Saturday, June 04, 2011

RUSUH ITU INDAH

Apabila jiwa rusuh
seperti hari ini
aku berasa penuh ketenangan
kerana tidak terlibat dengan dosa-dosa
dan tidak membazirkan kata
untuk mengumpat dan berdusta

Kerusuhan ini
memberikan petanda
aku amat menyayangi
sesuatu yang tidak orang lain senangi.

4 comments:

Arif Ifwat said...

Salam,
Rusuh itu abstrak tenang itu suci.Rusuh mengajar manusia berada di puncak tenang istiqamah dalam hidup.Rusuh jika jilang satu pegangan iman maka tenang tiada erti.Ia perlu seimbang dalm satu ijtihad yang memerlukan rusuh sebagai punca tenang menjadi nyata.Rusuh menjadikan satu muslihat untuk manusia berfikir menjangkaui skop tetapi berlandaskan akidah.Salam Ukhwah Ilmu.

Cg Azhar,
Saya belajar di SMKTJJ1.Saya mengambil mata pelajaran aliran sastera.Jadinya saya belajar BM,Pengajian Am,Sejarah,MUET dan Pengajian Perniagaan.Saya harap Cg sudi mengajar sayaBM?Bagaimana caranya untuk saya belajar dengan Cg?Saya harap Cg dapat membantu saya.Semoga Cg berada dalam Lembayung Ar-Rahman&Ar-RahimNya.

Arif Ifwat said...

Maaf pembetulan:Rusuh jika hilang satu pegangan iman maka tenang tiada erti.

hilang bukan jilang,

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
Kadang kalanya tanpa diduga rusuh itu membawa seribu rahmat pengertian dan mematangkan lagi minda serta tindakan seterusnya.
Apa-apapun RAR amat yakin AS seorang insan unggul yang penuh ilmu hakiki dan ilmu hidup seharian dapat menterjemahkannya ke arah yang lebih positif.

PIT/Arif Ifwat said...

Salam En.RAR,
Benar jika kita diuji dengan rusuh ia secantik pelangi rahamtNya.Nukilan En.RAR sangat bernas dan kukuh.Salam perkenalan.