Sunday, July 24, 2011

ENIGMA...

Setelah kemarau mengontangkan perasaan
dan mengeringkan tugu kekuatan
hingga luluh sebentar semangat
yang selalu diperjuangkan
kini mendung yang tiba
mengarak panji-panji
suatu kepercayaan semula
yang terbit dari dalam
untuk terus menghunus
senjata bahasa...!

3 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
RAR sentiasa percaya amat bahawa AS tetap utuh 'untuk terus menghunus senjata bahasa...!'.
AS usah risau kerana AS insan kuat semangat dan minda dalam "mempertahankan dan berperang tentang bahasa". Teruskan 'semangat perjuangan harmoni' itu.

Arif Ifwat said...

Bahasa menjadi hujah yang agung dalam memperjuangkan sesuatu hal.Bahasa itu indah.Mencerminkan siapa kita.Apa pun CG AZHAR TERBAIK!!!!

Azhar Salleh said...

RAR, Insya-Allah, berkat semangat perjuangan lamina daripada rakan2.

Arif,
Ya kaa saya terbaik...makasih..!