SALASILAH BAHASA
Pohon bahasa yang sekian lama tumbuh
menunaskan akal budi bangsa yang teguh
merantingkan wibawa bicara yang ampuh
dahannya terlalu kukuh untuk dirempuh
dedaun bestari hijau mewarnai peribumi
mekarlah puspa mengaroma datar buana
bertunjang akarnya yang berjiwa cekal
di belantara sejarah yang bernafas kental
Sungai bahasa telah bersilam menyaring
kelodak hitam dan penjarah yang gering
yang ingin melunturkan jernih bahasa
namun nadi arusnya sukar ditongkah
ini bahasa sarwa milik merdeka
terhimpun khazanah bangsa di dasarnya
merakam luka dan derita yang terseksa
dalam kitab riwayat yang paling sejahtera
menguntum kasih merentasi sempadan
bahasa ini tegak setia mengkhabarkan salam
menjalinkan peradaban yang marak dijulang
Asal usul bahasa
bermukim pada akal budi para pewaris
yang begitu mesra menyantuni warga
keras pula menyanggah sengketa
dari sejarah yang mengharukan bangsa
dari puncak bukit yang mencatan warnanya
perjuangan rakyat membuka gerbang dewan
di sebuah wad usang menggelegaklah bahasa
untuk diseratakan di segenap ruang kota
demi menafaskan nadi pejuang dari desa
yang ingin menancap bahasanya bersatu
mengisi merdeka dengan bahasa yang sama
bahasa yang berjiwa bangsa
Azhar Salleh
PPJ Johor Bahru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Cikgu,
Sejak 1 Oktober 2010 hingga terkini puisi ini telah dibaca sebanyak 3 kali iaitu 2 kali di Melaka dan sekali di Pengerang, Kota Tinggi. Insya-Allah ada peserta sayembara Johor memilih juga puisi ini.
Puisi ini ada roh dan jiwa yang meyakinkan.
salam kanda azhar. lama sudah tidak menitip aksara di blog, ya? atau berkongsi lagi tentang pengurusan kewangan? ;)
Salam tuan,
Lama x ke udara?
Tahniah,satu sentuhan puisi yang menarik..
Ingatan tulus ikhlas daripada hamba di puncak bangunan walit.
Bahasa Melayu tidak perlu dimasukkan ke wad untuk dirawat. Sebaliknya, orang yang tidak memperjuangkan bahasa ini yang perlu dimasukkan ke wad untuk menjalani terapi. Hehehe... Sajakmu terus berapi, bro!
Salam RAR,
Terima kasih, bro. Atas inspirasi, puisi ini menjelangak ke bumantara puisi di daksina!
Salam DINDA WAHYU,
Kadang-kadang ada idea, kadang-kadang tersangkut jugak. Terima kasih atas ingatan agar saya tidak meminggirkan pandangan melalui blog ini. Bicara kewangan akan menyusul...
Salam AJAHARE,
Terima kasih. Puisi biasa daripada sekujur marhaen, yang cinta akan bahasanya. Nampaknya, tuan hebat dengan walitnya!
Salam SAHABAT,
Puisi gua masih begitu. Kalaupun berapi, apinya akan terpadam apabila tiba di puntungnya! Wad yang sesuai utk mereka yang derhaka kepada bahasanya ialah di Tampoi!
Thank you for taking the time to share this with us
Post a Comment