Tuesday, December 17, 2013

SEKOLAH PERLU MENGAJAR MURID TENTANG PENGURUSAN WANG...

Sebagai guru, saya telah menyedari hal ini sejak dahulu lagi. Soal pengurusan wang sangat penting. Alangkah baiknya sekiranya ada topik atau silibus yang memuatkan pelajaran tentang pengurusan wang secara khusus. Melentur buluh biarlah ketika rebungnya. Namun begitu, tidak berlaku hal ini kerana banyak isi pelajaran yang diajarkan di sekolah tidak relevan...!

3 comments:

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

Assalamualaikum dan salam ziarah.

Cikgu, saya setuju dengan pendapat ini. Sangat pentingnya ilmu pengurusan kewangan diterapkan kepada murid-murid sedari alam persekolahan. Boleh ditambah jua cara dan bagaimana mereka boleh menambah wang poket (mungkin boleh sisipkan silibus menengah atas) sebagai persediaan mereka untuk berdikari selepas tamat sekolah.

Dunia sekarang menyaksikan segala-gala perkara memerlukan wang. Oleh itu, murid-murid perlu dibekalkan ilmu ini dengan sebaiknya.

Setakat aspek kewangan yang ada hanya tentang kepentingan menabung (jika tidak salah silibus dalam BM)perlu diluaskan skop ini.

*Berdasarkan keperluan murid pada zamannya :)

**Sekadar perkongsian pandangan. Terima kasih.

obat pelangsing tradisional aman said...

biar mereka mikir2 cari duit susah

Azhar Salleh said...

Nur Hazlina: Ya, sangat bersetuju dgn pandangan puan. Aspek kewangan perlu diberi perhatian, namun hal ini tidak diutamakan kpd murid2 kerana kekhilafan penggubal silibus di KPM. Terus terang saya katakan bahawa, sekolah mengajar murid untuk menjadi pekerja atau kuli..! Bukan utk menjadi seseorang yang hebat dan mampu memiliki kebebasan kewangan yang baik.
Obat Pelangsung Tradisional Aman: Ya, mencari wang bukannya senang, tetapi menghabiskannya sangat mudah. Sebab itulah, pengurusan wang perlu diterapkan kpd murid2. Terima kasih atas kunjungan dan titipan komen tuan/puan.