Friday, November 20, 2009

KURSUS PENATARAN BAHASA MELAYU UNTUK GURU SEKOLAH PERSENDIRIAN CINA NEGERI JOHOR DAN MELAKA 2009

TARIKH: 16 - 17 NOVEMBER 2009
TEMPAT: BALAI SEMINAR, DBP WILAYAH SELATAN
PESERTA: GURU-GURU SEKOLAH PERSENDIRIAN CINA JOHOR DAN MELAKA
ANJURAN: BAHAGIAN PENGEMBANGAN BAHASA PELBAGAI KAUM, DBP

Hamba ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak DBP Kuala Lumpur atas pelantikan ini dan kepada pihak DBP Wilayah Selatan atas segala bentuk kerjasama dan urusan. Hamba mendapati bahawa kursus yang julung-julung kali diadakan untuk guru-guru sekolah persendirian Cina ini mendatangkan manfaat yang besar kepada peserta. Hamba diberi kepercayaan untuk mengendalikan kursus ini bersama-sama dengan seorang lagi Munsyi Dewan, Dr. Yeo Kee Jiar (UTM). Syukur ke hadrat Allah SWT.

Kursus ini turut mendapat siaran dan liputan daripada pihak media. Nan Yang Siang Pau dan Sin Chew Daily memaparkan berita ini dalam akhbar bertarikh 18 Nov 2009. Menurut guru di sekolah hamba yang berbangsa Cina, berita dalam akhbar itu mencatatkan bahawa peserta berpuas hati dengan kandungan kursus (termasuk penceramahnya..ehm..ehm...) serta berharap agar kursus sebegini akan diadakan lagi pada masa hadapan.

Hamba memang begitu teruja dengan peserta pada kali ini. Mereka begitu komited dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman ini. Mereka berharap agar tempoh kursus dipanjangkan lagi. Hamba ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Sallehuddin Abg Shokeran (DBP), Tuan Haji Razali Che Mat (DBP), Cik Huznah (DBP), dan kepada Pengarah serta pegawai DBP Wilayah Selatan, Puan Hajah Nor Hashimah Ali, Puan Siti Hajar Elah, Tuan RAR (terima kasih atas kiriman foto di bawah dan sokongan padu anda, cayalah bro!), dan Encik Rizal.

Kepada semua peserta, diharapkan agar kita dapat bertemu kembali!
Akhbar Sin Chew Daily memaparkan berita ini. Kali pertama dapat masuk akhbar Cina!
Penganjur, peserta, dan penceramah bergambar kenangan.
Antara peserta yang terlibat.
Bersama-sama Tuan RAR dan Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia, serta wartawan.
Bagus tak ceramah hamba!
Semangat mau dahsyat, bro!
Amboiihhh...main tunjuk dengan mulut je...!
Marilah kita mendaulatkan bahasa Melayu, tanpa mengira bangsa dan agama, kerana hanya bahasa Melayulah, dapat menyatukan kita semua! Bahasa Jiwa Bangsa! Bahasa Pemersatu Bangsa!

18 comments:

kekwa66 said...

Cikgu,
Saya ada kat dalam gambar beramai-ramai tu, hee...hee....hee....

Kalau bijaksa......na, cubalah teka! Ka...ka....ka....

Md Nizar Parman said...

Salam Munsyi,
Bukti bahawa bahasa Melayu ialah bahasa untuk semua rakyat Malaysia. Jika semua pihak dan puak mengambil langkah seperti guru-guru sekolah persendirian Cina ini, pasti usaha untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara kita berada di landasan yang betul.

ajahare said...

Ubat ! Ubat ! Mari beli ubat..
Ubat penyembuh bahasa kalian..
Mungkit itu yang dituturkan oleh tuan hamba kot..

Rusdi Abd Rahman said...
This comment has been removed by the author.
... said...

Tahniah Munsyi Dewan! Hamba Munsyi Bank sahaja. He..he..Dalam kalangan jurubank, hamba mungkin dikenali sedikit-sedikit. Tuan Haji Saleh kenal hamba. Tuan tanya pada beliau dan tanya sekali berapa banyak kami bayar dia untuk ceramah di BNM. Kalau tuan berminat boleh "calling-caling...". Ada satu lagi bidang yang ahli bahasa boleh teroka, iaitu bidang terjemahan. Sila masuk facebook hamba jika mahu tengok bukti. Hamba pun sedang mencari suku sakat...

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
Bagi pihak DBPWS (secara tidak rasmi) saya ucapkan berbanyak tahniah atas kejayaan Cikgu yang seterusnya ini...
Cikgu memang hebat, sesiapa yang ada menyangkalnya pasti RAR yang akan menentangnya!

Azhar Salleh said...

Salam SAUDARA KEKWA66,
Nampaknya hamba kena jawab teka-teki pulak! Isshh...yang mana satukah tuan hamba yang kacak/jelita itu? Cuba nyatakan kepada hamba agar hamba tidak teraba-raba...

Salam SAHABAT MD. NIZAR,
Hamba berharap titipan tuan hamba itu menjadi doa. Sayangnya, doa tersebut tidak diaminkan oleh orang Melayu sendiri. Jadi, bagaimanakah lagi?

Salam AJAHARE,
Ya, hamba penjual ubat. Ubat bahasa yang mengandungi vitamin morfologi, zat besi sintaksis, dan mineral surat rasmi. Sudikah tuan hamba membeli ubat hamba? Harganya? Jangan bimbang, tidak mahal...he..he..he...

Salam TUAN SAMSUDIN,
Daripada blog tuan hamba, hamba amat mengerti bahawa tuan hamba sudah bertaraf Munsyi! Munsyi Bank yang kecintaannya sangat menebal akan BM. Ohhh...tuan hamba mengenali Tuan Haji Sallehuddin. Hamba pernah berkongsi pentas dengan beliau dalam ceramah di Melaka anjuran Kem. Pelajaran. Ya, hamba memang berminat dan insya-Allah, hamba akan calling-calling. (mohon dismskan no. telefon tuan hamba kepada hamba (012-7645831)kerana nampaknya kita seperjuangan dlm menegakkan BM. Tentang bidang terjemahan, akan hamba lawati FB tuan hamba. Masalahnya, hamba tidak reti nak masuk FB tu, macam mana ye?

Salam RAR,
Hamba tidaklah sehebat mana, wahai RAR! Janganlah ditentang mereka yang menyangkalnya kerana tidak semua yang menyukai hamba, kot? Cuma, hamba telah berusaha untuk membantu DBP dalam menyebarluaskan agenda bahasa, dan setakat ini, alhamdulillah, rata-rata peserta memberikan komen dan respons yang baik. Mungkin salah satu sebabnya, hamba menghargai peserta hamba dan hamba mendapat sokongan padu daripada DBP, khususnya tuan RAR. Mudah-mudahan, hamba akan terus disukai...

Citra Delima said...

Cik Gu Azhar,
Gambar yang tunjuk dengan mulut itu benarkah? Entah-entah gara-gara nak tahan dari menguap tak? Ikut pengalaman saya begitu agaknya. He.... maaf ya

kekwa66 said...

Encik Citra Delima,

Eh....tak lah....beliau berceramah dengan begitu bersemangat sekali tau!! Sebabnya , semua peserta pada hari tu hebat-hebat belaka! Jadi, beliau mestilah lebih hebat daripada kami!! hahaha....

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
Sepanjang saya mengenali cikgu sudah masuk tahun ke-8 saya tidak pernah sesekali lihat cikgu menguap atau menahan menguap ketika berceramah @ memberikan bimbingan kerana saya amat tahu cikgu betul-betul bersungguh dalam hal ini tidak kira khalayak dalam pelbagai kategori termasuklah kanak-kanak sekolah rendah sekalipun.
Saya amat bersetuju dengan kata-kata KEKWA66 itu!

Azhar Salleh said...

Salam TUAN HAJI CITRA,
Nampaknya belum sempat hamba menjawab titipan tuan, Saudara Kekwa66 telah menjawabnya untuk hamba. Terima kasih Kekwa66 (teka-teki tuan hamba belum dapat hamba jawab lagi...).Tuan haji, jikalau hamba mengantuk, hamba akan minta Kopi Janda satuuu...he..he..he..

Salam KEKWA66,
Hamba amat mengerti bahawa peserta kursus pada hari itu benar-benar hebat dan terampil! Nasib baiklah hamba pun hebat jugak...he..he...

Azhar Salleh said...

Salam RAR,
Terima kasih kerana sentiasa menjadi tonggak dan tulang belakang (invertebrata!) kepada hamba selama 8 tahun ini! Hamba bersyukur kerana sentiasa mendapat kepercayaan tuan hamba dan warga DBP. Hamba bertekad untuk terus membantu DBP selagi diperlukan walaupun untuk murid sekolah rendah! Mungkin tahun hadapan, beri peluang kepada hamba untuk ceramah di sekolah memandu pulak!

Citra Delima said...

Salam Munsyi,
Tahniah! tuan memang HEBAT, maaf jika terusik hati para peminat, hendak mempromosi kopi janda aja. Gurau orang tua la. He...He...

kekwa66 said...

Cikgu,

Teka-teki saya senang je, cuba selami blog saya,emmmm......dapatlah jawapannya!

INFRAVOICE SOLUTIONS said...

Steady la Ard...respect la kalau mcm ni...Boy

INFRAVOICE SOLUTIONS said...

Steady la Ard...respect la kalau mcm ni...Boy

Azhar Salleh said...

Salam BOY,
Akhirnya, hang masuk jugak ke blog aku! Tima kaseehhhh....! Takpa, balik Pajak Song, aku belanja karaoke lagi. Jangan tak ajak Roy pulak! Kesian kat dia. Apa-apapun, Hidup InfraVoice!

INFRAVOICE SOLUTIONS said...

he.he...ok..cantik...tak ajak dia mana boleh...syok dok tengok dia tenung lama kat senarai lagu...nak balik baru dia spark....