Usaha DBP, khususnya DBP Wilayah Selatan untuk memartabatkan bahasa Melayu pada papan tanda perniagaan merupakan langkah yang amat proaktif. Sewajarnya, usaha ini berterusan, malahan dapat dipertingkatkan dari masa ke masa.
Namun begitu, lihatlah papan tanda perniagaan ini, yang terakam di Kluang.
Hairan, mengapakah PBT di Kluang boleh meluluskan papan tanda perniagaan ini? Wujudkah tumbuk rusuk? Atau kakitangan yang bertanggungjawab terlepas pandang? Adakah mereka tidak mengetahui ejaan "paip" yang betul? Buta hurufkah mereka? Atau makan gaji buta? Saya percaya dan yakin, jawabannya ialah "SEMUA DI ATAS".
KESALAHAN DAN CADANGAN PEMBETULAN
1) MENERIMA KONTRAK MEMASANG PIPE AIR
- KONTRAKTOR PAIP AIR
2) AYERPRO SDN. BHD.
(Wajarlah dasar atau akta di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pendaftar perniagaan dipinda kerana nama ini tidak mencerminkan identiti sebuah negara yang majoritinya bangsa Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, dan tertakluk kepada undang-undang kecil iklan.
Saturday, August 01, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Cikgu,
1. Teringat kembali pengalaman besar dan bermakna dalam program 'Pantau Tegur Bahasa' ke beberapa daerah di negeri Johor pada penghujung tahun 2007.
2. Memang 'semua di atas' jawabannya benar secara terangkum dan berkait.
Ternanti-nanti 'Pantau Tegur Bahasa 2009'. RAR akan turut serta jugak ke??? Pantau Tegur Bahasa wajib diteruskan...jika tidak...orang lain akan PANTAU dan TEGUR kita.
Dasar ada dan "polis bahasa" juga ada...cuma penguatkuasaannya jarang-jarang diadakan atau tidak pernah dilakukan.
Salam Munsyi,
Tahniah untuk saudara kerana dapat menangkap gambar ini di Kluang. Sebenarnya ada banyak lagi. Apa pun, usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu harus diteruskan. Apalah ertinya menjadi "Melayu" jika bahasanya "melayu". Kunjungi blog saya di http://warnabahagia.blogspot.com.
salam 1 malaysia
Usaha yg sangat murni dan kenegaraan. namun penglibatan PBT @ pemerintah perlu digembeling bersama kerana kuasa dan undang-undang di tangan mereka.
www.rahman-ge.blogspot.com
salam 1 malaysia
Usaha yg sangat murni dan kenegaraan. namun penglibatan PBT @ pemerintah perlu digembeling bersama kerana kuasa dan undang-undang di tangan mereka.
www.rahman-ge.blogspot.com
Salam RAR,
Ya, pengalaman itu tidak mungkin terpadam daripada catatan. Suatu usaha yang sewajarnya diteruskan.
Salam Anonymous,
Menarik ungkapan ini; Pantau Tegur Bahasa wajib diteruskan...jika tidak...orang lain akan PANTAU dan TEGUR kita. Saya sokong sepenuhnya ungkapan ini. Terima kasih.
Salam MENDEWA,
Penguatkuasaan tidak atau kurang ada kerana tidak dan kurangnya kesedaran dan kekuatan jati diri; hanya memikirkan diri tanpa melihat nasib anak cucu nanti!
Salam WARNA BAHAGIA,
Tahniah atas terhasilnya blog saudara. Tahniah juga atas penyiaran beberapa karya saudara akhir-akhir ini! Begitu prolifik! Teruskan berkarya kerana bakat saudara terlalu bernilai. Usaha memartabatkan BM terpikul di pundak kita semua. Ayuh, paparkan kesalahan bahasa di premis awam melalui blog saudara! Terima kasih atas kunjungan sulung ini...Insya-Allah, blog saudara pasti akan dilawati.
Salam SAUDARA RAHMAN,
Terima kasih atas kunjungan. Saya sering terfikir akan peranan pemerintah dalam hal ini. Ya, apakah usaha mereka (selain DBP) untuk memartabatkan BM? Yang kelihatan hanyalah retorik dan bicara yang berdegar-degar! Akan saya lawati blog saudara untuk mencungkil mutiaranya! Terima kasih.
Wow that was stгаnge. I ϳuѕt wгote
an very long comment but after I сlicked submit mу comment diԁn't show up. Grrrr... well I'm nοt ωrіting all that oνer again.
Regаrԁlesѕ, just wanted to sау great
blоg!
Feel free to viѕіt my wеb ѕite :: get bigger boobs
Ηi! Τhis poѕt could not be written any
bettег! Readіng this post rеmіnԁѕ me
of mу pгеviouѕ гoom mate!
Ηе аlwayѕ κept chattіng аbоut
this. І will fοгwarԁ this writе-up tο him.
Ρгetty suге he will hаve a goοԁ rеad.
Μаnу thаnks for ѕharing!
Heге іs my web blοg ... how to lose belly fat fast
Ηmm is anyone еlse haѵing pгoblems with the images on this
blog loading? I'm trying to figure out if its a problem on my end or if it's
the blog. Αny feedbасk wоulԁ be greatly appreciаted.
Look into my weblog ... increase boob size
Post a Comment