Friday, July 24, 2009

CERAMAH: BENGKEL PENATARAN TATABAHASA UNTUK KETUA-KETUA PANITIA BM NEGERI MELAKA

Tarikh: 23 Julai 2009 (Khamis)
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Melaka, Bukit Katil
Anjuran : DBP Wilayah Selatan & JPN Melaka (Unit Bahasa

Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak DBP Wilayah Selatan, khasnya kepada Puan Siti Hajar Elah atas undangan ini. Kepada Encik Mohd Hasan Abdullah (Penolong Pengarah Bahasa JPN Melaka/Munsyi Dewan), saya ucapkan ribuan terima kasih atas layanan dan kepercayaan yang diberikan.

Kepada urus setia dan staf DBPWS, terima kasih atas sumbangan dan komitmen.
Kepada semua peserta kursus, mudah-mudahan ilmu yang disampaikan akan dapat membantu kalian untuk meningkatkan penguasaan bahasa.

6 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
Jemput makan nasi kandar Pelita dan jeruk buah pala... Lepas itu makan pula pasembor, 'char kuey teow' dan laksa Penang....
(Lagu baharu dalam carta - Cintaku Tertumpah di P. Pinang) Hehehe...

- Lintas langsung dari Penang Road dan Kg. Buah Pala, P. Pinang.

Azhar Salleh said...

Salam RAR,
Nasi kandaq Pelita memang ada power, tapi nasi kandaq Line Clear pun kena cari jugak! Pelik sikit, oghang luaq sampai tertumpah cinta kat Penang, oghang Penang tak mau balik!
Apa-apapun, selamat berwisata di wilayah Guan Eng!

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
1. Guan Eng sihat sejahtera adanya. Hari ini (26 Julai 2009) di P. Pinang bakal sibuk (hotel sudah penuh) kerana ada sambutan 'chingay' di Padang Esplanade.
2, Tumpahnya cinta kerana makanan dan suasana pulau yang harmoni. Rasanya hendak sambung belajar di USM suatu hari nanti.

zura halid said...

Ketua Panatia BM pun masih perlu belajar BM? Bak pertanyaan Dato' KP kelmarin, "buat apa ajar BM kat guru BM?"

Adakah itu satu pembaziran terancang, cikgu?

Azhar Salleh said...

Salam RAR,
Mudah-mudahan RAR akan melanjutkan pelajaran di USM suatu masa nanti. Siapa tahu, RAR akan menjadi Setiausaha Akhbar Lim Guan Eng selepas itu!

Salam AZURA,
Pertama sekali, ejaan dan sebutan yang betul ialah Panitia, bukannya Panatia.
Mungkin ada benarnya kata-kata Dato' KP itu, tetapi lazimnya sesuatu yang benar tidaklah bermakna semuanya harus menjadi benar. Saya, secara peribadi tidak begitu menyokong pandangan itu atas beberapa pandangan. Jikalau guru BM tidak perlu belajar BM, samalah halnya dengan seorang ibu tidak perlu belajar untuk memasak dan menguruskan rumah tangga. Adakah premis ini benar? Tidak perlukah seorang ustaz belajar agama? Tidak perlukah seorang KP belajar cara-cara menguruskan organisasi? Oleh sebab saya tidak menyebelahi pandangan itu, maka saya percaya ini bukanlah suatu pembaziran, jauh sekali pembaziran yang terancang. Wallahualam.

miahmari said...

En. Azhar, saya salah seorang peserta bengkel ini. Terima kasih diucapkan. Boleh tak saya dapatkan bahan yang ada dalam pendrive En. Azhar tapi tak boleh salin hari tu sebab saya tak bawa pendrive. Kalau boleh, tolong hantar ke alamat samiah.samari@yahoo.com atau miahmari64@gmail.com. Terima kasih