1. Entah mengapa, saya tidak begitu tertarik dengan gagasan 1M.
2. Malah, saya tidak dapat menerima gagasan ini secara menyeluruh.
3. Ya, penyatuan antara bangsa menjadi terlalu amat penting dan vital, namun gagasan ini sehingga kini dilihat condong sebelah. Dan saya yakin mungkin di luar sana, khususnya golongan marhaen yang turut berfikiran demikian.
4. Entri ini tidak berhasrat untuk membahaskan sebab, punca, atau faktornya. Mungkin pada masa yang lain. Seperti biasa, saya ingin melihatnya daripada perspektif bahasa.
5. Sehingga kini, gagasan ini hanya menzahirkan dan mewara-warakan semangat satu bangsa; iaitu bangsa Malaysia. Di manakah letaknya soal bahasa dalam perkara ini? Saya membaca akhbar setiap hari. Belum pernah sekali pun saya melihat dan membaca gagasan 1M ini dijalinkan dengan gagasan bahasa. Bahasa Melayu tidak ada tempatkah dalam gagasan ini?
6. Atau pemimpin kita menjadi takut untuk bersuara tentang perlunya satu bahasa untuk satu bangsa, iaitu bangsa Malaysia? Tetapi berani pula menukarkan nama bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia. Dalam banyak perkara, bahasa Melayu sering terabai, malahan dilihat secara lebih terbuka, bahasa Melayu seolah-olah cuba 'dibunuhkan' oleh golongan yang sentiasa menangguk di air keruh.
7. Sukar sangatkah untuk menguatkuasakan 'peraturan' perlunya satu bahasa yang sudah pasti dapat menyatukan semua bangsa? Jikalau tidak ada usaha ke arah itu, itu pun sudah dikira khianat, apatah lagi jika bersekongkol untuk 'membunuh'nya! Apakah label yang paling sesuai?
8. Ya, anda membebel dan terus mengkritik! Tetapi anda tidak memberikan cadangan. Anda hanya tahu menyalahkan orang lain, tetapi apakah sumbangan anda?
9. Saya yakin akan ada orang yang bernada begitu. Saya ucapkan terima kasih kerana memikirkan apa yang saya fikirkan. Saya tidak dapat memberikan sumbangan apa-apa kerana di negara ini, yang akan menentukan semuanya (hampir segalanya!) ialah golongan pemimpin/politik. Nampaknya saya perlu bertanding dalam pilihan raya!
10. Sebenarnya, banyak cadangan dan saranan yang telah dikemukakan. Jikalau bertanya kepada Profesor Awang Sariyan atau DBP, saya pasti tidak sukar untuk mendapatkan sepuluh helai kertas cadangan yang sangat praktikal.
11. Satu cadangan yang sangat mudah dilaksanakan ialah: Ubahlah dahulu papan tanda keselamatan di tepi jalan raya, iaitu "Awas Selekoh Merbahaya" kerana saya sakit hati melihatnya!
Friday, August 06, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Selamat pagi cikgu,
Entahlah, tak faham apa yang satunya. Dah ramai sangat Melayu yang malu nak cakap Bahasa Melayu. Kita sebenarnya masih terjajah di tanahair sendiri.
1M ramai org yg tak faham baik pemimpin,golongan menengah, rakyat di pelusuk negara semua masih belum mendapat penjelasan yang berkesan.apa pandangan cikgu.
Cikgu,
Diri ini tertarik kesemua pandangan tulisan sinis tapi bermutu Cikgu kali ini; namun tertarik terhadap perkara @ bilangan 7 itu, diri ini ada khabar terbaharu tentang hal ini, nanti diri ini akan cerita bersemuka dengan Cikgu...
Salam SAHABAT,
Saya paling meluat apabila melihat pemimping Melayu bercakap bahasa Inggeris apabila ditemu ramah oleh wartawan akhbar2 dan stesen2 televisyen tempatan. 1 Malaysia, dari dulu pun sudah 1 Malaysia, mana ada Malaysia yang lain? Mungkinkah LIM AH LEK akan menukar namanya kepada Abdul Muluk atau Budi Utama Kesuma dan berbicara dalam bahasa Melayu, pak? Jika dibandingkan dengan negara jiran, Pak Azhar, ternyata mereka lebih 1 Indonesianya berbanding kita. Lagi satu Pak Azhar, nanti saya suruh JKR bina jalan raya yang lurus2 sahaja di 1 Malaysia, agar tidak ada lagi papan tanda "AWAS SELEKOH MERBAHAYA" lagi. Tapi, akan bertambah banyak papan tanda, "KURANGKAN LAJU" pula...
Entahlah bro!
Kononnya nak menjadi seperti Singapura dgn slogan One Nation One Singapore. Tapi Spore dah amalkan sejak berkurun lama.
Salam PUAN INA,
Ya, saya bersetuju dgn penyataan itu. Ramai Melayu sudah lupa diri. Betul kata Dr.M.
Salam ABS72,
Tentang 1M, saya memang tidak bersetuju jikalau hanya nak memenangi hati kaum lain sahaja. Habis, Melayu bagaimana?
Salam RAR,
Insya-Allah, jikalau ada ruang, buleh bertemu...Tapi, bulan posa ni, tak berapa nak larat sikit nak mengeteh. Tengoklah nanti...camana.
Salam SAHABAT,
Indonesia pun mengalami nasib yang sama dgn kita, cuma mereka bersungguh-sungguh mempertahankan bahasa mereka. Kita?
Salam AJAHARE,
Gua pun dah pening dah!
Salam MARIA,
Ya, pemimpin kita semuanya berkonon. Dulu, Wawasan 2020 (dah macam hancus!), Lepas tu Islam Hadhari (lagi mengarut), sekarang 1Malaysia pula; Melayu makin sengsara!
Harap2lah Melayu tidak terus melayu di bumi Melayu....
Thank you ffor sharing this
Post a Comment