Sunday, March 21, 2010

PUISI: SEMARAKKAN KEMBALI

Aksara bertuah memugar liku kembara
menafaskan inspirasi menuntut merdeka
menjalin bahasa yang bermaruah
laungkan segala gema yang tulen
agar padulah bangsa seintim mungkin.

Makin didewasakan oleh kemajuan
bangsa terlupa sesuatu yang ditinggalkan
terkhilaf seketika kembalikan semula
maruah bangsa yang setia mencatat
perjalanan semarak bangsa yang teguh
membina jati diri yang ampuh
tidak rela martabatnya diruntuh.

Aksara yang menjadi inti sejarah
telah dikembalikan jernih pusaka
setelah taman nurani itu lengang
untuk menguji di mana peribadi
terkadang berani terkadang sembunyi
usahlah dikocakkan aksara waris
dengan segala uji kaji lagi!

Azhar Salleh

Antologi 'Bicara Hujung Benua" - Persatuan Penulis Johor (PPJ)

3 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu Azhar,
Bertemu di Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin, Melaka ya...
Meneruskan tradisi unggul buah tangan gemilang Cikgu sejak tahun 2005...

Azhar Salleh said...

Salam RAR,
Ya, kita jumpa di sana!

Abdul said...

Saudara Azhar yang dihormati,
Boleh saudara syarahkan sedikit maksud sajak ini? Adakah ia berkenaan tulisan Jawi? Ataupun, makna "aksara" telah diperluaskan di sini supaya sinonim dengan "bahasa"?