di tempat lain). Malamnya pula, kena gulai ayam piru dan itik (eksotik bro!). Esoknya, apa lagi, nasi kandaq...

Salam DINDA WAHYU,
Terima kasih. Atas doa itu, dengan izin Allah SWT, saya selamat pergi dan kembali.

Salam AJAHARE,
Lim Guang Eng dah tak bagi bawa balik ke Johor buah pala sebab Johor kubu kuat UMNO!