Saturday, February 25, 2012

BACALAH BUKU KEWANGAN UNTUK HIDUP SENANG

Saya mula membaca buku kewangan peribadi sejak empat atau lima tahun yang lalu. Daripadanya saya memperoleh pelbagai manfaat. Antara yang terpenting ialah saya dapat menguruskan wang saya dengan lebih cekap dan bersistem, berbanding sebelum itu. Saya mula bergiat cergas dan sangat aktif untuk mencari wang tambahan. Wang yang saya peroleh saya gunakan untuk pelbagai tujuan, termasuklah untuk mencari kesenangan dan pelaburan jangka panjang. Saya bersyukur kerana memiliki sedikit pengetahuan tentangnya...dan saya tidak akan berhenti untuk mencari ilmu tentangnya.

2 comments:

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam kanda azhar,
menunggu ilmu kewangan dan pengalaman dalam terbitan sebuah buku daripada kanda :)

Azhar Salleh said...

Wsalam...insya-Allah, saya akan cuba untuk menghasilkannya suatu ketika nanti...buat masa ini, masa untuk hal itu belum benar-benar berkelapangan...