MEMORI BERSAMA-SAMA RAKAN AKRAB (BOY DAN SYAMRI) SEMASA MASIH DI TINGKATAN 5 DAHULU (TAHUN 1989) DI BELAKANG RUMAH. SEGAN JUGAK NAK KONGSI GAMBAR NI. BUKAN PASAI APA, AURAT TUH!
SUATU MEMORI YANG TIDAK MUNGKIN AKAN TERPADAM...SAHABAT, HARAP TIDAK SUKAR UNTUK MENGECAM OTAI METAL NIH!
Bersama-sama rakan semasa Tingkatan 6 (Tahun 1990 - 1991), SMK Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas, P. Pinang.
Aku melihat bangsaku Melayu bagai sebuah perahu di tengah lautan bergelombangdihanyutkan dan menunggu masa untuk karamditenggelamkan oleh wajah kepuraan dan tidak sedar dirioleh dua tiga bangsa yang berwajah 1Malaysiamenuntut tanah ini seperti merekalah peribumikononnya yang memugar tanah ini.Aku melihat bangsaku Melayudiserang dan diterjah dari segenap segi'kecerdikan' mereka menumbangkan 'kedunguan' bangsayang lelah dan makin parah dengan segala gejalaketika mereka sedang mengatur strategi dan rencanakita masih dialun oleh muzik daripada program realitikita masih dibuai dengan gosip artis dan retorik tentang 'ketuanan'mereka menguasai pengetahuan dan ekonomi tanpa kasihan lagi.Sebenarnyasiapakah tuan?Mereka tidak akan dan tidak mahu berfikirsejarah silam bungkuskan sahaja kerana tidak ada maknaperjuangan sebelum dan semasa merdeka bukan Melayu semata-matajadi, mengapakah masih ada kuota dan istilah 'bumiputera'?Kita masih jauh tertinggalketika mereka bertepuk tangan memperoleh hajatmungkinkah kesilapan dahulu akan berulang kembalidan bangsa ini akan merempat di tanah sendiri.Nampaknyakita sudah tidak ada lagi pergantungankerana dahannya telah reput dimakan anai-anaiyang berkeliaran di segenap suara dan mediakita masih mencari-cariketika mereka sedang gembira menarimenyanyikan lagu Anak Kecil Main Api.Haruskahkita masih ingin berdiam dirijikalau suara berani dipenjarakan oleh pemimpin sendiri!Perjiranan 10Bandar Dato' Onn.
1. Entah mengapa, saya tidak begitu tertarik dengan gagasan 1M. 2. Malah, saya tidak dapat menerima gagasan ini secara menyeluruh.3. Ya, penyatuan antara bangsa menjadi terlalu amat penting dan vital, namun gagasan ini sehingga kini dilihat condong sebelah. Dan saya yakin mungkin di luar sana, khususnya golongan marhaen yang turut berfikiran demikian. 4. Entri ini tidak berhasrat untuk membahaskan sebab, punca, atau faktornya. Mungkin pada masa yang lain. Seperti biasa, saya ingin melihatnya daripada perspektif bahasa.5. Sehingga kini, gagasan ini hanya menzahirkan dan mewara-warakan semangat satu bangsa; iaitu bangsa Malaysia. Di manakah letaknya soal bahasa dalam perkara ini? Saya membaca akhbar setiap hari. Belum pernah sekali pun saya melihat dan membaca gagasan 1M ini dijalinkan dengan gagasan bahasa. Bahasa Melayu tidak ada tempatkah dalam gagasan ini?6. Atau pemimpin kita menjadi takut untuk bersuara tentang perlunya satu bahasa untuk satu bangsa, iaitu bangsa Malaysia? Tetapi berani pula menukarkan nama bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia. Dalam banyak perkara, bahasa Melayu sering terabai, malahan dilihat secara lebih terbuka, bahasa Melayu seolah-olah cuba 'dibunuhkan' oleh golongan yang sentiasa menangguk di air keruh.7. Sukar sangatkah untuk menguatkuasakan 'peraturan' perlunya satu bahasa yang sudah pasti dapat menyatukan semua bangsa? Jikalau tidak ada usaha ke arah itu, itu pun sudah dikira khianat, apatah lagi jika bersekongkol untuk 'membunuh'nya! Apakah label yang paling sesuai?8. Ya, anda membebel dan terus mengkritik! Tetapi anda tidak memberikan cadangan. Anda hanya tahu menyalahkan orang lain, tetapi apakah sumbangan anda? 9. Saya yakin akan ada orang yang bernada begitu. Saya ucapkan terima kasih kerana memikirkan apa yang saya fikirkan. Saya tidak dapat memberikan sumbangan apa-apa kerana di negara ini, yang akan menentukan semuanya (hampir segalanya!) ialah golongan pemimpin/politik. Nampaknya saya perlu bertanding dalam pilihan raya!10. Sebenarnya, banyak cadangan dan saranan yang telah dikemukakan. Jikalau bertanya kepada Profesor Awang Sariyan atau DBP, saya pasti tidak sukar untuk mendapatkan sepuluh helai kertas cadangan yang sangat praktikal.11. Satu cadangan yang sangat mudah dilaksanakan ialah: Ubahlah dahulu papan tanda keselamatan di tepi jalan raya, iaitu "Awas Selekoh Merbahaya" kerana saya sakit hati melihatnya!