Diskusi dan polemik novel Interlok sudah mencapai tahap memualkan kerana sekali lagi, bangsa Melayu dengan rela dan bangga menyerahkan kehormatan dan maruah untuk dicampakkan ke kandang kebodohan dan kedunguan.
Kerana sepatah kata yang wujud dalam kasta dan sejarah, Melayu membunuh seorang sasterawan.
Kerana sepatah kata, lidah pemimpin Melayu menjadi kelu dan menjadi kerbau yang dicucuk hidungnya.
Kerana sepatah kata, Melayu semakin nazak dan menunggu masa untuk ditalkinkan.
Wahai pemimpin, bunuhlah sahaja kesemua sasterawan dan khazanah ilmu yang diwariskan sekiranya itu yang menyebabkan kalian takut kehilangan kuasa...
Friday, March 18, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Cikgu AS,
RAR amat berkeyakinan penuh bahawa AS perlu hasilkan dua puisi sinikal serta tajam hujahnya yang ditujukan buat satu pihak yang dinyatakan itu dan juga khusus buat individu yang 'menjuarai bahasa Malaysia' itu!
Salam, tuan..
Rasa agak terkilan juga dengan tindakan sesetengah bangsa melayu ini.
Mudah sangat layu dengan desakan yang sedemikian rupa. Mengapakah tidak dipertahankan naskhah tersebut?
Tidak mustahil suatu hari nanti Tanjung Keling/Kling pun berubah namanya.
-che`leen-
RAR,
Saya sedang mengumpulkan kekuatan utk mengumpil idea dan tenaga untuk 'kelahiran semula' tahun 2011 ini dalam berkarya...Insya-Allah, mereka yang durjana akan dijadikan sasaran mata pena ini!
Che'Leen,
Ya, tidak mustahil sekiranya bangsa yg menjadi majoriti ini semakin terserlah kedayusan dan kebodohannya...hanya mementingkan nama dan kuasa, tanah yg ada tergadai dan kesannya, akan dinikmati oleh anak cucu kita.
Isu "Interlok" membuktikan mata pena SN yang tajam menjadi berkarat kerana....
Salam bro.
biasalah..MATLAMAT MENGHALALKAN CARA
Sahabat:
...kerana ada pihak yang begitu dayus dan pengecut utk mempertahankan maruah bangsa...!
Bro,
Ya, matlamat menghalalkan cara kerana banyak orang kita yg menghalalkan tindakan itu...
Post a Comment