Monday, July 04, 2011

ILMU PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI

Kewangan yang kucar-kacir dalam kalangan masyarakat kita (khususnya bangsa Melayu) banyak disebabkan oleh kekurangan ilmu tentang pengurusan wang. Saya menyarankan saudara (dan saya juga) membaca buku2 tulisan Azizi Ali, Robert Kiyosaki, dan Donald Trump (sekadar menyebut beberapa nama besar) untuk menambahkan ilmu pengurusan kewangan peribadi.

Saya telah membaca beberapa banyak buku tulisan pengarang ini dan saya mendapati terlalu amat banyak ilmu yang saya peroleh sehingga saya mampu keluar daripada kepompong kesulitan yang pernah saya alami suatu ketika dahulu.

Walaupun wang dan kekayaan bukanlah suatu subjek utama dalam kehidupan ini, namun saya percaya tanpanya, hidup kita tidak begitu menyeronokkan. Saya bukanlah orang yang materialistik atau kebendaan, namun saya percaya HIDUP INI TERLALU SINGKAT UNTUK MENJADI ORANG BIASA....

3 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
Benar tanpa penafian bahawa AS memang banyak membaca buku-buku aliran ini apatah lagi AS juga pernah menawarkan kepada RAR agar membacanya juga. AS sememangnya insan bermotivasi dalam banyak lapangan positif kehidupan.
RAR juga tetap positif bermotivasi menunggu jika ada suatu hari nanti (bukannya diperlukan segera; tidak mengapa jika mungkin beberapa bulan dari sekarang atau beberapa tahun dari sekarang) buku yang ditulis sendiri oleh AS sama ada tebal atau nipis fizikalnya tentang aliran ini.

Anonymous said...

Assalamualaikum Bro,
Jangan lupa fikirkan cadangan saya supaya Bro terbitkan buku mini tentang aspek-aspek kecil tatabahasa yang selalu menimbulkan kekeliruan seperti kata kerja transitif. Biar bukunya kecil tapi banyak tajuknya. Dapat gak sesen dua kalau jual masa bro bagi ceramah. Adiosssss

Member bro.

Azhar Salleh said...

RAR,
Insya-Allah, buku yg dimaksudkan akan menyusul pada bulan Januari 2012.

Anonymous,
Insya-Allah, cadangan bro dlm pertimbangan. Pun akan menyusul 2012.