Banyak sekali kesalahan bahasa yang dapat kita temukan sepanjang bulan Ramadan (yang tinggal beberapa hari lagi) dan ketika kita menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Sebagai contoh:
SALAH - BETUL
a. Ramadhan – Ramadan
b. di bulan puasa – pada bulan puasa
c. murtabak – martabak
d. hadiah percuma – hadiah
e. bazaar – bazar
f. satey/satay – sate
g. nasi baryani – nasi beriani
h. nasi campor – nasi campur
i. di hari raya – pada hari raya
j. balik kampung – balik ke kampung
k. Aidil Fitri – Aidilfitri
l. saling bermaaf-maafan – saling bermaafan/bermaaf-maafan
m. saling bersalam-salaman – saling bersalaman/bersalam-salaman
n. saling berkunjung-kunjungan – saling berkunjungan/berkunjung-kunjungan
o. buffet – bufet
p. bubur lambok – bubur lambuk
q. selamat hariraya – selamat hari raya
r. bahulu – baulu
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Cikgu,
Dalam pelbagai paparan sememangnya masih banyak kesalahan umum yang biasa serta berulang dalam konteks ejaan khususnya berkaitan sambutan Ramadan dan Syawal.
Apa-apapun semoga Cikgu sekeluarga tenang dan selamat dalam perjalanan balik ke P. Pinang dan kembali ke Johor Bahru.
Tuan Azhar,
huruf H pada RAMADHAN telah digugurkan. Tetapi mengapa tidak huruf H pada HADHARI? Manakala HADARAH tidak pula dieja HADHARAH sedangkan maknanya sama denan HADHARI iaitu ketamadunan. Bukankah itu zalim namanya?
Justeru, saya masih selesa menulis Ramadhan. :-)
salam lebaran. maaf zahir batin ya.
Salam SAHABAT,
Dalam kesibukan untuk menyambut hari raya Aidilfitri masih juga menyelitkan entri yang amat berguna dan bermanfaat ini. Ustaz Zaid, perkataan "hadhari" tidak wujud dalam Kamus Dewan kalau tidak silap saya. Jadi abaikan sahaja...
Salam aidilfitri buat sifu sekeluarga daripada saya.
Hadhari?
ada Cikgu Nizam.
Halaman 497.
:-)
salam lebaran.
Salam
Masih sempat untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada tuan. Mohon maaf zahir dan batin.
Cikgu Razak.
Salam Rakan-rakan,
Terima kasih atas komentar dan ucapan. Perjuangan Bahasa...!
Post a Comment