Monday, November 22, 2010

INTI PATI THE MAGIC OF THINKING BIG - FASA 1

THE MAGIC OF THINKING BIG - DAVID J. SCHWARTZ

1. Dalam hidup ini, tiada cabaran yang lebih besar daripada memaksimumkan potensi diri.
2. Kita akan mendapati yang semakin berjaya seseorang itu, maka semakin kurang dia mereka-reka alasan.
3. Tindakan merungut mengenai penyakit yang dihadapi adalah umpama menabur baja pada lalang.
4. Kesedihan yang saya alami disebabkan kasut saya yang buruk terus lenyap apabila saya terserempak dengan orang yang tidak mempunyai kaki.
5. Adalah lebih baik menjadi usang kerana digunakan daripada diam dalam kekaratan.
6. Pemikiran yang memandu kepintaran adalah lebih penting daripada tahap kepintaran itu sendiri.
7. Meneruskan usaha dalam melakukan sesuatu sehingga diselesaikan dengan baik adalah lebih menguntungkan daripada kepintaran yang disia-siakan, sekalipun kepintaran itu luar biasa.
8. Memang sukar kalau mahu menukar kebolehan semula jadi, tetapi tidak susah bagi mengubah cara kita memanfaatkan kebolehan itu.
9. Duit diperoleh daripada idea yang baik, dan bukannya daripada fakta.
10. Sikap yang saya tonjolkan lebih penting daripada kepintaran yang saya miliki.
11. Apabila nasib yang menentukan siapa yang berjaya dan siapa yang gagal, maka rosak segala-galanya.

3 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
Secara pantas RAR menekuni 11 inti pati motivasi ini dalam blog Cikgu... sesuatu inti pati yang bermakna jika dapat difahami dan dijadikan panduan... Entah mengapa tiba-tiba teringat pula inti 'asam pedas' JJ yang sudah kehabisan stok kini... Hehehe...

Md Nizar Parman said...

SAHABAT,
Apabila saya membaca entri ini, ternyata banyak manfaat yang diperoleh jika direnungkan dan difikirkan secara lebih mendalam. Saya harap sahabat akan menyambung entri ini pada masa-masa yang akan datang.

Azhar Salleh said...

RAR,
Inti asam pedas JJ, kalau dah kehabisan stok, maknanya di dapur sebuah rumah P10 BDO pun samalah jugak...!

SAHABAT,
Insya-Allah, gua akan sambung selepas menekuni naskhah itu lagi. Terima kasih.