1. Semalam (27 Oktober 2010), semasa berada di Pintu 03, KLIA, menunggu pesawat MH 1057 untuk ke JB, tangan kanan menyalami seorang lelaki berkot hitam, susuk tubuhnya masih cergas walaupun sudah berusia, dan mengheret dua buah beg di atas troli. Lelaki itu duduk bersebelahan dan terus menepuk paha dan terus berbual mesra.
2. Berbicara tentang pengalaman beliau yang baru pulang dari Istanbul, Turki. Tentang daging kambing muda, tentang ribuan arked, budi bahasa orang Turki, cuaca di sana, dan pakaian gadis2 Turki yang masih sopan, biarpun ada yang tidak bertudung.
3. Jam menunjukkan pukul 5 petang. Penerbangan jam 5.25 petang. Masih banyak persoalan diajukan dan dikongsi bersama beliau.
4. Tanpa disangka, beliau menyinggung soal bahasa (tanpa mengetahui bahawa lawan bicaranya peminat bahasa!). Katanya, di Turki, rakyatnya tidak begitu tahu dan tidak mahu berbahasa asing, khususnya bahasa Inggeris. Rakyatnya tidak suka pula orang asing berbahasa Inggeris. Mereka begitu kuat dengan semangat bahasa. Dan kemajuan di Turki, tak perlu sesiapa menafikannya.
5. Beliau menyatakan bahawa di sana, tulisan Ruminya dieja seperti bahasa Melayu. Tulisan dan bahasa Turki/Arab memang digunakan di mana-mana. Kekaguman beliau ialah rakyat Turki sentiasa percaya bahawa kemajuan yang dicapai dengan bahasa sendiri lebih utama.
6. Mendepani situasi di Turki, beliau berkata bahawa beliau berasa 'kecil', kerdil' dan beranggapan bahawa jauh bezanya dgn negaranya sendiri. Saya tidak memberikan komen apa-apa, melainkan mendengar dengan penuh minat bicaranya. Bukan mudah untuk berbicara dengannya.
7. Saya mendapati perbualan kami didengari atau cuba didengari oleh beberapa orang di sekeliling. Saya membiarkan bicaranya memenuhi ruang menunggu kerana bicaranya sangat 'mahal' bagi saya. Bicara saya mungkin 'bicara orang kecil' dan tidak seharusnya dipentingkan. Saya berfikir demikian.
8. Selepas pengumuman dibuat untuk menaiki pesawat, saya meminta diri untuk beredar. Beliau bertanyakan umur saya. 38 tahun. Ohhh...masih muda, sampuknya. (saya berasa berada di awang-awangan ketika itu walaupun belum menaiki pesawat!).
9. Beliau sempat menitipkan pesan: Masih muda, banyakkan amal ibadat dan mudah-mudahan dapat bertemu kembali.
10. Saya menyalaminya sekali lagi dan beliau melafazkan salam. Saya bergerak ke pintu masuk. Pengalaman hebat untuk saya...!
11. Lelaki itu mantan Mufti Negeri Johor, Dato' Nooh Gadut. Beliau kini Penasihat Agama Sultan Johor.
12. Pesawat yang membawa kami bergerak dari landasan menuju ke selatan dan apabila berada di angkasa, pecutannya ialah 800 km/sejam.
Thursday, October 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Tahniah tuan
Salam, SAHABAT,
Mudah-mudahan ada keberkatannya. Tidak rugi memperjuangkan bahasa Melayu kerana bahasa ini berupaya untuk menyebarkan fahaman Islam dengan lebih jelas kepada orang-orang "MELAYU".
Salam AJAHARE,
Terima kasih. Perjuangan.
Salam SAHABAT,
Ya, gua sangat bersetuju. Bukan tidak rugi, ,malahan sangat beruntung. Sayangnya, 'mereka' masih buta dan bacul!
Cikgu,
1. Pengalaman dan pertemuan penuh bermakna demi ilmu dan soal bahasa.
2. Tertarik dengan pandangan bahawa... 9. Beliau sempat menitipkan pesan: Masih muda, banyakkan amal ibadat dan mudah-mudahan dapat bertemu kembali.
3. Cerita perincinya akan ditagih pabila kita bertemua ya...
Cikgu antara yg bertuah krn berpeluang bersembang dgn beliau. Bicara bahasa seorang mufti sgt mengesankan jiwa...moga2 ada kesedaran kpd mereka yg masih tidur.
Cikgu antara yg bertuah krn berpeluang bersembang dgn beliau. Bicara bahasa seorang mufti sgt mengesankan jiwa...moga2 ada kesedaran kpd mereka yg masih tidur.
RAR,
Masih belum berpeluang utk berbual ttg hal ini kerana MJ dan Ana Fatimahnya lebih mengujakan!
MARIA,
Alhamdulillah, saya berharap agar mereka yang masih tidur disedarkan. Tetapi, yg lebih penting, saya berharap agar saya yang akan terus disedarkan...ya, tentang suatu perjalanan bahasa.
Post a Comment