1. Sebagai manusia, kita pasti akan melakukan pelbagai kesilapan dan kesalahan. Kesalahan kecil dan besar. Sukar sekali untuk kita elakkan diri daripada membuat keputusan dan tindakan yang salah.
2. Walaupun seharusnya kesalahan atau kesilapan yang kita lakukan itu boleh dielakkan kalau itu dan kalau ini...tetapi sesekali kita harus terjebak dalam kesilapan. Ya, kita memperoleh banyak kerugian dengan melakukan kesilapan itu, tetapi tidak adakah sepicing keuntungan dengan melakukan kesilapan itu?
3. Saya percaya, kesilapan adakalanya menghadirkan pemikiran yang lebih baik dalam mendepani sesuatu situasi yang sama pada kali yang seterusnya. Usahlah terlalu sesal dan kesal jikalau sesuatu yang dilakukan itu tersilap langkah.
4. Dalam dunia ini, kesilapan mengajar kita agar lebih menjadi matang, sekiranya kita menganggap kita telah melakukan kesilapan.
5. Renungkanlah kesilapan dan kesalahan yang pernah kita lakukan, dan saya percaya kita akan lebih terdorong untuk menghindarkan kesilapan itu lagi.
6. Salah satu cara untuk mengelakkan kesilapan dalam pemikiran dan tindakan ialah bertanya kepada diri kita sebelum bertindak. Tanyalah diri kita "Adakah perkara seperti ini dilakukan oleh orang yang hebat dan berjaya?".
7. Dan, sudah pasti akan ada dua jawapan, sama ada 'ya' ataupun 'tidak'.
Monday, December 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Cikgu,
Tiada langsung kesilapan mengenali dan berkawan serta rapat dengan AS sejak tahun 2002 sehingga kini..., cuma hajat untuk kerap untuk bertemu @ berbicara (bicara soal-soal separa / penuh dalam konteks ilmiah... dan diadun unsur-unsur ketawa dan jenaka) insan bernama AS itulah yang harus digiatkan dalam tahun 2011 dan seterusnya (atas kesuntukan masa serta banyak komitmen lain yang AS perlu lakukan).
AS memang seorang insan yang diperlukan oleh semua orang... itulah unggul dan budiman insan bernama AS ini...
RAR,
Alhamdulillah, jikalau dikata demikian. Saya amat menghargai persahabatan dengan tuan yang juga budiman dan unggul. Insya-Allah, rasa-rasanya tiada masalah untuk mengeteh sambil berbicara soal2 semasa walaupun tahun 2011 pun seolah-olah menampakkan kekalutan dari segi tugasan. Tetapi tidak ada masalah kerana kita yang mengaturkan masa itu. Mudah-mudahan, saya akan terus diperlukan...
Post a Comment