Sunday, August 22, 2010

LEBIH KURANG 20 TAHUN YANG LALU...AKU

MEMORI BERSAMA-SAMA RAKAN AKRAB (BOY DAN SYAMRI) SEMASA MASIH DI TINGKATAN 5 DAHULU (TAHUN 1989) DI BELAKANG RUMAH. SEGAN JUGAK NAK KONGSI GAMBAR NI. BUKAN PASAI APA, AURAT TUH! SUATU MEMORI YANG TIDAK MUNGKIN AKAN TERPADAM...SAHABAT, HARAP TIDAK SUKAR UNTUK MENGECAM OTAI METAL NIH!Bersama-sama rakan semasa Tingkatan 6 (Tahun 1990 - 1991), SMK Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas, P. Pinang.

6 comments:

Md Nizar Parman said...

Salam, SAHABAT,
Gaya seorang otai yang amat disengani di bumi daksina ini... Otai tetap otai...!

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
Klasik foto-foto ini, hanya mereka yang sealiran faham nilai foto-foto klasik ini. Menarik foto di kawasan bendang itu siap ada basikal lumba lagi...
Kita yang bukan 'kaki' subjek sains 'tercampak' masuk tingkatan enam, kita insan yang suka hal-hal membaca pengajian Melayu, sejarah, geografi, dan pengajian am amat layak masuk tingkatan 6 (foto tingkatan 6 itu cukup nostalgia).

Fakeh said...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA

chun ping said...

Cikgu Chun Ping sini.
Saya jumpa lah foto yang cikgu cakap itu.
dalam foto pertama yang ada basikal itu, cikgu ialah lelaki di tengah ya?
dan dalam foto kedua, saya rasa cikgu ialah murid yang berdiri di sebelah pengawas itu ya?
kerana murid itu nampak macam cikgu haha.
ok di sini saya dan dai jing mengucap cikgu SELAMAT HARI RAYA ALDIFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN!

dari CHUN PING dan DAI JING

Azhar Salleh said...

Salam SAHABAT,
Gua bayangkan gua pegang gitar karan cabang V yang designnya ada tengkorak keluaq dari kuboq. Di sebelah gua, lu sedang pegang kayu drum dan RAR pegang keyboard! Opps...sori bro RAR! Band metal tak dak keyboard lak...!

Salam RAR,
Nostalgia gua ttg metal nih, gua layan Dio dulu, kemudian baghu gua layan underground metal. Masa gua form 2, gua bangin' ngan Troopers!

Salam FAKEH,
Terima kasih atas maklumat saudara. Saya pasti akan berkunjung ke sesawang tersebut. Salam perjuangan bahasa.

CHUN PING/DAI JING,
Tekaan kamu tidak tepat bagi foto pertama! Cuba lagi. Foto kedua, betulllll....Tahniah!

chun ping said...

cikgu, chun ping sini sekali
kali ini saya tahu siapa ialah cikgu dalam foto pertama
cikgu ialah orang yg paling kiri itu!
hahaha

terima kasih cikgu,
selamat hari raya