Tuesday, December 21, 2010

HANYA MEREKA YANG BERANI MENGHADAPI KEGAGALAN YANG BESAR SAHAJA YANG BOLEH MENCAPAI KEJAYAAN YANG BESAR

1) Kalau anda memberitahu semua orang bahawa anda tidak pernah gagal dalam melakukan apa-apa sahaja tindakan, maka anda seharusnya menangis kerana berasa malu.
2) Sekiranya anda berharap agar akan ada manusia yang akan memuji anda kerana anda tidak pernah gagal, maka anda tersilap memilih kawan. Kawan yang memuji anda sudah menunjukkan bahawa dia tidak ikhlas berkawan dengan anda.
3) Kita dinasihati agar mencari kawan yang boleh bercakap benar dengan kita, tetapi kawan yang sentiasa membenarkan kata-kata kita bukanlah kawan yang baik. Mungkin dia boleh menjadi musuh dalam selimut.
4) Mengapakah kita perlu mengalami kegagalan sedangkan semua orang melakukan sesuatu tindakan atau pekerjaan adalah untuk mencapai kejayaan? Tuan-tuan yang budiman, jangan salah faham. Jangan tutup blog ini dan kemudian pergi melepak dengan kawan-kawan di kedai mamak 24 jam kerana tindakan itu tidak merugikan saya.

5) Kegagalan tidak seharusnya dipandang daripada kaca mata yang negatif semata-mata. Kebanyakan manusia terhebat yang pernah dilahirkan di dunia ini pernah mengalami kegagalan, malahan kegagalan yang dialami mereka bukannya kegagalan biasa.
6) Rintangan dan ujian hebat serta getir melanda mereka, dan mereka tidak selalunya berjaya mengatasi semua yang datang itu dengan tepukan kejayaan dan kemudiannya mendabik dada. Banyak antara mereka yang kecundang, bolos, dan tumbang.
7) Ada antara mereka yang sukar untuk bangun semula, tetapi yang menariknya, banyak antara mereka yang bukan sekadar mampu untuk bangun semula, malahan dinobatkan sebagai manusia terhebat, terunggul, dan terkemuka! Mereka mampu menggapai awan kegemilangan selepas pernah tersungkur di lalang penghinaan!

4 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
1. Tertarik dengan kata-kata dalam bilangan 2 iaitu... "2) Sekiranya anda berharap agar akan ada manusia yang akan memuji anda kerana anda tidak pernah gagal, maka anda tersilap memilih kawan. Kawan yang memuji anda sudah menunjukkan bahawa dia tidak ikhlas berkawan dengan anda." Kenyataan ini cukup menarik kerana RAR boleh katakan bahawa RAR 'gagal' bertemu AS di negeri kelahiran AS baru-baru ini (hehe... gurau sahaja Cikgu).
2. RAR sebenarnya masih gagal menjadi (walaupun tidak sepenuhnya) seperti AS (yang penuh ilmu dan pengalaman besar serta berjaya dalam kehidupan seharian...) sejak berkawan tahun2002 lagi...
3. Apa-apapun AS juga 'gagal' (tapi peluang dan ruang masih besar di hadapan) kerana belum ada antologi karya kreatif peribadi (sepatutnya AS sudah ada 1-2 antologi itu...). Maaf AS ya... sekadar gurau dan usikan manja sahaja... hehehe...

Cikgu Ajak said...

Assalamualaikum
Saya sampaikan pesanan daripada Cikgu Ghalib. Beliau akan berada di JB dari 24-26 Dis ini. Beliau nak berjumpa dengan rakan-rakan di JB termasuk Cikgu Azhar dan Cikgu Ujang sekali. Harap dapat hubungi beliau tentang hal ini. Terima kasih.

Daripada Cikgu Razak

Md Nizar Parman said...

SAHABAT:
Kegagalan itu nikmat yang paling indah... Orang yang pernah gagal, akan menjadi lebih berani menghadapi cabaran.

Azhar Salleh said...

RAR,
Gua tidak bersetuju jika lu mengatakan lu belum berjaya sepenuhnya. Sukar utk mengukur kejayaan seseorang krn kita dilingkungi oleh budaya kehidupan yg berbeza, walaupun mungkin sama.
Dan gua akui kegagalan gua dalam hal itu, tetapi kegagalan itu akan ditebus dalam tahun 2011 ini. Moga2.
CIKGU AJAK,
Terima kasih atas makluman. Saya mohon maaf banyak2 krn gagal bertemu dgn beliau dan cikgu krn saya ada program persatuan penulis di Kota Tinggi.

SAHABAT,
Ya, gua bersetuju sangat2...! Hanya kegagalan akan mematangkan diri kita.