Monday, April 09, 2012

UCAPKANLAH TERIMA KASIH SETIAP HARI

Sekarang saya sedang menelaah buku Make Today Count tulisan John C. Maxwell (antara penulis yang saya kagumi). Beliau menyatakan bahawa Amy Vanderbilt menyarankan kita agar:
Belajar untuk berterima kasih. Apabila kita melakukannya, kita belajar supaya tidak memfokuskan pada perkara-perkara buruk, tetapi perkara-perkara baik dalam kehidupan kita.

Insya-Allah, saranan ini teramat baik untuk saya dan barangkali untuk semua orang. Jadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa hidup dalam diri saya. Terima kasih banyak-banyak.

3 comments:

Anonymous said...

asSalam,
Malangnya semakin ramai yang lupa mengucapkan terima kasih. Kurang bersyukur dengan apa yang mereka terima.Kurang menghargai khidmat dan bantuan orang lain kepadanya.

-che`leen-

Azhar Salleh said...

Ya saudara, inilah masalahnya...tidak berterima kasih atas segala yang telah diterima...

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
Terima kasih atas entri baharu yang segar ini...