Sunday, September 06, 2009

MELASTIK KE BINTANG 14

Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

PERIBAHASA ARAB

4 comments:

Md Nizar Parman said...

Salam Munsyi,
Tapi hari ini kita melihat kekayaan itu dijadikan simbol untuk bermegah-megahan dan kecantikan itu dijadikan senjata untuk menggoda "kekayaan". Mudah-mudahan kita terhindar daripada sifat seperti itu.

zura halid said...

Bila kita kaya, sekali gus org akan kata kita cantik, walaupun hakikatnya kita tidak cantik.Percaya tak? Tak percaya??? Cubalah jadi orang kaya...

Melihat Kesunyataan said...

Azhar,
Seseorang yang tidak kaya dan tidak juga cantik...macammana tu?

Azhar Salleh said...

Salam SAHABATKU MD. NIZAR,
Saya sering terdengar ungkapan sedemikian. Ada kalanya benar, dan ada kalanya tidak benar. Berdasarkan pengamatan dan pembacaan, lazimnya yang banyak membuat onar ialah orang yang tidak kaya! Siapa yang paling banyak meringkuk dalam penjara? Adakah orang kaya? Masyarakat kita selalu akan merujuk kepada kekayaan sebagai simbol atau paksi kejahatan. Secara peribadi, saya tidaklah beranggapan demikian dalam banyak perkara.

Salam AZURA@MARIA,
Mungkin benar. Jikalau kita cantik dan tidak kaya, kita akan dilihat sebagai cantik juga. Namun begitu, jikalau kita tidak cantik dan tidak kaya, kita akan dilihat jauh ketinggalan. Jika kita kaya tetapi tidak cantik, memang agak benar kita akan dikatakan cantik. Dan jika kita kaya dan cantik, seudah tentu kita akan beruntung dalam banyak perkara. Saya bersetuju dgn pandangan Azura itu, tetapi saya lebih percaya bahawa kita boleh menjadi cantik jika kita kaya.

Salam TUAN HAJI,
Komen di atas rasa-rasanya telah menjawab persoalan tuan. Jikalau kita tidak kaya dan tidak juga cantik, saya rasa kita perlu berusaha untuk menjadi kaya dahulu kerana kecantikan anugerah Allah swt, dan pastinya agak sukar untuk diubah. Tetapi sekiranya kita mencari kecantikan dahulu, kita akan berterusan menjadi tidak kaya. Memang benar kedua-duanya anugerah Allah swt, namun kita tidak dilarang untuk mencari kedua-duanya. Wallahualam.