Saturday, November 24, 2012

INSURANS: PERLUKAH SEMUA ORANG MEMILIKINYA

Banyak orang yang bertanya dan berbual-bual dengan saya tentang insurans. Saya mengatakan bahawa tidak semua orang yang memerlukan insurans. Sebagai contoh, saya tidak mencarum dalam insurans pendidikan untuk anak-anak saya kerana pada pandangan saya, insurans itu tidak perlu untuk mereka. Kepada beberapa orang guru di sekolah saya yang masih bujang, saya mengatakan bahawa mereka juga sebenarnya tidak begitu memerlukan insurans. Insurans akan menjadi penting kepada mereka yang sekiranya berlaku sesuatu yang buruk kepada mereka, ada orang yang akan menanggung kesusahan akibat daripada keadaan itu. Saya memerlukan insurans kerana jika berlaku sesuatu kepada saya, apakah yang terjadi kepada isteri dan anak-anak saya?

3 comments:

Wahyu Budiwa Rendra said...

salam cikgu.
kadangkala ada yang keliru, insuran sebenarnya untuk perlindungan bukan pelaburan.

Citra Wangsa said...

Apa pula bezanya insurans dengan takaful?

Khaidir Zakaria said...

Saya suka mengatakan Insuran/Takaful lebih kepada perlindungan bukan pelaburan.

Perbezaan Takaful & Insuran adalah :
Terdapat beberapa perbezaan antara Operasi Takaful dan insurans konvensional adalah berdasarkan prinsip-prinsip kebersamaan, di mana setiap peserta membuat sumbangan untuk dana takaful. Sekiranya terjadi kerugian, peserta akan menerima jumlah tuntutan tersebut. Tidak seperti insurans konvensional, di mana risiko dipindahkan daripada pemilik insurans kepada syarikat insurans, risiko takaful dikongsi bersama-sama oleh para peserta. Sumber : www.islam.gov.my/muamalat/faq/apakah-perbezaan-antara-takaful-dan-insurans-konvensional

Saya ejen berdaftar PruBSN Takaful, hubungi saya untuk maklumat lanjut. Saya juga menyediakan perkhidmatan perkongsian maklumat di sekolah2 mahupun pejabat.

Khaidir Zakaria
011 2826 1061
Kuala Lumpur