Wednesday, April 18, 2012

TELEGRAM PANJANG UNTUK MEREKA YANG MENENTANG

Janganlah kita berbangga dengan penentangan
kerana itulah suatu penderhakaan
sedangkan sekiranya kita berada di situ
belum tentu kita tidak ditentang.

Janganlah mengatakan sesuatu ketidakpuashatian
kerana belum tentu jika kita di situ
mampu memuaskan hati semua pihak
semua rakyat semua jelata.

Fikirlah
dengan mata yang terbuka
dengan rasa yang saksama
kerana kita semua dilahirkan
sebagai manusia.

4 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
Teruskan usaha berkarya...

Azhar Salleh said...
This comment has been removed by the author.
Azhar Salleh said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Pada saya penentangan itu bukan untuk dibanggakan.

Penentangan lazimnya muncul akibat rasa ketidakpuasan atau ketidakadilan terhadap sesuatu hal atau hak yang dinafikan. Sukar untuk kita tafsirkan penentangan sebagai penderhakaan.

Malahan lumrah kehidupan yang tersurat. Kita dijadikan selalau bersaingan, lelaki-perempuan, baik-jahat, dosa-pahala, syurga-neraka, keadilan-kezaliman, dan sebagainya.

Berpijaklah di bumi nyata bahawa Allah sudah tentukan segalanya...belajarlah daripada alam yang terbentang luas.