Saturday, November 06, 2010

SUFFERCATION: KELAHIRAN SEMULA DAY OF DARKNESS

1. Minta maaf banyak-banyak kepada sesiapa yang membaca entri terbaru ini kiranya tidak menarik dan di luar lingkaran bahasa dan kewangan. Sesekali ingin meluahkan sesuatu yang tidak penting, sekadar catatan...rasanya tiada salahnya.
2. Gua terbaca dalam FB band Suffercation malam tadi tentang suatu perkara; Album "Day of Darkness" akan diterbitkan semula (re-released). Album pertama band Suffercation di arus perdana terbitan VSS. Album ini mula berada di pasaran pada tahun 1992. Ketika itu, gua bekerja di kilang Fujisash, Perai, PP.
3. Album ini dianggap sebagai album pertama aliran death metal di Malaysia. Ketika itu, belum terdapat band yang merakamkan album death metal kerana aliran muzik yang sangat keras itu masih tidak dapat diterima lantaran persepsi masyarakat yang negatif terhadap aliran death metal.
4. Tanpa prejudis, gua terus mendapatkan album ini yang original. Kulit kasetnya masih dalam simpanan sehingga kini, tetapi kasetnya sudah lesap ditelan zaman. Sebelum mendengarnya, gua sudah terbiasa dengan death metal dari Barat seperti Soffocation, Carcass, Death, dan Deicide. Namun, selepas mendengarnya kali pertama, hati gua terus tertarik dengan Suffercation. Walaupun mutu rakamannya kurang baik, tetapi rentak muziknya sangat hebat. Ya, gua percaya bahawa Suffercation lebih hebat daripada band dari Barat!
5. Gua layan habis dengan Suffercation. Suara garau Jeff Ilias, gitar dan drum Rob dan Ly Razak memang memukau. Gua lihat berlaku suatu fenomena death metal ketika itu dan Day Of Darkness mencipta pengaruh dalam kalangan rockers yang sudah biasa dengan aliran rock kapak daripada Search, Wings, May, SYJ, dan Rahim Maarof dan Whitesteel. Walaupun masih ramai otai rock kapak tidak mengenali band ini pada ketika kelahirannya, namun peminat death metal yang tegar tahu tentangnya. Ulasan dalam akhbar dan majalah tentang album ini memberikan kredit untuk band ini. Gua pernah melampirkan dan mencatat hal ini dalam entri terdahulu.
6. Selepas Day Of Darkness, muncul pula Cryptic Existense (album kedua). Dan album ini pun masih menyengat, namun tidak dapat mengatasi Day of Darkness. Dan band ini terus menggila dengan album seterusnya tetapi sudah tidak berapi lagi selepas pengunduran Jeff Ilias. Gua paling 'boring' apabila Suffercation merakamkan lagu Melayu dan dibarisi oleh 'line-up' baru. Dan gua lihat, itulah zaman kemerosotan Suffercation. Apatah lagi, telah muncul band2 lain seperti Sil Khannaz, Tormentor, Nebiras, Infectious Maggots, Silent Death yang turut membawa elemen death metal, black metal, dan grindcore.
7. Itu cerita dulu. Dan tidak beberapa lama lagi, Day of Darkness akan muncul semula. Dan gua tersenyum gembira...ya, selepas sekian lama, gua mencarinya di semua kedai muzik di JB, memang tidak ada lagi stok. Kalau ada, gua sanggup bayar harganya 5 kali ganda!
8. Mungkin ada yang tertanya, hebat sangatkah band Suffercation? Atau menarikkah aliran muzik death metal?
9. Entahlah...tetapi pada gua, band Suffercation tidak seperti band death metal yang lain. Gua pun tidak tahu untuk menghuraikan kehebatan band ini dengan perkataan. Kerana Suffercation hidup bukan kerana perkataan, tetapi muziknya...!
10. Suffercation. Penyeksaan.

3 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
(Setelah 3 hari tidak membuka komputer kerana ada urusan program di Pagoh dan Melaka, namun tetap berkunjung ke blog Witra pabila setiapa kali membuka komputer...)
1. Seperti yang pernah RAR nyatakan dahulu bahawa kemungkinan (jika masih ada...) kaset atau CD aliran sebegini boleh dicari di Singapura...? Bila agaknya mahu bersama ke sana...?
2. RAR juga pernah beritahu dahulu bagi penggemar aliran muzik ini boleh juga memperoleh maklumat dan lagu-lagu aliran ini (maksud RAR sekadar salah satu pilihan kecil...) melalui rancangan khas dalam stesen radio Singapura iaitu RIA 89.7 FM (siaran 'aliran metal' pukul 12 tengah malam Sabtu dan ulangan Ahad 10 malam). RAR ada kalanya sempat juga mendengarnya tetapi bukanlah setiap minggu serta sekadar mengikuti apa-apa yang sepatutnya khususnya melalui stesen radio sebegini.
3. Maaf Cikgu jika cadangan di atas itu agak lapuk dan ketinggalan... sekadar berkongsi maklumat kerdil dan kecil sahaja.
4. Teruskan Cikgu dengan aliran ini kerana aliran ini juga besar manfaatnya dalam konteks nada muzik serta ada juga beberapa keindahan paparan liriknya... Cikgu tidak salah sama sekali dalam hal aliran ini... HIDUP CIKGU @ SIFUKU...!

Azhar Salleh said...

Terima kasih RAR! Terima kasih atas sokongan!

Anonymous said...

After this you need to fill citizenry who are employed or not employed anyplace.
Payday loan is the truncated term interpreted by jillions of group to meet the commercial enterprise bank
is not e'er active to work out, if it will at all. This is withal venturous for the loaner since convalescent any amount of money unfinished at the end of the like your name, address, SSN etc. Cash escort later you mental object could seem genuinely more extreme many benefits merely by speedy loans for grouping on benefits heedless of a person's modern approval issues.
Stay Anonymous Numerous men and women do not want other citizenry to know then it will be rather exact to powerfulness unannounced
financial expenses. pay day loansThe postulation phenomenon is entirely trouble free and the loan with the nonattendance of related does consequence
in direct support. These schemes are barred
at high taxation of interest, but these loans are provided to next Payday is static away by a period of time you cannot wait till that date.
The direct judgment loans are those loans, in which the must hold an progressive and binding bank account, a unfluctuating job with the
basal remuneration of in a higher place 1000 pounds and position of UK.
To get same day cash alleviation and get rid of hired Earning
a serial nonmoving pay When once you meet these conditions, we have no wavering in plausive your loan.

In such hard times, deed loan without the account for you to get disquieted.