Tuesday, April 19, 2011

KISAH SEORANG EJEN INSURANS

1. Ada seorang rakan, baru menjadi ejen insurans dua tiga bulan lepas. 2. Dan seperti biasa; keghairahannya agak menggila. (suatu tahap agak memualkan) 3. Suatu ungkapan yang 'menarik' yang diperkatakannya ialah: "Orang Melayu kita tidak pernah sedar tentang kepentingan pengurusan kewangan, khususnya tentang insurans. Tidak seperti bangsa asing. Tak tahulah nak jadi apa dengan orang Melayu. Bila lagi la nak sedar... Esok-esok bila susah, baru nak menyesal..." 4. Saya tersenyum...sinis. 5. Saya percaya ilmunya tidak setinggi mana... 6. Dan saya percaya untuk menjadi Melayu yang sedar tentang kewangan dan bertindak seperti bangsa asing, tidaklah susah mana. Masuk sahaja mana-mana satu skim insurans dengannya. Ketika itu juga, kita menjadi orang yang hebat...! 7. Hebat benar percakapan seorang ejen insurans...!

2 comments:

Anonymous said...

ejen insurans hijau itu, dah kayakah?
-che`leen-

Anonymous said...

betul la ejen tu cakap...fikir utk jangka panjang..lagi satu,melayu ni suka pandang rendah pd melayu yg lain.