Wednesday, July 29, 2009

MELASTIK KE BINTANG 10

Terdapat dua bentuk kegagalan.
1. Yang berfikir tetapi tidak melaksanakannya.
2. Yang melaksanakannya tetapi tidak berfikir.

LAURENCE J. PETER

6 comments:

zura halid said...

Cikgu, LAURENCE J. PETER bagi teka-teki ke? Saya tahu jawabannya, Cikgu...Jawabannya ialah BE END dan hubungan kaitnya dengan PPSMI.

Melihat Kesunyataan said...

Jangan lupa ada orang yang berfikir dan melaksanakannya dengan sistematik dan bersungguh-sungguh tetapi masih gagal- itu namanya takdir.

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
Apa-apapun... walau program Kolokium Penulis Johor itu kecil-kecilan sahaja tetapi yang penting foto Tn. Hj. Shapiai cantik dalam akhbar BH hari ini...
Hehehe...

Melihat Kesunyataan said...

Rusdi,
Saya ni dah 'lansia' (lanjut usia). Boleh tak pakai perkataan ini? Elok tanya Sifu. Saya dapat perkataan ini dalam novel Zulkifli Khair, 'Meniti Batas'.

Wahyu Budiwa Rendra said...

kanda azhar yang dihormati. menarik; kata2 pendek begini membuatkan kita berfikir panjang. ya, penulis itu sendiri pemikir.

Azhar Salleh said...

Salam AZURA,
Jawaban anda tepat, tanpa sebarang kesilapan fakta! Memang benar, "mereka" itulah yang tidak berfikir sebelum melaksanakan sesuatu dasar, yang akhirnya merugikan bangsa sendiri.

Salam TUAN HAJI,
Ya, takdir tidak dapat diteroka hanya dengan pemikiran dan akal. Takdir merupakan rahsia Allah, namun golongan yang kandas selepas berfikir dan bertindak dengan bersungguh-sungguh bukanlah golongan yang malang, melainkan ada rahmat dan pengajaran yang perlu ditaakul. Terima kasih atas pandangan tuan. Tentang penggunaan "lansia", saya kurang bersetuju kerana bimbang pengaruh akronim Indonesia akan merebak ke sini pula. Wajarlah kita berpada dalam mengungkapkan sesuatu istilah atau ungkapan. Lansia, tidak mencerminkan identiti BM yang jati. Harap-harap Tuan Haji Zul tidak marah ye!


Salam RAR,
Terima kasih atas info. Tuan haji Shapiai bukan hanya cantik dalam foto atau akhbar, malahan di luar dan di dunia realiti pun, tuan haji masih kelihatan gagah dan tampan! Betul, betul, betul...!

Salam DINDA WAHYU,
Terima kasih atas titipan ini. Memang benar, saya selalu teruja dengan falsafah dan pesan bestari begini kerana terkandung maksud yang mendalam untuk dihayati, dan diamalkan. Penulis memang seorang pemikir, tetapi harus diingat, berfikirlah dahulu sebelum berkata dan melaksanakan sesuatu. Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat setahun, sabda Rasulullah saw.