Monday, August 10, 2009

MELASTIK KE BINTANG 12

Pengurus bank ialah orang yang meminjamkan payung kepada anda ketika cuaca baik, dan mengambil balik ketika hujan turun.

ANON

4 comments:

zura halid said...

Kesimpulannya, jangan kerja bank. Kita berhutang dgn bank, perkara biasa. Cikgu percaya tak...bank berhutang dgn saya, dah nak setahun tak bayar2 lagi! (Pelik tak? Macam mana bank boleh berhutang dgn saya???) Ini bukan omongan kosong.

Md Nizar Parman said...

Salam Munsyi,
Apa kurangnya dengan syarikat insurans? Semasa menjual insurannya, bibir lebih manis daripada gula, tetapi apabila hendak menuntutnya, macam-macam hal pula. Adakah patut, pelanggan yang kedua-dua belah kakinya disuruh mengambil laporan kemalangan dan laporan perubatan sendiri...

Marniyati said...

Salam.
Ciri-ciri pengurus bank ini ada juga dalam diri kebanyakan ahli politik di negara kita.

Azhar Salleh said...

Salam AZURA,
Wah, menarik tu! Ya, lazim dan selalunya, kita berhutang dengan bank, tetapi macam mana bank pula berhutang dengan Azura? Cuba terangkan sikit....Nampaknya si Maria ni jutawan dari planet Pluto!

Salam SAUDARAKU NIZAR,
Ini juga cerita menarik. Saya sangat bersetuju kalau dikatakan bahawa syarikat insurans memang begitu. Jadi, kesimpulan fikir 8 juta kali sebelum menyertai insurans!

Salam MARNIYATI,
Salam silaturahim. Terima kasih atas kunjungan. Saya sangat-sangat bersetuju kalau dikatakan bahawa hampir kesemua ahli politik ada ciri-ciri pengurus bank. Ketika rakyat susah, mereka menjadi senang. Ketika rakyat senang, mereka menjadi kaya-raya!