Mariam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci."Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya", beritahu Cikgu Mariam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Mariam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?", tanya Cikgu Mariam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu", beritahu Cikgu Mariam.Mariam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci..
10 comments:
Tuan Azhar Salleh, Munsyi Dewan DBP (hanya cikgu dan diri ini faham maksud tersirat ini, hehe...),
Satu paparan yang baik untuk direnung serta dilakukan sesuatu tindakan, namun apa-apapun PISANG SEJOLI juga hamba idamkan untuk dinikmati bersama Cikgu suatu hari nanti...
Salam SAHABATKU, Munsyi,
Nasib baiklah Cikgu Mariam hanya menyuruh murid-muridnya menulis nama orang yang dibenci itu pada pisang, kalau durian? Kasihan budak-budak itu. Tiba-tiba teringat akan lagu Aisyah, "Kemaafan Dendam yang Terindah". Orang kata, benci itu tanda sayang? Habis, kalau sayang itu tanda apa, SAHABAT?"
Salam Munsyi,
Satu paparan yang hebat pada mereka yang suka bermusuh. Wajar dijadikan iktibar dan motivasi pada pelajar dan kita semua. kalau kita menjadi pendengki, kita terpaksa membayar semua itu dengan hati, daging, darah, perasaan, kedamaian, ketenteraman dan kebahagiaannya sendiri. Alangkan malanya nasib seorang pendengki.
Azhar Sifu,
Ada seorang murid yang tak dapat beli pisang. Dia bawa pisang permainan.
kanda nizar, kalau bawa durian mahunya bocor beg sekolah adik-adik tu.he.he.
salam cikgu,info yg menarik,tp bagi saya pisang ni bagus utk kayuh basikal...leh cover cepat letih berkayuh....he..he..
Boy
Penang
Salam RAR,
Bila agaknya boleh makan pisang sejoli nih? Tak pa, ada masa, kita cari!
Salam SAHABAT,
Kalau bawa durian, dah lama setel sebab Cikgu Mariam belasah dulu la! Kalau benci tanda sayang, kalau sayang tanda 'izinkan berpoligami'! Gurau bro! Soalan SAHABAT aras GABAN!
Salam TUAN HAJI CITRA,
Saya tertarik dengan "kalau kita menjadi pendengki, kita terpaksa membayar semua itu dengan hati, daging, darah, perasaan, kedamaian, ketenteraman dan kebahagiaannya sendiri." Tersirat... Terima kasih!
Salam AYAHANDA SHAPIAI,
Murid yang bawa pisang permainan tu, ketua darjah. Dia bijak dan berpandangan jauh. Sebab itulah dia dilantik menjadi ketua darjah. Tahun lepas, dia jadi penolong ketua darjah saja.
Salam DINDA WAHYU,
Kalau bawa durian, Cikgu Mariam tersenyum lebar!
Salam BOY,
Tak tahu pula pisang menambahkan stamina. Nak kayuh baskat, tak dak! Jadi, kayuh 'baskat' yang lain pun keluaq peluh jugak! Betoi dak? Amacam bisnes 2010?
Salam Munsyi Azhar. Penyampaian mesej melalui perumpamaan lebih cepat sampai ke hati dan ke otak. Al-Qur'an juga banyak menggunakan pendekatan menggunakan perumpamaan. Guru-guru perlu memperbanyakkan kaedah begini ketika mengajar di sekolah. Saya yakin, anak-anak sekolah kita akan terbentuk dengan baik. Wallahualam.
Salam TUAN SAMSUDIN,
Pandangan yang menyebabkan saya bermuhasabah. Sebagai guru, saya tertanya-tanya, adakah saya telah menjadikan elemen pendidikan sebegini dalam pengajaran saya. Insya-Allah, saya akan menjadikan pandangan tuan sebagai peringatan kepada saya. Terima kasih, tuan.
Assalaualaikum Cikgu Azhar,
Saya minta izin daripada cikgu untuk berkongsi cerita menarik di di blog saya.
http://lavidadebeseguir.blogspot.com/
Post a Comment