Tuesday, November 08, 2011

MENULIS UNTUK MENJANAKAN PENDAPATAN

Bidang penulisan sebenarnya menjanjikan pulangan yang baik sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
Banyak perkara atau subjek yang dapat ditulis untuk dibaca oleh masyarakat. Carilah subjek yang memiliki pasaran yang baik untuk menjanakan pendapatan yang lumayan.
Antaranya termasuklah novel popular, buku motivasi dan agama, dan pastinya, buku yang berkaitan dengan kewangan.
Saya melihat potensi buku-buku sedemikian begitu dan makin meluas pada masa ini.
...dan saya pun ditanya, mengapakah saudara Azhar sendiri tidak memiliki buku-buku seperti itu sekiranya boleh menjanjikan pulangan yang lumayan?
...dan saya telah bersedia untuk menjawabnya.
...dengan izin Allah SWT, saya telah memiliki punca pendapatan yang agak baik pada masa sekarang. Namun demikian, saya tetap menaruh keyakinan bahawa suatu masa yang terdekat ini, saya akan memiliki buku saya sendiri. Insya-Allah.

4 comments:

Arif Ifwat said...

Moga Allah permudahkan urusan Cikgu.Ada kelapangan sila beri tunjuk ajar kat saya macam mana nak buat buku atau sebarang penulisan ilmiah yang boleh menjana pendapatan?bukan pendapatan semata-mata tetapi biarlah ia dapat dimanfaatkan buat semua aspek dunia dan akhirat.teringin gak CG nak ada buku sendiri atau penulisan ilmiah sendiri?

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu AS,
RAR terus berkunjung dan membaca tulisan Cikgu dalam alam blog ya...

takluk jagat said...

Assalamualaikum bro & fren...
aku tengah kumpul maklumat badawian yg berjaya untuk dijadikan buku sbg pedoman wat adik2 yg masih di SMKDHAB...harap dapat bantu aku untuk realisasikannya..contoh 25 tokoh dlm satu buku..perincian pengisian lebih kurang mcm biografi...camno bro...huraikan sikit...harap dpt lancarkan tahun dpn...