MENELUSURI SUNGAI BAHASA: SEDARKAH KITA?
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
*Alat Pemerolehan Bahasa telah dikurniakan Tuhan kepada setiap manusia yang normal sebelum ia lahir ke dunia lagi.
*Menurut pandangan Islam, bahasa merupakan salah satu fakulti yang terdapat dalam akal dan potensinya telah dikurniakan sebelum manusia lahir ke dunia.
*Bahasa merupakan salah satu unsur utama pembentuk konsep diri manusia yang sama pentingnya dengan akal.
*Bahasa perlu dikuasai sebagai ilmu asas untuk pemerolehan dan pengembangan ilmu-ilmu umum dan khusus.
*Bahasa menjadi wahana penyaluran sistem nilai, pandangan sarwa dan segala unsur budaya masyarakat untuk kesinambungan tamadun manusia.
*Setiap manusia yang normal mempunyai potensi bahasa yang normal juga, dan potensi itu dapat digilap serta dikembangkan dengan pelbagai cara yang kreatif.
*Akal manusia bersifat kreatif dan inovatif sehingga dapat mengembangkan apa-apa sahaja maklumat bahasa yang disampaikan, sama ada melalui proses terjemahan, taakulan, tafsiran, analogi, peluasan dan bahasan.
*Bahasa sebaik-baiknya digunakan dengan kesedaran akan adanya rumus dan sistem yang melatarinya, bukan sekadar penzahiran maklumat, idea dan perasaan semata-mata seperti yang barangkali disalahfahami.
Bahasa Melayu telah melalui sejarah yang cukup panjang, bermula dengan bahasa Melayu purba, yang dipercayai oleh ahli-ahli linguistik sejarah dan perbandingan, telah muncul pada awal abad Masihi.
Sejak abad ke-7 Masihi, BM telah menjadi bahasa kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa pengajian agama, dan lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu di bawah kerajaan Sriwijaya.
Pada zaman Kesultanan Melayu, iaitu sekitar abad 13 hingga abad 19, BM mencapai puncak kegemilangan sebagai bahasa tamadun Melayu baharu, dengan menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahasa perdagangan, bahasa ketatanegaraan, dan bahasa sastera tinggi.
Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di segala negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah, atau sebagai bahasa lingua franca di Itali dan di Levant. Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu, sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan sahaja dimengerti di Parsi, bahkan lebih jauh dari negeri itu, dan di sebelah timurnya sehingga Kepulauan Filipina.
Francois Valentijn, Sarjana Belanda
Martabat BM dilunturkan oleh penjajah. BM dijadikan bahasa vernakular atau bahasa setempat yang disempitkan penggunaannya.
Pendidikan vernakular mengajar budak-budak Melayu membaca dan menulis Melayu, Ilmu Kira-kira, Ilmu Alam dan Rumi. Pelajaran sebanyak ini akan menjadikan mereka berperaturan, taat dan bersih dan sesuai untuk menjadi mata-mata, peon, kerani kastam, pekerja Jabatan Hutan dan penyelia lombong. Setakat itu baguslah.
Minit Residen British Negeri Sembilan kepada Residen Jeneral, 14 Jun 1898
BM sebagai bahasa penghantar utama dalam pendidikan dilaksanakan melalui perakuan Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib.
Penubuhan DBP pada tahun 1956 dan UKM pada tahun 1970 menjadi pemangkin utama untuk membitarakan dan mendaulatkan BM.
Kini BM menjadi bahasa yang terpenting dalam kalangan bahasa-bahasa yang ada di Asia Tenggara dan jumlah penggunanya menjangkau hampir 300 juta orang.
Dalam kalangan bahasa utama dunia, BM merupakan satu daripada lima bahasa yang mempunyai jumlah penggunanya yang terbesar.
Penguasaan sistem bahasa (tatabahasa, sebutan, intonasi, ejaan, laras bahasa, dan sebagainya) memang perlu untuk melahirkan pengguna bahasa yang berdisiplin dan yang dapat menggunakan bahasa yang teratur dan santun, terutama dalam konteks yang rasmi, ilmiah, dan profesional.
Penguasaan kemahiran bahasa yang melibatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis penting dalam memenuhi keperluan komunikasi dan kehidupan seseorang, pada peringkat individu dan pada peringkat masyarakat.
Percampurbauran antara bentuk bahasa yang rasmi dengan yang basahan, baik dalam hal kosa kata, tatabahasa, dan sebutan masih menjadi fenomena yang agak nyata.
Penyakit yang dihidapi oleh sesetengah masyarakat ialah tidak dapat membuat garis pemisah yang jelas antara bentuk bahasa yang rasmi dengan bahasa yang basahan.
Permasalahan dan Senario Semasa
Kemerosotan dalam aspek taraf
Kemerosotan dalam aspek mutu bahasa
Monday, April 02, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment