Bismillahirahmanirahim.
1. Saya masih keliru tentang kedudukan bahasa Melayu di negara ini. Kedudukannya dikatakan terjamin dan tidak boleh digugat lagi kerana termaktub dalam undang-undang tertinggi negara. Fasal/Perkara 152.
2. BM sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di negara yang bernama Malaysia.
3. BM sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara.
4. BM sebagai bahasa rasmi bermaksud BM perlu digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan.
5. BM sebagai bahasa kebangsaan bermaksud BM perlu dihormati sebagai bahasa yang perlu dikuasai dengan baik oleh semua rakyat Malaysia. Tanpa mengira kaum, bangsa, dan agama. Masih terlalu banyak rakyat Malaysia yang tidak boleh berbahasa Melayu. Perlu dibuat apa kepada mereka? Biarkan sahaja?
6. Bagaimanakah pula dengan penggunaan bahasa Melayu yang tidak tepat di premis awam? Yang dilakukan oleh pihak swasta. Dan yang lebih teruk dilakukan oleh pihak kerajaan sendiri.
7. Bagaimanakah pula dengan nama syarikat dan nama tempat awam yang tidak membantu BM untuk berkembang dan didaulatkan? Sekali lagi kita biarkan sahaja. Baik budi Emak Si Randang, dagang lalu ditanakkan, anak mati kebuluran. Kayu api habis, diruntuhkan rumah...
8. Nampaknya terlalu amat sukar untuk memartabatkan BM. Dasar MBMMBI yang menggantikan PPSMI nampaknya jauh menyebelahi MBI dan meminggirkan MBM. Lihat sahaja peruntukan untuk MBI. Kata menteri, MBM telah baik dan tidak perlu difokuskan sangat kerana MBI lebih penting. Terima kasih.
9. Akta yang digubal dan katanya telah diluluskan di Parlimen untuk menghukum pesalah bahasa khabarnya terpaksa dikebumikan lagi, untuk kali yang seterusnya...dan seterusnya...dan lagi...lapan lagi! IMalaysia!
10. BM; mengapakah nasibmu begitu malang...aduhai....
Tuesday, November 02, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Cikgu,
'Perjuangan dan semangat' dalam MENARA JIWA harus diteruskan walaupun dihalang dan dipinggir oleh 'Si Edward'; demi simbolik dan pelambangan tanda cinta terhadap 'Ana Fatimah' maka 'Amir Hamzah' akan kembali lebih bersedia dan perkasa...
Entahlah...
RAR,
Si Edward tidak akan mampu menerjah kemaraan dan kekuatan semangat Amir Hamzah Penang untuk menawan Ana Fatimah!
AJAHARE,
Ya, saya pun tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi...
Salam SAHABAT,
Hanya jauhari yang mengenal manikam... Marilah kita terus sama-sama berjuang mendaulatkan Fasal 152.
Post a Comment