Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada semua rakan, sahabat, dan teman-teman seperjuangan. Saya memohon maaf sekiranya sepanjang saudara sekalian mengenali saya, saya ada terkasar bahasa dan tersilap bicara. Maaf dipinta agar kehidupan kita akan terus diberkati Allah swt.

Saya beraya di kampung halaman di Pulau Pinang dan Kedah. Saya akan kembali ke JB pada hari Khamis nanti.

7 comments:

Melihat Kesunyataan said...

Azhar,
Salam aidilfitri dan maaf zahir batin.

Rusdi Abd Rahman said...

Cikgu,
Salam ingatan dan salam Aidilfitri. Maaf jika ada salah silap sepanjang berurusan rasmi dan tidak rasmi.

al-Misri said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri cikgu & maaf zahir batin daripada Daksina.

Md Nizar Parman said...

Salam Munsyi,
Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin daripada Md. Nizar bin Parman & keluarga. Nampaknya macam tahun yang lepas-lepas, beraya di Johor sahaja. Berhati-hatilah semasa memandu kereta di lebuh raya.

Azhar Salleh said...

Salam TUAN HAJI, RAR, SAUDARA JAFFNY DAKSINA, MD. NIZAR,
Terima kasih atas titipan salam aidilfitri. Saya pun demikian juga, memohon ampun dan maaf atas segala ketelanjuran sikap mahupun tutur kata sepanjang saudara sekalian mengenali saya. Saya mendoakan kesejahteraan kita semua dalam mengharungi liku-liku kehidupan seterusnya. Salam kemaafan daripada saya sekeluarga.

Citra Delima said...

Cik Gu Azahar,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin

Azhar Salleh said...

Salam TUAN CITRA DELIMA,
Terima kasih atas titipan. Saya pun demikian juga. Mohon maaf zahir dan batin. Salam Aidilfitri.