Tuesday, March 23, 2010

SANTAI SEJENAK: E-MEL DARIPADA RAKAN

Saya telah menerima e-mel daripada rakan yang bertajuk "Cerita Lawak". Sengaja saya muatkan dalam blog ini sekadar untuk bersantai. Janganlah asyik fikir hal yang serius je...!

Cium Isteri
Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:
Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami :Kenapa? Isteri :Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu? Suami :Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?'


Mamak dapat anak
Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya,tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya

Ali: Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak: Saya bini juga surat India mari.
Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!Ayo..... saya banyak suka hati la... Saya belanja awak free minum jugak!
Ali:Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak:Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali: Lerrrrrr.??? ??...kalau 3 tahun tarak balik tu anak siapa? Hahahaha…

Kisah 2 ekor burung.
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.Ia berkata kepada si penjual burung.
Pembeli :Berapa harga burung kakak tua ini....??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu $500, sedangkan yang diam itu $1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa...memang berbeza, yang berharga $1000 itu ialah pencipta lagunya.

Belajar bahasa English
Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. ... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan2 di The mall
Gadis:' I'm sorry '
Pelancong:' I'm sorry, too '
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..
Gadis:' I'm sorry. three '
Pelancong: ' What are you sorry for? '
Gadis:'I'm sorry, five '

Anak siapa??
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy :Ayah, Robert melamar saya.. Kami mahu berkahwin.
Ayah :Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy:Tapi mengapa?
Ayah :(Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu.Tapi, jangan beritahu ibumu ye!
Terkejut dengan jawapan itu, Suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy :Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu :Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi :Tapi kata ayah, Robert itu abang saya.Adik beradik kan tak boleh kahwin..
Ibu :(Separuh berbisik) Hmmm....Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy :Ha!!??!!

5 comments:

kekwa66 said...

Salam Hormat Cikgu Azhar:

Hahahaa.....terhibur juga lepas sekolah ini. Terima kasih!

Tolong komen ayat ini:

Guru itu mengajar atau mengajari murid-murid Tingkatan Dua Melur Sejarah dan Matematik.

Terima kasih.

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu Azhar,
Walau sekadar santai, lawak yang tersiar ini ada juga nilai ilmu dan pemikiran secara langsung yang boleh buat senyum sinis sendiri...
Menunggu juga jika ada puisi dan cerpen ciptaan Cikgu yang punyai unsur lawak ringan tetapi ada nilai sinis yang berilmu suatu hari nanti; amat yakin Cikgu boleh hasilkan...

Md Nizar Parman said...

Salam Munsyi,
Dalam keadaan otak sarat dan ketat begini, tiba-tiba menjadi ceria membaca cerita2 lawak sebegini. Saya percaya, Tuan Munsyi juga berupaya untuk melahirkan cerita2 lawak....

Azhar Salleh said...

Salam KEKWA66,
Harap-harap cikgu Kekwa gelak membaca cerita ini, seperti saya juga ketika membacanya.
Ayat tersebut betul, sama ada mengajar atau mengajari, berpandukan maksud KD.
mengajar 1. menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dsb) kpd orang lain, mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk kpd: ~ orang menggunakan senjata; 2. membaiki kelakuan dgn memberi nasihat dsb, mendidik: ia ~ anaknya supaya jangan nakal; 3. membuat seseorang melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan pengalaman dsb yg telah diperolehnya: musim kemarau ini akan ~ kita supaya tidak menggunakan air dgn membazir; kesulitan hidup ~ orang lebih berusaha; 4. memarahi (memukul seseorang) supaya jera (tidak melakukan lagi sesuatu);

mengajari mengajar seseorang (sesuatu ilmu pengetahuan, kemahiran, dsb), melatih (seseorang): anak-anak yg masih kecil janganlah diajari bersolek; guru yg ~ murid-murid darjah 5 ilmu alam dan sejarah;

Salam RAR,
Akan saya usahakan untuk mencipta puisi dan cerita sebegini. Tapi, saya tak pandai berlawak melalui tulisan.

Salam SAHABAT,
Akan saya usahakan dan cuba buat lawak dengan tulisan pula, suatu hari nanti. Tapi, saya takut, habis saya tulis, saya gelak sorang-sorang!

Citra Delima said...

Salam Cik Gu Azahar Salleh,
Saya juga ada menerima email yang ceritanya sama. Cik Gu lebih peka dan terlambat untuk saya muatkan dalam blog . Seronok kan cerita-cerita seumpama itu..