Tuesday, July 14, 2009

BICARA: FOCUS

1. Salam silaturahim. Suatu masa, ketika sedang melayan sebuah buku Robert Kiyosaki, saya begitu tertarik dan teruja dengan pandangannya untuk mencapai "kebebasan kewangan" dan mencipta kejayaan.
2. Beliau memberikan saranan agar kita mengamalkan satu prinsip hebat.
3. Prinsip tersebut ialah "FOCUS".
4. 'FOCUS" merupakan akronim bagi:
Follow
One
Course
Until
Successful
5. Saya mendapati prinsip ini diterapkan oleh kebanyakan pakar kecemerlangan dan kekayaan.
6. Saya begitu yakin bahawa prinsip ini tepat dan sekiranya kita memahami, mempraktikkan, dan berusaha untuk mengubah paradigma dan tindakan, kehidupan kita, dengan izin Allah swt akan berubah.
7. Lantaran itu, saya juga percaya bahawa prinsip "FOCUS" harus menjadi salah satu pegangan hidup kita.
8. Tidak mustahil untuk mencapai kejayaan dan mencipta kekayaan, sama ada kekayaan jiwa atau kekayaan harta kerana berdasarkan pengalaman peribadi dan pembacaan, jelas sekali, saya selalu memberikan saranan agar diri saya dan saudara sekalian berusaha untuk menjadi 'pakar" dalam sesuatu bidang atau perkara yang kita berada di dalamnya.
9. Zaman ini tidak begitu mengujakan lagi bagi kalangan yang "serba boleh". Mungkin zaman itu sudah berlalu, walaupun suatu ketika dahulu, "orang yang serba boleh" dipandang tinggi. Namun, zaman berubah dan perubahan itu menjadi sangat perlu.
10. Zaman "orang yang pakar" kini mengambil tempat untuk mencipta kejayaan.
11. Dan lazimnya, kejayaan akan disusuli oleh kekayaan.
12. Dan pelbagai perkara baik yang mampu kita lakukan dengan berada di tempat tersebut.
13. Oleh itu, FOCUS!

4 comments:

Azura said...

Dua, tiga hari kebelakangan ini saya memang tak berapa FOCUS. Byk kerja yang mengganggu FOCUS saya. Kalau perkara ini berterusan...saya pasti akan hilang FOCUS. Kalau selalu hilang FOCUS...bilalahhh nak kaya, ye?

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
Lagi falsafah segera yang baru dibuat ini (MELASTIK KE BULAN): 'Sebahagian besar orang mengalami kesulitan dengan kerja hakiki kerana mereka (beliau) tidak arif berkomunikasi, merujuk untuk bertanya lalu hilanglah FOKUS...!'
Hehehe.... saja-saja usik-usikan manja cuma...

Melihat Kesunyataan said...

Azhar,
Kalau FOKUS pula mungkin boleh difahami sebagai:
F- Formula
O- orang
K- Kaya
U- Urus
S- Sikap.
Boleh tak?

Azhar Salleh said...

Salam AZURA,
Kenapa jadi begitu, wahai editor yang cemerlang! Jangan takut jikalau tak kaya kalau tiada fokus kerana Azura memang sudah kaya!

Salam RAR,
Mungkin terlampau fokus hingga tak sempat untuk bertanya atau merujuk...

Salam TUAN HAJI,
Saya amat-amat setuju dengan FOKUS. (terasa malu sikit diri ini kerana guna FOCUS!). Ya, tuan haji, untuk jadi kaya, sikap perlu diuruskan dengan baik. Mungkin inilah falsafah daripada cendekiawan Melayu!