KURSUS PEMANTAPAN BAHASA MELAYU MELALUI MUNSYI DEWAN
Tarikh: 13 Ogos 2009 (Khamis)
Tempat : Dewan Seri Warisan, PPD Kota Tinggi
Saya bersyukur kerana kursus ini berjaya dilangsungkan. Tahniah kepada pihak penganjur, khususnya Puan Kamidah. Puan Rasyidah, dan Tuan Haji Syed (Guru Besar SK Bandar).
Kepada peserta-peserta kursus, diharapkan kursus ini dapat memberikan input dan maklumat terkini agar mutu pengajaran dan pemelajaran bahasa dapat ditingkatkan.
Saya ingin berterima kasih atas layanan dan sambutan yang diberikan. Kerjasama, komitmen, dan kesungguhan peserta kursus amat saya hargai dan sanjungi.
Sehingga bertemu lagi pada masa akan datang.
Kehadiran Timbalan PPD Kota Tinggi sewajarnya menjadi perangsang kepada kita semua untuk memberikan yang terbaik sebagai pendidik subjek Bahasa Melayu dan saya berharap agar prestasi Kota Tinggi dalam UPSR dapat dipertingkatkan.
Thursday, August 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Azhar,
Nampaknya semakin kerap dipanggil untuk beri kursus. Tentu penyampaian yang diberikan menarik dan mudah difahami. Harap juga sambil beri kursus dapatlah kempen tentang pentingnya bahasa Melayu dalam menjana keilmuan kita.
tahniah tuan munsyi..
teruskan usaha anda..salam ziarah ke blog : ajahare.blogspot.com
Syabas, tuan munsyi.
Encik Azhar , Syabas. Saya salah seorang peseta kursus di kota tinggi.Penyampaian dan persembahan yang mantap. Kami rasa tidak cukup bersama tuan. Terima kasih yang tidak terhingga dari saya.
Syabas dan tahniah daripada saya kerana menyampaikan kursus di kota tinggi dengan penuh semangat bahasa melayu. Tidak membosankan hingga penamat kursus.Tidak puas bersama Tuan Munsyi.
Salam TUAN HAJI,
Terima kasih atas ingatan itu. Saya tidak akan melupakan ingatan itu, malahan untuk makluman tuan haji, saya rela dipecat, disingkirkan, dan dikenakan tindakan jikalau usaha saya untuk bersuara bagi pihak bahasa saya ditegah atau ditentang. Insya-Allah, Tuhan Maha Kaya.
Salam AJAHARE,
Terima kasih atas kunjungan. Blog tuan telah saya lawati. Hebat...
Salam ANONYMOUS,
Terima kasih atas penghargaan itu. Segala puji-pujian itu saya terima kerana Allah swt berkuasa atas segalanya. Yang baik dan buruk pemberian daripada Allah jua. Jikalau ilmu yang saya sampaikan dapat memberikan panduan kepada tuan, bersyukurlah kita. Mungkin kita dapat bertemu lagi pada masa akan datang. Jikalau tuan rasa tidak cukup masa, demikian juga bagi saya.
Salam CIKGU NORAZHAT,
Terima kasih atas kunjungan. Blog tuan telah saya lawati. Menarik sekali. Terima kasih atas ucapan penghargaan itu. Saya pun tidak puas bersama-sama dengan khalayak guru KT. Ingin sekali berdamping selama beberapa hari. Namun, apakan daya. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi. Jadikan buku hadiah daripada saya itu sebagai rujukan dan panduan...
Post a Comment