Sunday, July 12, 2009

BICARA: JAMBATAN DAN KEIKHLASAN

1. Sudah lama tidak menulis, lebih dua minggu, rasanya.
2. Dalam tempoh tersebut, agak sibuk dan apabila ada masa senggang, asyik beristirahat, mungkin kerana keletihan dan memerlukan masa untuk mengumpulkan tenaga yang telah hilang.
3. Dalam minggu ini, antara isu perdana yang menarik tentulah isu PPSMI yang akan dimansuhkan pada tahun 2012. Buat masa ini, telah banyak ulasan dan kupasan tentang hal itu. Tentang Dr. Mahathir yang kecewa dan sedih, tentang bantahan sesetengah pihak, tentang kelemahan PPSMI melalui data-data (nampaknya dahulu rakyat dibohongi bulat-bulat!), tentang usaha untuk meningkatkan bahasa Inggeris (hingga ke tahap melampau!), dan lain-lain lagi.
4. Tak perlulah rasanya untuk saya ulas lagi. Kita tunggulah sahaja 2012. Lidah biawak atau lidah manusia! Jika ada kesempatan, insya-Allah, teringin juga nak komen. Tapi, saya nak tunggu komen si Tun Faisal, penulis ruangan kerdil di akhbar sisipan Tutor, Utusan. Bro, apasal lu diam?
5. Isu yang tidak kurang pentingnya pada minggu ini ialah Manek Urai. Buletin Utama TV3 malam ini (12 Julai) melaporkan bahawa penduduk di Manek Urai akan mendapat jambatan baharu, yang akan menghubungkan Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru. Tetapi, Tan Sri Timbalan PM juga berkata, jambatan baru akan dibina SEKIRANYA BN MENANG!
6. Saya ulangi, SEKIRANYA BN MENANG!
7. Jika BN kalah, maka penduduk Manek Urai akan terus menggunakan jambatan lama.
8. Jika menggunakan jambatan lama, bermakna BN kalah kerana penduduk menolak BN. Jikalau penduduk menolak BN hingga kalah, maka tertutupkah peluang untuk penduduk mendapat bantuan? Duit untuk bina jambatan baru akan pergi ke mana? Masuk tabung dan tunggu pilihan raya kecil yang lain pula, kot?
9. Jikalau berdasarkan kenyataan itu, dan pengalaman-pengalaman yang lalu, BN ada harapan untuk kalah. Sepatutnya, BN perlu belajar daripada PRU dan pilihan raya kecil yang lalu, namun BN masih tidak mahu belajar. Buku sejarah macam telah dihapus kira.
10. Jika BN menang, maka penduduk akan mendapat jambatan baru. Jadi, jambatan baru itu merupakan satu bentuk ugutan? Jikalau bukan ugutan, nak namakannya apa?
11. Mungkin nama lainnya ialah rasuah. Tapi, rasuah bukan begitu.
12. Nampaknya, BN masih begitu. Umpan dan umpan. Pembangunan dan pembangunan. Duit tak habis-habis. Nampaknya, mungkinkah Manek Urai akan mengikut jejak Bukit Gantang dan Kuala Terengganu?
13. Tunggulah keputusannya nanti, dan nampak gayanya, begitulah...

5 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
1. Saya juga menunggu tulisan Tun Faisal dalam sisipan akhbar ADAP UM itu, belum muncul lagi tulisannya. Dialah antara penegak yang juga memperkecilkan upaya bahasa Melayu melalui tulisannya sebelum ini.
2. Semalam dalam rancangan isu TV1 seorang penanya soalan (jika tak silap Pengerusi Majlis Permuafakatan PIBG Rawang) menegaskan perlunya diteruskan PPSMI, lalu dijawab dan disanggah oleh ahli panel dengan bersahaja... lalu pengerusi itu terus terdiam muka merah padam!
2. Maka kita tunggu sahaja 'umpan pembangunan' itu mengena atau tidak kali ini. Katanya beberapa pemimpin besar UMNO memperkecilkan tahap pendidikan calon PAS serta memandang rendah pekerja nelayan dan kerja-kerja orang kampung di sana! (harap-harap kenyataan ini tidak benar)

Melihat Kesunyataan said...

Jambatan persefahaman UMNO - PAS perlu diutamakan lebih dulu.

Azhar Salleh said...

Salam RAR,
Biasalah, jika upaya calon dan pemimpin PAS diperkecil, kerana itulah cara yang ada untuk "menyejukkan hati" selepas keputusan diumumkan!

Salam TUAN HAJI,
Ya, tepat sekali! Tetapi, bolehkah UMNO-PAS bersatu dan sefahaman? Pandangan saya, agak sukar walaupun tidak mustahil.

Azura said...

Akhirnya, tiada jambatan baru seperti mana umpan kerajaan Be End. Maka berakhirlah sebuah cita-cita...To Be End!

Azhar Salleh said...

Salam AZURA,
Ya, mungkin Be End kena fikirkan untuk bina jamban pulak!